9 TAHUN TANPA DOA SEORANG IBU

9 TAHUN TANPA DOA SEORANG IBU | Seperti biasa awal pagi , ain merajinkan diri untuk membuka blog dan juga sempat blogwalking ke blog kawan - kawan yang lain . Terbaca tajuk dari Blogger Hernee Nazir yang bertajuk 12 tahun tanpa doa seorang ibu lalu mengingatkan pada diri ini yang juga sudah tiada doa dari seorang ibu . Sambil membaca posting tersebut , walaupun ringkas ianya tetap menusuk ke hati .


Tipu la kalau ain cakap "I'm okay.. totally move on dah tak rasa apa dah ". 9 tahun berlalu begitu sahaja . Teringat pula minggu lepas ain bersihkan kubur arwah ibu . Kubur arwah ibu ni ada rumput dan cabarannya ialah nak bersih kan kubur ibu , kena bersihkan kubur sebelah menyebelah . Ini kerana tiada waris yang menguruskan kubur kubur tersebut . Mungkin dari situ , Allah nak suruh kitorang yang masih ada ni tolong la uruskan juga . 


hilang doa seorang ibu



Pernah satu ketika , ain duduk termenung lama di kubur ibu , tanpa mengalirkan air mata , tanpa berkata apa , hanya meminta kekuatan. Lama ain duduk termenung depan kubur ibu , kadang - kadang teringat kembali kenangan terindah dan pahit manis sewaktu ibu ada . 😭


Baca juga : Ziarah pusara ibu di pagi hari 


Kuingin saat ini engkau ada di disini

Tertawa bersamaku seperti dulu lagi

Walau hanya sebentar Tuhan tolong kabulkanlah

Bukannya diri ini tak terima kenyataan


Hati ini hanya rindu


Bait - bait lirik lagu Hanya Rindu dari penyanyi Indonesia Andmesh Kamaleng 

(sambil menulis posting ini , sambil pasang lagu ni ...alahai sedih pulak rasa nya)




Pandainya ain menulis , datang dari arwah ibu. Sebab itu ain abadikan juga beberapa cerita Princess Ibu ini dalam blog akuainkausiapa. "Princess Ibu" , gelaran yang selalu dipanggil ibu kepada ain , kerana ain satu satunya anak perempuan yang dia ada. 


Antara kisah ibu yang ain tulis di blog :


Hargai la dia yang melahirkan kita ke dunia ,  sayangi lah dia selagi dia bernyawa , peluk lah dia selagi dia di depan mata kita ..Kelak bila dia sudah tiada...hanya rindu pengubat di hati . Kerana sudah tiada lagi doa dari seorang yang kita panggil ibu .


Al - Fatihah selalu ku hadiahkan buat ibu yang tersayang ,
Nor Fatimah Binti Ismail
27 April 1959 - 17 November 2013

6 ulasan:

  1. semoga Allah mencucuri trahmat kepada semua ibu ibu di dunia

    BalasPadam
  2. Allahumaghfirlahum warhamhum waafihi wafuanhum.

    BalasPadam
  3. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka..

    Sedih sebab ammi pun baru aja kehilangan mama July lepas angkara covid....rindu sangat

    BalasPadam
  4. tak boleh lah dengar lagu andmesh tu.. walaupun KA kehilangan adik lelaki bongsu bukan ibu, tapi lirik tu menusuk dan air mata pasti bergenang. Banyak benda yang KA plan untuk buat dengan adik.... :'(

    BalasPadam
  5. Doa anak yang soleh untuk ibu yang sudah meninggal dunia tiada hijab, semoga Allah swt merahmati roh ibu Ain, Amiiinnn YRA.

    BalasPadam
  6. Al-Fatihah ...
    Allahumaghfirlahum warhamhum waafihi wafuanhum...

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.