PENYELAMAT DI KALA HARI HUJAN

PENYELAMAT DI KALA HARI HUJAN | Begitulah kita kalau cuaca terlampau panas , kita merengek pada tuhan meminta hujan untuk turun membasah bumi . Tapi apabila musim hujan tiba , kita merungut bertanya tuhan "kapan tiba cahaya matahari yang kuat mengeringkan bumi" . 


Semenjak dua menjak ni di Johor Bahru memang asyik la panas . Tapi apabila tiba musim hujan , aduhai susah pula kain baju nak cepat kering . Jawabnya kena la menghantar ke dobi . Di kawasan rumah ni memang banyak kedai dobi di sekitarnya . Tinggal pilih je mana yang berkenan . Semenjak dah nak menghitung hari raya ni kan , mestila nak membasuh langsir dan sofa . 


dobi dikala hujan

Guna je langsir yang lama selagi masih elok . Sarung kusyen pula basuh lepastu ingatkan panas la eh sekali hujan turun pula. Dah macam berbau masam pula sebab kurang kering . Jadinya , kita mendobi la . Orang yang buat bisnes dobi ni sebenarnya besar juga pahalanya kan . Memudahkan urusan dikala hari hujan . Bukan itu sahaja , kalau yang tiada washing machine dan tak sempat nak kering kan baju boleh je terus basuh dan dryer di dobi .


Ain perasan dekat dobi ni la mak ayah dapat spent time dengan anak - anak . Dekat dobi ni la terus boleh melipat baju selepas mencuci dan mengering. Dekat dobi pula kan siap ada wifi kan , jadinya mudah la sambil menunggu tu sambil tengok telefon .


Mood raya korang macam mana ? Dah banyak buat persiapan ke tu ?  

Catat Ulasan

0 Ulasan