TAK SEMUA SOCIAL MEDIA KITA PERLU ADA

TAK SEMUA SOCIAL MEDIA KITA PERLU ADA | Gitu la yang ain rasai sekarang ! Menjauh dari social media . Social media boleh buat jadi kebaikan pada kita dan boleh jadi buruk juga pada kita. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri untuk mengawal apa yang kita lihat dan baca setiap hari di social media.


Kalau ditanya pada ain , jujurnya Facebook dan Instagram ain dah uninstall di handphone. Bila ada event yang perlu diupdate je ain akan install semula . Selepas mood tu hilang terus ain pun uninstall . Facebook hanya buka kalau on laptop je kalau tak memang tak reply la mesej orang . Instagram lagi la kadang lebih dua minggu tak buka langsung , kalau nampak ain update story tu haa maksudnya ain tengah bukak Instagram la.


TAK SEMUA SOCIAL MEDIA KITA PERLU ADA



Jadinya apa ja social media yang masih ada dalam telefon seketul ain ni ? Jawapannya Twitter dan Tiktok . Double T gitu yer . Twitter sebab ain rasa best cuma kalau yang jenis spill the tea tu memang ain tak interested nak membaca la . Tiktok pula ain pilih-pilih content yang ain nak tengok . Algorithm tiktok di fyp ain best sebab dah selari dengan interest yang ain suka . Jadinya , tak keluar video yang merapu sangat .


Entahla , kenapa dah rasa macam tak ada feel nak tengok Facebook dan Instagram tu . Maybe sebab malas nak ambil tahu hal orang . HAHAHA . Yela , bukak facebook tengok status kengkawan , bukak Instagram pun sama . Bosan gila rasa . Buka TikTok dan Twitter memang ain tak ramai kengkawan yang tahu . Seronok tengok kreativiti orang menghasilkan video di TikTok.


Ain ni pula jenis suka buat video story (video pendek) . Jadinya sekarang ni ain cari je video - video sebelum ni dan post di TikTok . Dapat 100 views pun dah happy . Maklumlah followers baru 200 lebih . Ni pula tengah dok gasak buat video trasition raya. Buat yang simple simple je dan yang penting buat video ni sebab nak enjoy kan diri sendiri je . 


Ain edit video pun guna apps Capcut dan Inshot sebabnya dua apps ni paling senang nak guna . Sebenarnya , kita ni boleh je produce banyak content tapi tu la kadang banyak sangat distractions dan juga penyakit M. PENYAKIT PEMALAS NAK MAMPOS! Sama je dengan update blog juga. Kalau penyakit pemalas ni dah datang , astagfirullah .. Tak boleh nak kata apa lah kan . KIHKIHKIH. 


tips healing dari social media


Kesimpulannya , kita semua ada waktu yang sama iaitu 24 jam . Kalau kita rasa burn out dan stress , social media bukan lah tempat yang paling best untuk dipilih . Off social media tu ! Talk to your real friends , enjoy environment yang ada di sekitar kita . Trust me , bila kita kurangkan masa kita di social media , kita akan rasa banyak gila masa 24 jam yang tuhan berikan setiap hari tu kepada kita . Paling best , tidur pun boleh ontime ! HAHAHAHA . 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. bab nak edit tu malas.. tapi sukalah layan tiktok tu sebab video pendek2 kan

    BalasPadam
  2. Huda pula, off kan diri dari tiktok hahaha.

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.