Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan

Buffet Ramadhan 2021 : Holiday Inn Johor Bahru City Centre

 
buffet ramadhan 2021 holiday inn johor bahru

Buffet Ramadhan 2021 : Holiday Inn Johor Bahru City Centre : Kalau yang dah sampai ke post ini , tak lain tak bukan mesti nak survey Buffet Ramadhan disekitar kawasan Johor Bahru kan . Haa , kali ini Ain nak share satu tempat berbuka puasa yang very the best. Bukan membodek , bukan nak sembang kencang .. Tapi , ini lah pengalaman peribadi ain okay..  Korang baca sampai habis untuk tak terlepas peluang menarik .

Sebelum tu , Holiday Inn JBCC ni letaknya dekat mana ? Senang je , ianya dekat bandarraya Johor Bahru dan hotel ni terletak di atas Komtar JBCC . Masuk je parking sampai ke atas , atau pun kalau korang malas nak sampai ke atas , korang boleh je park macam biasa dekat parking Komtar JBCC dan naik lift untuk menuju ke hotel ini.
buffet ramadhan 2021 holiday inn johor bahru


By the way , hotel ini masih baru lagi tau dan this year Holiday Inn JBCC keluarkan buffet ramdhan bertemakan Selera Kampungku . Korang mesti datang sini nak usha usha gambar je dulu kan ? Haa , ain bagi semua gambar yang ada.. Korang tengok lah puas - puas. Jangan terbatal puasa sudah la yer. Hehehe. 

Antara menu yang tersedia ialah : Warong Kambing Bakar , Nasi Hujan Panas , Aneka Sup Tanjung dan Warong Kawah . Meh sini ain huraikan antara menu-menu yang ada lagia antaranya ialah : roti canai dan murtabak , sate , ikan keli bakar , ikan bakar , lauk -lauk kampung seperti udang sambal , masak lemak , ayam dan ulam-ulaman . 
buffet ramadhan 2021 holiday inn johor bahru

buffet ramadhan 2021 holiday inn johor bahru

buffet ramadhan 2021 holiday inn johor bahru

buffet ramadhan 2021 holiday inn johor bahru


Port paling yang ramai orang beratur sudah semestinya Kambing Bakar . Menu ni sangat lah di rekomen untuk korang semua rasa sebab memang sedap sangat ! Sedap gila ! Ingat tau , sampai sini jangan lupa rasa kambing bakar Holiday Inn JBCC. 

Pencuci mulut pula kalau korang tengok banyak gila gambar kuih dan desert . Kuih yang disediakan oleh hotel ini banyak kuih melayu tau nama pun Selera Kampung kan . Tapi , paling rekomen untuk korang rasa Cheese cake nya. Superb sedap . Everytime kalau datang sini , ain memang akan grab cheesecake kat Holiday Inn JBCC ni . 

Ruang untuk berbuka puasa ini luas dan selesa dan jangan risau pihak hotel menjaga setiap SOP yang dijalankan dan surau juga disediakan . Kalau dah berbuka sikit tu ,boleh solat dulu di surau yang disediakan dan lepastu boleh sambung makan . Apa yang penting , jangan membazir okay ! 
buffet ramadhan 2021 holiday inn johor bahru

buffet ramadhan 2021 holiday inn johor bahru

buffet ramadhan 2021 holiday inn johor bahru

buffet ramadhan 2021 holiday inn johor bahru


EH ,kejap .. mesti korang tertanya harganya berapa kan ? Harga asal RM 138 (dewasa) , kanak-kanak 6-12 tahun RM 68 . tapi ada nak bagitahu berita best untuk korang tau ! 

Kalau korang book dengan gunakan nama Aku Ain Kau Siapa , korang akan dapat diskaun harga menjadi RM 118 SAHAJA! DAH JIMAT RM 20 TUH..

INGAT RM 118 SAHAJA . kat bawah ni , Ain letak cara nak booking okay :

Saya nak bookings untuk Buffet Ramadhan Selera Kampungku . ini details nya :

  • Media Name:  Blog Aku Ain Kau Siapa
  • Guest Name: (letak nama )
  • Contact No: (no telefon)
  • No. Of pax: (jumlah yang hadir)

WhatsApp di sini yer ⤵️
016-7184214 (Keyin) or
017-7794867 (Farah)

Letak nama blog akuainkausiapa baru dapat harga diskaun okay ! Selamat berpuasa semua.

Tips Bulan Ramadhan

 

tips bulan ramadhan

Tips Minum 8 Gelas Air Di Bulan Puasa
  1. Selepas bangun sahur
  2. selepas azan magrib
  3. selepas sahur
  4. selepas solat magrib
  5. selepas makan
  6. selepas solat isyak
  7. selepas solat terawih
  8. sebelum tidur

tips bulan ramadhan

7 Tips Kesihatan Ramadhan 
  1. Tidak berlebihan ketika berbuka puasa
  2. Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas
  3. Elakkan tidur yang berlebihan
  4. Kurangkan mengambil makanan yang bergoreng dan berminyak
  5. Elakkan minuman berkafien
  6. Banyakkan minum air terutama air kosong
  7. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur sayuran

10 Negara Berpuasa Paling Lama

 
10 Negara Berpuasa Paling Lama

10 Negara Berpuasa Paling Lama

Bila tiba bulan Ramadhan ni , kita mesti rasa cemburu dengan kawasan yang dapat berbuka awal . Kebiasaannya . kita akan wish "Selamat Berbuka" kepada kawan - kawan kita yang berbuka lambat dari kita. Jom kita ketahui 10 Negara yang berpuasa paling lama .
  1. Iran (16 Jam) 
  2. Jepun (16 jam)
  3. Morocco (16 jam)
  4. United States (16 jam )
  5. China (16 jam)
  6. Canada (16 jam)
  7. Rusia (17 jam )
  8. Germany (19 jam )
  9. Norway (19 jam )
  10. Alaska (20 jam )
Bersyukur la.. kita di Malaysia tak la berpuasa lama sangat.. 

7 Keutamaan Bulan Ramadan

7 Keutamaan Bulan Ramadan


 7 Keutamaan Bulan Ramadan


1. Al-Quran yang mulia telah diturunkan kpd manusia yg paling mulia iaitu Nabi Muhammad SAW, kepada umat yg paling mulia, iaitu umat Baginda SAW dan di bulan yg paling mulia, iaitu bulan Ramadhan dan orang yang membacanya adalah orang yang mulia.


2. Bulan yang dikabulkan doa. Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat dimuliakan umat Islam, kerana pada bulan ini semua doa yang kita panjatkan akan dikabulkan. Segala jenis kebaikan akan diberikan pahala yang berlimpah pada bulan ini.


3. Bulan yang penuh keampunan.

Keutamaan bulan Ramadan adalah dimana pada bulan ini dilakukan pengampunan dosa-dosa. Bulan Ramadan menjadi waktu yang baik untuk melakukan taubat.


4. Bulan penuh dengan keberkatan.

Keutamaan bulan Ramadan lainnya adalah Syahrun Mubarak atau bulan penuh keberkahltan. Pada bulan ini semua jenis amalan baik akan dilipat gandakan pahalanya.


5. Dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Allah memberi kesempatan kepada hambaNya untuk melakukan sebanyak mana amal ibadah  pada bulan Ramadhan.


6. Syaitan dibelenggu pada bulan ini. Keutamaan bulan Ramadan yang lain adalah syaitan diikat erat. Bulan Ramadan menjadi bulan paling suci kerana dipenuhi oleh segala kebaikan dan pahala.


7. Malam seribu bulan atau Lailatul Qadar adalah satu malam yg hanya terjadi di bulan Ramadan. Malam ini adalah malam yang paling baik diantara 1000 bulan. 


Semoga kita mendapat keberkatan menjalani ibadat sepanjang bulan Ramadan ini. 

Pahala Berpuasa di Bulan Ramadhan

 Pahala Berpuasa di Bulan Ramadhan

Pahala Berpuasa di Bulan Ramadhan

  • Pintu syurga dibuka , pintu neraka di tutup
  • Diampuni segala dosa yang lalu
  • Pahala berlipat ganda
  • Jauh dari api neraka
  • Beroleh dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan berpuasa
  • Perisai dari siksaan
  • Doa yang sangat mustajab
  • Masuk dalam syurga
Semoga kita sentiasa menjaga tingkahlaku , percakapan , perbuatan dan menjadi hambaNya yang sentiasa ingin memperbaiki diri ke arah yang lebih baik . Insyallah !


30 Menu Berbuka Dan Sahur Simple *Sesuai untuk yang nak Kurus ! *

 

30 Menu Berbuka Dan Sahur Simple


30 Menu Berbuka Dan Sahur Simple *Sesuai untuk yang nak Kurus ! *

Alang - alang risau berat badan naik semasa bulan puasa , Ain pun cari la menu yang simple untuk berbuka dan sahur . Rasa berdosa pula kalau tak dikongsi bersama kan . Kata orang , makan jangan lupa orang belakang dan nak kurus dan sihat pun kena la ingat juga orang belakang kan . Kesemua resepi telah di susun oleh nutritionist KKM

menu berbuka puasa dan sahur simple stew ayam

menu berbuka puasa dan sahur simple tomyam merah

menu berbuka puasa dan sahur simple ikan bakar

menu berbuka puasa dan sahur simple kerapu kengsom

menu berbuka puasa dan sahur simple kerang rebus

menu berbuka puasa dan sahur simple singgang daging

menu berbuka puasa dan sahur simple sup ikan

menu berbuka puasa dan sahur simple daging black pepper

menu berbuka puasa dan sahur simple sup cendawan

menu berbuka puasa dan sahur simple ayam masak merah

menu berbuka puasa dan sahur simple lala masak sambal

menu berbuka puasa dan sahur simple daging capsicum

menu berbuka puasa dan sahur simple sambal telur

menu berbuka puasa dan sahur simple kailan sos tiram

menu berbuka puasa dan sahur simple ayam pandan

menu berbuka puasa dan sahur simple siakap stim

menu berbuka puasa dan sahur simple sayur bak choy

menu berbuka puasa dan sahur simple ayam bakar

menu berbuka puasa dan sahur simple sup ikan merah

menu berbuka puasa dan sahur simple kerabu taugeh

menu berbuka puasa dan sahur simple ayam masak halia

menu berbuka puasa dan sahur simple nasi daging

menu berbuka puasa dan sahur simple ikan pari

menu berbuka puasa dan sahur simple kerabu pucuk paku

menu berbuka puasa dan sahur simple tomyam putih

menu berbuka puasa dan sahur simple daging singgang

menu berbuka puasa dan sahur simple kari kacang kuda

menu berbuka puasa dan sahur simple kacang kuda

menu berbuka puasa dan sahur simple pizza simple

menu berbuka puasa dan sahur simple salad makaroni

menu berbuka puasa dan sahur simple sayur goreng

menu berbuka puasa dan sahur simple air tembikai lemon

menu berbuka puasa dan sahur simple pizza buah sayur

menu berbuka puasa dan sahur simple nugget homemade

menu berbuka puasa dan sahur simple oat pisang

menu berbuka puasa dan sahur sandwich tuna telur

menu berbuka puasa dan sahur smoothies oat kurma


selamat mencuba ~~