Segmen Bersama Leya Yeolly
Kalau leya sudi nak edit kan blog , ain cuma nak leya buatkan header je . Hehehe . Sebab ain tak reti buat header. Hahaha . :)
Tag :
25/366 : DIARY OF THE DAY -25 JAN 2016
Hai dan assalamualaikum kepada semua . Hari ini seharian penuh dengan aktiviti pagi pagi lagi dah kena ke JPJ untuk urusan kereta . Alhamdulilah , ALLAH permudahkan urusan aku pada hari ini . Hari ini aku nak share tentang fokus . Aku akui aku ini sejenis manusia yang susah nak fokus jugak . Hahaha . Tapi , Alhamdulilah , untuk beberapa perkara macam tulis diary of the day ini , aku dah menjadi semakin fokus . Bukan setakat fokus tetapi kosisten dan masuk entri hari ini , aku belum ada yang miss lagi . Lagipun aku nak jadikan ianya sebagai satu tabiat , makanya untuk kita ubah sesuatu perkara baru yang kita tak pernah buat , kita mesti membiasakannya supaya menjadi satu habit (tabiat) . Jadi sedikit sebanyak yang aku nak kongsi ialah :
- Workout Dekat Gym Memang Memalukan !
Ya ! Memang betul ianya memalukan untuk mereka yang gemuk . Hahaha . Aku kan tengah dalam proses kurus mengurus kan . Gym yang aku subscribe ini majoritinya foreigner dan chinese . Makanya , kau boleh lah nampak kau seketul je manusia yang besar berlemak berbanding yang lain . Hahaha . Bukan itu sahaja , kalau ada kelas waktu petang atau malam , aku rasa aku je seketul yang besar . Hahaha . Tapi , kalau fikir kan malu itu , tak kemana impian aku tu . Sebab itu kena fokus . Bila kita fokus dengan apa yang kita nak capai , kita langsung tak peduli apa orang nak pandang kepada kita . Tadi , aku datang gym petang , selalunya aku pagi sebab pagi tak berapa nak ramai . Bayangkan aku dok buat jumping jack , burpees apekebenda semua . Memang malu dah ada pula ramai yang dekat station aku workout itu . Tapi , aku nak capai apa yang aku impikan . Jadinya , aku langsung tak peduli orang sekeliling aku . Hahaha . Bukan malu je , tapi kelakar pun ada . Yela , orang gemuk kan bersenam bergegar lelemak .Hahaha . But , again i would say , "WHO CARES?" . Ahaks !
- Followers Blog Berkurang
Yang ini macam sedih sedikit . Followers ain makin berkurang . Tapi memang sebelum ini ada blogger yang cakap benda yang sama juga . Walaupun begitu , ianya tetap tidak mematahkan semangat aku untuk terus kosisten berblogging . Dont worry , as long as kita tahu apa yang kita lakukan , apa yang kita nak capai , it will run smoothly . Insyallah . Tapi , minta maaf ye sebab ain tak sempat nak blogwalking hari ini . Huaa . Insyallah , ada masa lapang esok ain blogwalking ye .
Dapat notis dari SAJ esok tak ada air , lusa pula tak ada elektrik . Tak apa , sekali sekala nak merasa catuan . Bukan selalu pun kan . Hehehe .
Okay ! Bye ! Assalamualaikum .
24/366 : DIARY OF THE DAY -24 JAN 2016
Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini mesti ramai yang duduk bersantai di rumah sempena cuti thaipusam kan . Bukan itu sahaja , mesti ramai yang tengah melayan Anugerah Juara Lagu 30 ( #AJL30 ) . Ain doakan semoga kita semua mendapat keberkatan dan dipermudahkan oleh Dia Yang Maha Esa . Insyallah . Okay , untuk diary of the day ain pada hari ini ialah tentang :
- Workout High Intensity
Mungkin pada orang yang biasa bersenam , biasa pergi gym akan lebih tahu membezakan apa itu workout high intensity serta low intensity . Alhamdulilah , seawal jam 7;30 pagi lagi tadi dah bergegas ke Taman Merdeka , Johor Bahru untuk melakukan aktiviti high intensity workout selama 20 minit . Mujurlah datang awal sebab hari ini kan thaipusam .Kebetulan taman itu berdekatan dengan kuil . Makanya dapat la juga parking dan settle 20 minit workout . Abang ain jogging berapa round entah . Sebenarnya , untuk kita kosisten dalam proses menguruskan berat badan tidak perlu kan berapa banyak kita bersenam , tetapi kualiti kita bersenam itu . Tak perlu lah kita habiskan banyak masa dekat gym kalau workout kita itu langsung tak berkualiti . Ingat itu ye ! . Hahaha . Ain pun baru baru terdedah dengan info info begini . Apa apa pun , pengalaman yang memberanikan kita untuk mencuba benda yang kita tak pernah rasai .
- Ber rock climbing lagi !
Last week ialah pertama kali ain berjinak jinak dengan memanjat manjat ini . Selalunya aku hanya mampu tengok dekat instagram sahaja iaitu @matredho . Ala yang juara fear factor partner dengan Erin Malek tu . Weyh , tengok dia panjat pergh , laju gila kot . Jadinya , untuk minggu lepas aku hanya mampu separuh je , tak boleh sampai atas sebab first time belajar kan . Hahaha . Tapi , Alhamdulilah , dah makin bagus skill panjat memanjat aku itu . Untuk kali ini aku dah mampu sampai atas sekali sebanyak 2 kali . Insyallah , next week aku nak on target sekurang nya 5-6 kali boleh sampai atas . Neves kot masa tengah ikat tali dekat bawah , bila dah naik dengan tangan sakit , kaki dah tak larat nak angkat badan naik ke atas lagi . Hahaha , Tapi best weyh ! Satu pengalaman yang baru untuk aku yang bukannya kurus , tapi nak mencuba benda macam gini . Kadang kita rasa , weyh , aku boleh ke panjat sampai atas itu ? Jawapannya boleh kalau kita confident . Lagipun ada tali dan belay(yang jaga kita dekat bawah) . Jadi , jangan risau . Teringat masa nak sampai atas itu , aku memang dah tak larat , lepastu abang yang belay aku tu dia cakap ,"awak jangan risau , saya jaga awak dekat bawah , lagi satu langkah je , awak naikkan kaki awak lepastu tangan sentuh atas dan awak berjaya dah" . Terus aku teringat macam mana gambaran kepada kehidupan aku . Yela , ibu aku kan dah 2 tahun lebih meninggal , macam mana sakit nya aku nak terima kenyataan itu , aku kena laluinya juga . Itu semua ialah pengalaman yang kita tak boleh beli dekat mana mana . Ramai antara kita sebenarnya penakut untuk merasai pengalaman itu . Sebab kita takut kan kesedihan , kesakitan . Tapi , Itu lah kehidupan yang kita kena kuat untuk laluinya .
Cehwah , banyak pula aku bebel . Aku nak tau , apa pengalaman korang boleh dikongsi ? Seronok sebenarnya bila belajar dari pengalaman seseorang sebab sekurang kurangnya kalau pengalaman kegagalan itu , kita boleh perbaiki untuk mencapai kejayaan dengan cepat . Oh , aku minta maaf aku tak ada letak gambar aku panjat memanjat , bersenam . Nanti kalau aku dah bersedia untuk kongsi , aku kongsikannya ya . ! Hahaha .
Assalamualaikum :)
23/366 : DIARY OF THE DAY -23 JAN 2016
Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini dah 23 hari kita berada dalam tahun 2016 . Ya ALLAH , cepatnya sungguh masa berlalu . Hari ini , aku nak minta maaf sangat sangat , aku tak dapat nak blogwalking lagi . Dari pagi sampai petang penuh aktiviti . Maklumlah hari hujung minggu kan . Jadi , ini la sedikit sebanyak apa yang aku terdaya nak kongsi pada uolls :
- Si Kepoh Yang Pendiam
Dulu , memang aku ini sejenis manusia yang kepoh non stop bercakap je kerja . Sehingga kan kalau disuruh untuk presentation masa study dulu , aku jadi macam , "ala , is just a piece of cake je !" . Nampak ayat berlagak dia . Hahaha . Tapi , hari demi hari , ALLAH bukakan hati aku untuk mendalami untuk menjadi seorang yang pendiam . Mungkin sebab kesan dari aku cuba untuk jadi kuat lepas ibu aku meninggal . Aku jadi manusia yang buat hal aku sendiri . Jadi macam manusia yang hanya melihat sahaja orang , instead of tegur orang itu . Boleh imagine ke tidak ? Alhamdulilah , bila kita jadi seorang pendiam , kita akan jadi lebih kepada seorang pendengar yang baik . Yela , kalau asyik bercakap je tanpa henti kadang kita langsung tak sedar yang kita buat orang terasa hati . Mungkin pada kita ianya gurauan tapi tidak pada orang mendengar apa yang kita cakap kan itu . Jadinya , banyak sebenarnya kelebihan jadi seorang yang pendiam . Hahaha. Tapi , aku tak ada la sampai diam membisu . Terus tak tau nak sembang apa . Hahaha.
- Kampung Sungai Melayu , Johor Bahru
Tadi ada jemputan kahwin di kampung sungai melayu , johor bahru . Ya ALLAH , ain yang orang jb sendiri tak pernah masuk ke kawasan itu . Memang ke dalam . Lebih kurang 7 km meredah ladang kelapa sawit , baru sampai ke rumah orang kahwin itu . Ayah siap cerita lagi , kawan dia tu dulu kalau pergi kerja naik bot . Sebab kampung ini boleh nampak bandar JB . Kitorang siap imagine lagi , "Fuh , kalau diorang nak beli KFC , MCD mesti naik bot kan " . Hahaha . Bukan itu sahaja , ain siap cakap lagi , ingat dekat Sarawak je ada kampung yang kena naik bot , rupanya dekat jb pun ada . Seronok tengok kenduri kahwin tadi . Sebab meriah , makanan pun sedap. Dekat sini pun ada kedai kedai seafood . Insyallah nanti nak cuba rasa sebab ain ni hantu seafood lagi lagi ketam ! OMG !
Itu sahaja la apa yang mampu ain kongsi untuk hari ini . Nak kena undur diri awal sebab esok pagi nak berjoging ! Oh yeah ! . Assalamualaikum , tak jawab dosa ,kalau jawab sayang . hahaha.
22/366 : DIARY OF THE DAY -22 JAN 2016
Assalamualaikum dan hello kepada semua . Ain nak minta maaf sebab hari ini memang tak sempat nak blogwalking singgah ke blog rakan rakan blogger dan juga drop a comment . Seawal pagi lagi i am freaking damn full with my activity . I really love that . Aku ini sejenis manusia yang suka aktiviti yang penuh bukan nya duduk dalam bilik layan korea macam gegirl yang lain . Hehehe . Ini apa sedikit sebanyak yang aku dapat kongsi dengan korang semua ye :
- Impian nak kurus
Jujurnya , sepanjang perjalanan aku nak kurus ini , banyak yang aku belajar terutama sekali tentang lifestyle . Selalu kita salahkan sekeliling kita sebab hasut kita makan nasi lemak waktu breakfast , lunch hour penuh pinggan sampai tumpah , petang makan keropok lekor , malam makan nasi ayam penyet , supper melantak burger . Kenapa kita tak tunding jari itu kepada diri kita sendiri ? Sebabnya , yang nak masukkan makanan itu ke dalam mulut kita ialah tangan kita sendiri . Jadi , kenapa nak salahkan orang sekeliling punca kita jadi gemuk . Sebenarnya , aku banyak baca kisah kisah transformasi orang gemuk jadi kurus dan fit , memang betul sepanjang perjalanan proses untuk kurus itu , mereka mesti sedih , kecewa dan pelbagai lagi . Tetapi , pengalaman sepanjang proses itu hanya kita akan dapat rasai bila kita melaluinya dengan hati yang terbuka . Its okay , to be sad , but esoknya , wake up with a new positive spirit . Itu apa yang aku selalu cakap pada diri aku .
- Kehilangan
Sebenarnya , aku sejenis manusia yang bukan mudah give up . Tapi , bila ibu aku meninggal , aku jadi seorang manusia yang demotivated serta sangat selekeh . It take so much time for me to recover the pain . Sampai aku tersedar bila mana , aku dipertemukan dengan seorang hamba ALLAH ini , dia cakap , "Ain jangan sedih . Insyallah , nanti ain dapat jumpa ibu dekat syurga . Sekarang ini ain kena kuat , ain nak jumpa ibu dekat syurga kan ? ALLAH dah jaga ibu dah sekarang . Ain jangan risau tau" . Alhamdulilah , semenjak itu , aku jadi satu macam , kalau aku sedih , aku selalu mengadu kepada Dia . Terima kasih ALLAH , kerana kau pelihara hati hamba mu ini untuk terus kuat . Korang , tipu lah kalau aku cakap senang je nak recover the pain itu . Semua itu penipu ! . Satu je aku nak pesan , terus kosisten mendekati Dia . Kerana Dia tidak pernah jauh dari kita . Refer to Him . Because Dia Maha Mengetahui Segalanya. Aku tersedar yang aku jadi macam demotivated bila mana aku jadi malas nak keluar rumah , selekeh nak mampus , makan entah apa apa , berat naik mendadak sampai la aku sedar yang baju aku banyak dah tak muat dan untuk pertama kali aku kena pakai XXL . Ketika aku sedar , woi ! That enough of your sadness ain ! Sampai bila kau nak seksa diri kau ? Insyallah , untuk tahun ini , aku slow slow enjoy my journey untuk kurus . I love to have the experience where I can share to people . Insyallah .
Makanya , itu sahaja la ye apa yang aku mampu share . Esok full dari pagi sampai petang ada benda nak kena buat . Insyallah . Assalamualaikum . Bye!
Segmen Blogwalking + Bloglist #2
بِسْÙ…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِÙŠْÙ…ِ
اللهم صل على Ù…Øمد وآل Ù…Øمد
اللهم صل على Ù…Øمد وآل Ù…Øمد
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
Langgan:
Catatan (Atom)