Minyak Wangi Kasturi Emas

"Bersolatlah dengan berwangi-wangian 70 kali lebih baik dari tidak berwangian"

Ini kerana ia mengikut sunnah Rasulluah , dan setiap kali anda memakainya ,jangan lupa untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W


Haa, minyak wangi kasturi emas ini dapat

  • Menghilangkan darah gemuruh
  • Memberi kekuatan pada roh
  • Menenangkan jiwa dan hati
  • Menghilangkan sejuk tubuh
 

Ain dah cuba , dan baunya memang sedap . Pemberian kawan UiTM. dia ada jual ..
Kalau nak tahu maklumat lanjut , NAK BELI :

First Giveaway by Mrs Bella


Assalamualaikum

klik banner untuk join...

Alhamdullilah akhirnya terlaksana juga giveaway pertama saya iaitu First Giveaway by Mrs Bella. Sebenarnya dah lama nak buat giveaway ni but takde time nak buat maklumlah busy belajar.Hadiahnya simple je syaratnya pun tak banyak. Pemilihan pemenang berdasarkan Random and jangan lupa meriahkan First Giveaway by Mrs Bella

Tag 2 org rakan : naniedean & norminieza
Link profile facebook : TEKAN SINI

Boleh Kasi Tips Tak ?

Okay , cerita macam gini . Macam mana nak dapatkan 1 entri sekurang kurangnya 1000 yang melihat entri itu ?
Sebab ain nak cabar diri untuk dapat kan 1000 viewers 1 entri khas yang bakal ain buat . okey , TAK NAK yang entri pasal tonton online drama , download movie , gosip sana sini , berita sensasi , TAK NAK !

Boleh Kasi Tips Tak ? wahai blogger blogger lagi lagi yang dah  PAKAR lama dalam dunia blogging ni .
Drop your comment okay ! Thanks !

**Nak delete lah giveaway , segmen , contest yang ain dah join sebelum sebelum ni
Chop ! Ain antara 40 blogger yang bertuah ~~ nak tahu ?
TEKAN SINI :)

Saya Ke-7 Dari 40 Blogger Bertuah !


Yeay , cuba nasib dan Alhamdulilah ain berjaya !
Terkejut juga sebab selalunya kalau join giveaway kena scroll sampai bawah cari url blog bertuah ke tak .
tapi kali ini , top 10 . wohoo ... thanks kerana memilih akuainkausiapa.
Nak tau 40 blogger lain yang berjaya tekan 
thanks penaja : Kak Mia Liana & My Beauty Herbs

CONTEST GAMBAR #CANDID BY SHARINA

>>Contest Gambar Candid<<
Suka snap gambar? mari hantar gambar candid korang di Contest Gambar Candid dan ceritakan kenangan anda di dalam gambar..banyak hadiah menanti anda
Gambar Candid Saya :
Ceritanya bermula........
Contoh sahaja : Tengah saya khusyuk tengok hp, tiba2 ada orang snap, tak perasan langsung, boleh pula tersenggih, macam tau2 ja dia snap..haha..luv this picture !!
Penaja Rasmi
Opzzpinky | Se-Shop | Amy Syeera | Raja Farah | Hazrina | Khalil | Mieya | Mama Darwish | Ieya | Liyliz | Paly | Nadia | Hawa | Fadzlun | Saliza | Nazirah


HEADLINE BERITA HARI HARI ~"BUDAK PREKTIKAL MENANGIS KENA BULI"
2013 : ahaaa, Ain lah budak prektikalnya , sedihnya .. dah nak habis prektikal , kena buli dengan Red Galleria Team sampai menangis. haa , tengoklah muka "kak awin tak habis habis ngusik kita sampai nangis , yang lain semua dok gelak kan ain". sampai hati . huwaaaa.... 
***nangis nangis pun tetap RINDU kenangan 5 bulan dengan mereka.***  
 

TIPS : Jimat Duduk Bandar

Okay , ain nak kongsi kan lagi lagi yang duduk dan bekerja dekat bandar . Memang tak boleh nak elak jem , bayar parking kereta , duit breakfast , duit lunch . Entri kali ini , ain nak fokus pada bayar parking kereta . Nowadays , lagi lagi tempat yang dekat bandar memang tak lari lah parking mahal . Ada yang sekali masuk RM 5 , RM 3  dan mungkin ada lagi mahal . Itu tak masuk yang caj ikut jam . Fuhh , sehari je kadang kadang boleh cecah RM 20 kalau lama masa kita parking tu .

Jadi , TIPS kalau dah tau tempat yang kita nak pergi tu parking nya mahal , jangan parking dekat situ . Cari tempat di sekitar yang caj parkingnya lebih murah . Park ! And walk ! Tak salah kan nak jalan kaki dan sekurang kurangnya dapat jimat campur berpeluh sikit . Ahaks !

Yes ! I did that ! Siapa orang JB mesti tau City Square kan . Situ parking kan agak mahal , lepastu pusing punya pusing baru dapat parking .. So , apa yang ain buat , ain park dekat Galleria @ Kotaraya which harga parking jauh lebih murah dan berjalan kaki dan melintas jalan .. Tadaaa , sampai dah ! Okay , ain selalu masuk ada tangga yang boleh tembus Plaza Seni cuma laluan tu agak kotor dan berbau sikit sebab tepi tu tempat pembuangan sampah . Alaa , kejap je bau tu . Jalan kaki pun rasanya sekejap je . Dah sampai .

See , boleh je kita jimat kan duit kita . Tapi kena ikut situasi la kan . Kalau disekitar tempat yang kita nak pergi tu , parking mahal tu yang memang selamat , tak pa lah invest sikit . Ahaks !

GA Mac 2014 by Emas Putih

Social Networking Yang ANDA Akan OPEN Setiap HARI

Majoriti kita kita ini akan online punya lah . paling sekejap pun 10 minit kan. ke paling sekejap 30 minit ? ke lebih dari itu? ahaks! so , saja nak tanya !

Social Network yang mana yang AKAN korang buka setiap hari ?
Ain akan wajib online
*Facebook
*Twitter
*Blog

Facebook 
#cedok , copy paste , cuci mata KATA KATA POSITIF , KATA KATA SEMANGAT .
sebab nak aura aura positif melekat dekat minda ain . oh , masalah , mencarut , maki hamun malas nak layan dan malas nak baca sebab semua tu NEGATIF , ain tak nak serap elemen yang hanya akan buat keladak kotor dalam hati ain.

Add / Follow personal FB : ain8291
Business FB page : ZFApartner

Twitter
#lebih kepada ayat ayat yang ringkas , ain akan favorite dan retweet . mana yang dirasakn TAK PERLU BACA , scroll cecepat dan refresh terus.

Follow Twitter : farahain8291

Blog
#kalau tak buka blog setiap hari , itu bukan Blogger dik nun . hahaha. Kalau cerita pasal retis gosip merapu , malas dah nak baca .kadang kadang baca juga , tapi kurang kurang kan lah .

yang ni tekan je button FOLLOW dekat atas tu yer !

======================================================================
TIPS : add & follow mereka mereka yang selalu update perkara perkara positif , percayalah , jika anda selalu absorb dan baca benda benda yang elok , secara automatik diri anda akan sentiasa positif.

Ain dah buat , ANDA bila lagi ?

-NF-
AkuAinKauSiapa.Blogspot.Com
farahain8291@yahoo.com.my

Luggage & Travel : UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS)

"oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh... bawa aku pergi pacu laju-laju kita lari dari realiti... " -lirik lagu  Bawaku Pergi

okay , its suppose to share on January , where the short vacation been done . ahaks !
pada mereka yang nak sangat pi USS tu , i bet sekarang ni dah banyak dah travel agency yang menyediakan service ke USS . korang hanya perlu sediakan DUIT & PASSPORT ye anak anak sekalian ..
aku pergi ke USS dengan geng geng lelaki penyayang , merangkap geng geng Merbok . dulu ceq mengaji degree dekat kedah , pasai tu ceq kenai depa. hahaha. dorang semangat ayam nak explore SINGAPORE , dan jugak area selatan , JB & KL so, dorang stay dekat Tune Hotel , Johor Bahru . so , vacation yang tak berapa nak vacation ni , aku consider dia sebagai yang tak berapa vacation , yelah , aku duduk JB , jemu haih hari hari ngadap singapura tu . nak masuk singapore pun malas malas . dulu dulu kala masa ada keluarga angkat dekat sana , setiap minggu lah juga turun sana . sekarang ini dah sangat dan setahun sekali pon belum tentu mungkin bertahun tahun baru nak masuk .hahaha.
kalau pergi under travel agency , korang just bayar tiket dan naik bus ke sana. bagi aku , bagus jugak lah .senang , tak yah nak fikir dah transport nak masuk ke sana. so , this trip ni juga merupakan first time aku masuk sana naik bus and as pejalan kaki . gelabah ayam jugak lah ! biasa naik kereta. ahahaha. nak cerita lebih pun , aku rasa "LET THE PICTURE TELLS EVERYTHING" 


**jenuh nak dapat angle baik , globe nie berputar non stop.hahaha.

pintu masuk 


the journey begin.....



okay , transformer memang best ! kitorang masuk sampai dua kali 



roller coaster ni tak boleh main . *sedih.katanya ada orang mati . tak tau lah betul ke tak.

okay , masuk dalam ini memang gila best ! trust me! ibu ibu mengandung , tak digalakkan.hahaha.




madagascar , naik boat dia memang tak rasa seram haih.. dia santai & rileks je.


kalau ada anak anak tu sesuai lah masuk sini lama lama , tapi best masuk show time dia best.


kalau yang minat sesame street  tu, boleh lah borong souvenir , aku tak minat tapi aku belikan souvenir dekat anak jiran. hahaha



okay , show ini siapa gamble nak duduk depan depan komfom basah ,hahaha. kitorang duduk paling belakang.. tapi best last last , dapat bergambar dengan pelakon pelakon dia 

kalau korag miss out apa yang nak dibeli , before keluar boleh lah singgah store ni . aku sempat beli t-shirt and some souvenir sikit.

======================================
TIPS :
* Bawa lah air mineral ke , 100 plus ke , sebab cuaca kat sana panas , dan korang nak berjalan jalan kan perlukan tenaga so bawa air.
*Bawa makanan juga macam roti ke , jajan ke sebab banyak yang non halal food , ada jugak yang halal.
*Bawa baju spare , in case tak selesa berpeluh peluh , dan terkena tempias basah dekat show time yang korang akan tengok nanti .
*Ambil map masa dekat main entrance tu , sebab dengan map tu , korang boleh tau mana tempat nak discover.
*Jadi perancang yang terbaik sebab kalau pandai timing , korang akan enjoy semua tempat . sebab setiap tempat tu , it depends on how que time dia . kalau ramai , terpaksa lah beratur panjang. 
*Kalau malas nak que , beratur panjang panjang , boleh lah beli express ticket . *yang ini aku tak tau nak beli macam mana. dengan ada ni , korang tak perlu tunggu.
*Setiap tempat yang korang pergi , akan ada store contoh , pergi Transformer , lepas korang enjoy roller coster dia dengan pakai cermin 3D , habis tu akan masuk ke store yang jual pelbagal barang barang  Transformer. 
*Cukup tidur dan kumpul tenaga ! sebab aku tak cukup tidur ,nasib naik bus ..balik tu dari Singapore sampai masuk JB , checkpoint tu je kena bangun kejap ..aku tertidur. hahaha. penat weyh.