136/366 : "Ini Untuk Anda Yang Mahu Kaya Raya Di Pagi Raya" (Part 1)



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Memandangkan bulan puasa dan seterusnya hari raya dah nak muncul tak lama lagi . Bukan itu sahaja , ramai juga para bloggers yang aku lihat membuat review buffet buka puasa , port untuk buka puasa nanti . Wah , cakap pasal bab makan memang terliur lah aku tengok . Kata orang bila nak tiba musim raya ini , ramai yang nak juga cari duit tepi supaya poket tak lah kosong nanti waktu raya . Aku tertarik untuk kongsi kan 10 Tips Kaya Raya Di Hari Raya hasil perkongsian dari salah seorang mentor yang berjaya iaitu Dr Azizan Osman . Jujurnya , aku sendiri pernah pergi ke program beliau . I see different of me .Syukur , Alhamdulilah .

Makanya , tak salah untuk kongsikan tips ini kepada uolls semua . Mana yang rasa boleh dilaksanakan , sudah pasti dengan izin ALLAH , anda kaya beraya di pagi raya nanti . Hahaha . 





Umum dah tahu yang sekarang lagi lagi meraka yang tinggal di bandar yang mana mereka tak lari dari kesibukan . Bukan itu sahaja , mereka juga memang tak lari dari jem. Bila time berbuka puasa , tak sempat nak masak . Kadang nak pergi bazar ramadhan pun terkejar kejar . Jadi , untuk anda yang ada kepakaran memasak yang boleh membantu mereka masak dalam kuantiti kecil ini boleh lah start dari sekarang memberitahu kepada siapa pelanggan anda .  Lagipun ,sewa tapak bazar sekarang bukannya murah kan . Dan sekarang orang banyak membeli makan secara online . Ini salah satu group delivery yang aku suka tengok . JB Home Food Delivery . Tapi ini untuk yang berada di johor bahru . Start cari group group yang targeted market sebegini . 







Zaman sekarang juga kita seringkali lihat kita suka berbuka secara berjemaah atau pun secara ramai . Jadi , untuk para katerer , bukan musim kahwin pun anda juga boleh kaya raya . Di bulan puasa, ramai orang suka memberi makan atau membuat jamuan berbuka puasa di rumah, masjid atau surau. Kadang-kadang, ramai syarikat katering yang besar telah ditempah lebih awal atau tidak mahu menerima tempahan katering dalam kuantiti yang kecil.
Anda boleh membantu orang ramai yang mahukan perkhidmatan ini dengan menawarkan perkhidmatan katering berskala lebih kecil.

Jika anda memberikan perkhidmatan terbaik untuk mereka, pasti mereka akan menggunakan perkhidmatan anda lagi untuk jamuan Raya mereka nanti.







Ramai orang yang bekerja tidak ada masa atau terlalu letih untuk membersihkan rumah di bulan Ramadhan. Anda boleh bantu mereka dengan menawarkan perkhidmatan membersihkan rumah, tandas, menukar langsir, membersihkan kipas siling dan banyak lagi.


Lagipun, bila hampir dengan Hari Raya, pasti ramai yang mahu rumah mereka kelihatan bersih dan berkilat nanti. 








Baju raya adalah satu perkara wajib bagi kebanyakan orang. Ada yang beli baju yang dah siap dan ada yang menempah dari tukang jahit. Masalahnya, bila dibeli di kedai, ada yang tidak dapat saiz yang sesuai, mungkin terlalu labuh atau terlalu besar. Atau bila dah puasa sebulan, badan mula susut sikit. Pakaian yang dah ditempah awal mungkin dah jadi longgar. 


Untuk anda yang mempunyai kemahiran menjahit atau kenal seseorang yang boleh menjahit, anda boleh menawarkan perkhidmatan ‘altering’ pakaian kepada mereka yang memerlukan. 



Untuk jadikannya lebih unik, anda boleh memberikan perkhidmatan ‘ambil dan hantar’ untuk membantu pelanggan yang tiada masa.







Di musim perayaan, ramai orang mahu menghias rumah mereka. Ada yang suka membeli barang hiasan baru dan buangkan sahaja barang hiasan lama. Anda mungkin boleh beli dari mereka dengan harga murah, lakukan sedikit penambahbaikan dan jual semula secara online atau jualan ‘garage’.


Apa yang anda perlukan ialah pemasaran yang baik. Cadangan ain korang boleh pergi ke "Group Facebook Ini Akan Membuatkan Anda Nak Kemas Dan Hias Rumah Setiap Hari" . Disini lah lubuk mereka yang mencari idea nak menghias rumah . Tapi , jangan menjual ! . Kenal dulu , tak kenal maka tak cinta . GITEWW..


Ada 5 lagi tips yang akan bersambung di entri yang lain . 

135/366 : Kerana Selalu Komen , Ini Untuk Mereka...



Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu kepada uolls semua . Untuk hari ini , aku nak beri special gift even its free . Hahaha . Aku sangat sangat menghargai mereka .


Mereka yang sudi komen dekat blog akuainkausiapa ini . Well ,i is very appreciate uolls semua . Aku berikan hadiah yang istimewa kepada mereka yang tersenarai dalam top commentor aku sepanjang tahun ini . Mungkin aku tak boleh beri kan hadiah yang berbentuk fizikal (barang barang ) tapi dah tersenarai dalam blog list ini juga sebagai satu hadiah juga okay .


Insyallah , setiap bulan yang kehadapan , aku nak update lagi top commentor every month . Dari situ ,  aku boleh tahu lah siapa peminat aku . Gitewww. HAHAHHA . 

So , kalau korang nak tahu siapa yang terpilih dalam blog list aku , boleh lah scroll dekat tepi blog aku tuh haa.. 

Oh , aku masih lagi tak boleh move on dengan cerita "Terpilih Sebagai Blog List MiaLiana .

134/366 : "Group Facebook Ini Akan Membuatkan Anda Nak Kemas Dan Hias Rumah Setiap Hari"



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Semenjak aku dapat tahu ada satu group dekat Facebook ni yang banyak memberikan idea men deko rumah , aku jadi ketagih nak scroll setiap hari . Bukan itu sahaja , aku siap letak group ini sebagai favourite group aku . So , everytime aku buka facebook , memang group ini jadi pilihan untuk dilihat .

Malah , aku jadi sangat terinspirasi nak hias rumah cantik cantik . Even aku tak kahwin lagi , bahahaha . Tapi , jadi terinspirasi sebab dulu aku selalu terfikir yang kena cari interior design baru rumah nampak cantik . Sekarang , tak lagi ! . Masuk je ke dalam group ini , serius memang korang akan dapat punya lah idea nak menghias rumah .

Aku juga pernah cakap pasal group ini siap ada save dah gambar deko mana yang aku nak buat dekat rumah aku ini . Perempuan Memang Cerewet Bab Deco Rumah

Aku takanak sembang banyak , pergi cari cepat group ini . Korang pasti takkan menyesal . Join tau bukannya kena bayar pun . Dan ini personal sharing aku untuk korang semua . Gitewwww. Hahaha .




133/366 : "Komunikasi Bukan Satu Halangan Lagi Untuk Berhubung"



Assalamualaikum dan hello kepada uolls semua . Hari ini sebenarnya aku ketandusan idea .Fulamak , ayat aku ketandusan gituw . Hahahaa .Dan akhirnya aku terjumpa satu topik ini yang aku rasa nak share dekat korang .

Jujurnya , sekarang ini kalau orang kata , ada masalah dalam berkomunikasi sila cakap kuat kuat "Hello , kau duduk zaman batu ke apa?" . Aku tertarik dengan isu komunikasi ini bila aku tengok ada satu youtubers yang mana dalam vlog dia tentang bertanya soalan kepada couple ini . Dan salah satu soalan ialah "How you guys communicate?" . Sebab couple itu duduk jauh . Hhahaha .

The answer is "Sekarang banyak dah social media yang boleh connect to each other kot . Whatsapp , Twitter , Facebook , dan blaa blaaa " . So , no point kalau orang cakap its a barrier for us to communicate each other .

In fact that , nowadays meeting dekat office pun dah pakai skype , webinar , online conference . Lagipun , kemudahan ini semuanya kan dapat memudahkan dan cepat kan proses komunikasi itu . At this point , teknologi make us walk fast forward .

Cuma jangan salah guna je lah kan . Contoh paling dekat dengan kita . Social media BLOG . Dan orang salah guna dengan sebarkan aib dan cerita entah apa apa dekat blog dia . So , use this platform wisely ! .

132/366: "Pengorbanan Untuk Menjadi Kurus"




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Ya ALLAH , hari ni memang terasa nak demam nak badan macam kepenatan . Tapi , cardio workout di petang hari mesti diteruskan demi menguruskan badan .

Aku nak buat pengakuan yang untuk menguruskan berat badan , kita perlukan banyak pengorbanan . Pengorbanan dari segi membuang tabiat buruk . Alhamdulilah , tabiat buruk aku yang dulu suka minum ais dan bertukar kepada minum air suam dah lama sebati dalam hidup aku .Minum air suam Bukan itu sahaja , air masak juga memang sekarang dah jadi bff aku yang mana asyik berkepit je dengan aku kemana aku pergi . Gila Minum Air Masak ,    Air Masak Is My Bestfriend !



Tambahan pula , dulu aku tak reti langsung makan sayur mentah dan alhamdulilah aku dah memang mengamalkannya sebagai makanan harian aku .Sayur Yang Colorful ! Lemak dan berminyak makanan pun aku dah kurangkan especially kulit ayam . Woi , yang kulit ayam ni tolong jauh kan . Hahahhaa . Effect dia memang cepat gila berat kau naik mencanak . Tentang isu makanan berminyak pula , kalau boleh setiap hari kurangkan lah lebihkan kepada makanan yang easy cook atau pun rebus dan stim  ke . Rahsia Memasak Makanan Sihat

Cuma , ada satu je tabiat buruk pemakanan aku ini yang aku memang kena tepis mulai sekarang kalau aku serius nak bergaya dipagi raya . Hahaha .





Tabiat buruk itu ialah , SUKA MAKAN BENDA BERKUAH DAN HIRUP KUAH TUH SAMPAI HABIS DAN LICIN ! .

Hahahaha . Yang ini memang sukar gila dikawal . Tapi , demi size S yang aku memang nak sangat , aku kena juga buang tabiat buruk ini . Aku teringat yang kebanyakkan orang sekeliling aku mesti cakap , "Ain ni mesti suka makan benda berkuah kan ?" . Hahahha . Kantoi ! Insyallah , from now to on ward , memang aku nak buang tabiat ni . Semua ini sebab aku nak kejar impian aku .

So , untuk mencapai apa yang kita nak , macam badan six pack , tabiat buruk dalam pemakanan harian kita ni mesti dicegah dan di buang jauh dalam kehidupan kita .