MENCEGAH GIGITAN SERANGGA DENGAN GARLIC BALM

Di hari kedua ain di Bukit Gambang, kami diberi peluang untuk membawa sendiri ATV masuk ke tempat binatang liar. Namanya ATV Wild Savanah. Fuh, mula-mula dengar dah rasa cuak sebab kiri kanan ada binatang liar kan. Kita ni dah la bukan jenis pencinta haiwan sangat.


Orang cakap, haiwan boleh detect kita ni suka dia ke tidak. Tapi kalau rimau dah depan kita, lari jelah woi. Hahahaha. 🤣 Okay, semasa ain diberi penerangan sebelum masuk ke safari park tu, diorang dah bagitau panas sedikit, dan bertanya ada masalah kesihatan ke tidak.


Ain ni kadang allergik sedikit lagi-lagi masuk hutan. Memang terdedah la dengan gigitan nyamuk. Hahaha. Tapi nasib baik ain pakai baju dengan inner. So tak terasa sangat gigitan serangga.

Tapi, balik je dari habis program tu masa nak mandi, ain dah rasa gatal-gatal. Baru teringat tadi masuk hutan, komfom ler ada gigitan dan serangan serangga yang kita tak perasan kan.


Ain boleh pula terlupa nak bawa garlic balm ni. Bila dah gatal-gatal tu baru baca info yang garlic balm ni boleh mencegah dari di gigit serangga. Haaa, nyesal tak pakai tadi sebelum masuk ke safari park tu.

Lepas dah mandi tu ain pakai ler, “ooo , baru tahu yang dia boleh beri kita tidur yang lebih nyenyak.. sebabkan garlic balm ni bau dia ya ampun bawang putih kauu..so nyamuk pun lari ler tak nak dekat..” Bukan nyamuk je woi, makcik bawang pun tak nak dekat. Bagus juga kan tak ada ler kita nak mengumpat je kan. Eh tiber🤪

A post shared by NUR FARAHAIN (@farahainzfa) on

So, korang yang nak masuk hutan atau nak buat aktiviti lasak, jangan lupa untuk bawa garlic balm dari zmbeauty ni tau. Kang menyesal badan gatal-gatal macam ain kena ni. Kihkihkih.

Untuk maklumat lanjut ⤵
Instagram: @zmbeautybrand
Laman web rasmi: www.zuraini.com



Terima kasih kepada pihak ZM Beauty kerana sudi menjadi penaja Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang. 👏🏼

EKSPLORASI JDT BLOGGER KE BUKIT GAMBANG -2

ENTRI BERSAMBUNG DARI PART 1

Pada hari kedua permulaan aktiviti kami dimulakan dengan bersarapan pagi di Arabian Cofee House. Ain memang betul-betul isi perut sebab dah tau lepas ni nak buat banyak aktiviti. Sempat bedal sekeping roti canai yang sedap teroks bercicahkan sambal dan kuah dhal. Ya ampun,terliur pulak bila teringat ni. Selesai je makan, kami terus ke tempat Active Academy yang mana dekat situ la ada aktiviti memanah, menembak, ATV , dan menaiki kuda.




Aktiviti pertama yang Ain cuba ialah   menembak “painting shooting”. Uish, yang ni bukannya boleh tembak gitu-gitu je, kena betul-betul target. Tapi, Ain agak tidak berpuas hati terhadap diri sendiri sebab tembak tak tepat. Mungkin sebab tangan tak bedong🤪. Kalau korang nak yang lagi mencabar, boleh cuba Paintball. Ni lagi betul-betul macam berperang.Hahaha.



Selepas itu, Ain beranikan diri mencuba ATV. Ain ni dahla penakut. Bawa motor pun tak pernah. Inikan nak bawa ni. Hahaha. Yang ni boleh cuba 3 pusingan. Mula-mula memang neves woi. Dengan ape benda yang diterangkan pun susah nak ingat. Sebab Ain ni jenis susah nak ingat benda baru. Kes tu selalu tak ingat nama orang🤣. Tapi dapat guide daripada abang-abang yang mengajar tu, ku bedalkan juga woi. Seronok sangat.

kredit photo : Sis Lin


Dah settle naik AtV, kita cuba memanah ke hati awak pulak. Eh! Tiber🤪. First time juga Ain memanah.Boleh tengok sendiri performance Ain macam mana. Tak kosisten langsung. Nampak sangat aku ni jenis susah nak fokus🙈.


Overall , aktiviti pagi ni yang paling Ain suka ialah ATV dan memanah. Sampai rasa nak jadikn dua aktiviti ni sebagai satu hobi iolls pula. Tiber😆. Selepas tu kami berehat dan makan tengah hari di tempat yang sama iaitu di Arabian Cofee House.




Jam menunjukkan pukul2 petang, dan kami akan dibawa menuju ke Safari Park.Haa, yang ni lah yang betul-betul kami bereksplorasinya. Selama ni Ain ingat Bukit Gambang ni hanya ada waterpark tapi rupanya siap ada Safari Park woi. Kami dibawa menaiki tram dan sampai di satu tempat berhenti, yang akan mencuba ATV wild savanah akan turun. Mula-mula hanya peserta lelaki sahaja. Tetapi, ada pulak kosong tempat, so Ain terus volunteer nak cuba.


Sebenarnya memang takut woi lagi pulak bila dengar cerita yang kita akan bawa sendiri atv tu sebelah kiri kanan ada binatang liar pulak tu. Aku ni dahla bukan pencinta haiwan sangat. Tapi, ku gagahkan juga.Mula-mula sekali, kami kena warmup dulu. Beberapa round sebelum masuk betul-betul ke tempat binatang liar tu. Hahaha.

Nanti Ain cerita lagi details okay macam mana pengalaman pertama Ain membawa ATV. Untuk pengetahuan semua, trak yang kami lalui sama juga dengan laluan yang digunakan oleh tram. Cuma yang AtV ni lagi mencabar la sebab kita bawa sendiri dan binatang memang lagi dekat dengan kita. Hahaha.

Selesai je Ain bermain ATV, kami terus ke Predator Instinct show. Persembahan ni dimulakan dengan pertunjukkan landak comel yang keluar. Comel betul sampai ada budak-budak sekolah excited nak terkam je landak tu🤣.


Selesai je persembahan tu,kami menuju pulak ke Wonderful Birds Show. Persembahan burung ni pun best sangat woi. Untung ler Sis Lin kita dapat bergambar dengan burung helang 🦅 . Jangan risau uolls, disetiap aktiviti ni nanti i akan cerita dekat uolls lagi tau. Ni kita bagi cerita cenonet cenonet dulu.😁

Habis je persembahan burung, kami terus menuju ke Simba Hill Gourmet Hall untuk tea break dan dinner terus. Fuh, kat sini korang makan sambil boleh tengok 🦁.  Jangan main-main. Hahaha. Ain rasa ni first time, Ain makan sambil nengok singa tengah tidur. Hahaha. Diorang cakap singa ni tidur 18jam satu hari. Kalau kita yang tidur, boleh pening dik woi.😂.


Makanan dekat Simba Hill Gourmet Hall ni pun terbaik antara yang masih Ain ingat ialah makanan kambing dan ayamnya. Nyum nyum nyum. Perut pun dah kenyang, tapi hati masih teruja nak tengok “Abang Api” dan Tarsan Show.

So, sebelum nak tunggu abang api muncul, kami jalan-jalan di Night Jungle dulu. Dapat la nengok haiwan-haiwan dari tempat berkaca tu. Dan tibalah yang dinantikan bang api 🔥 .


Nengok macam kenal je , bang api tu..Tapi kat mana ehk😆. Kiri kanan Ain yang duduk semua kanak-kanak which is anak-anak blogger yang lain. Dorang mula-mula takut juga. Tapi bila Ain cakap “tu orang la, abang api,, tapi dia makan api” . Hahahaha. Barula diorang okay. Diorang ingatkan persembahan hantu sebab dah gelap kan.



Settle je African Yabara Fire Show, kami terus masuk ke tempat persembahan Tarsan Show pula. Eh, macam pernah nampak juga bang Tarsan and the geng ni, tapi kat mana ehk? 🤪. Rupa-rupanya , diorang lah abang ATV yang guide kitorang petang tu. Hahaha. Malam terus berubah jadi bang api dengan bang tarsan🤣.


Kami sangat enjoy dan berpuas hati dengan semua persembahan yang dipertontonkan. Tabik spring 👏🏼👏🏼👏🏼 dan haaaa tepukkkk sket dekat semua team yang menjayakan persembahan di Bukit Gambang Safari Park ni.Diorang ni superb talented. Cara diorang bercerita tentang haiwan sangat lah details dan nampak betul diorang ni memang “animal lovers”.

Malam tu sebelum kami menaiki tram untuk pulang ke bilik, sempat la lalu di ruang souvenir. Ain tengok-tengok gitu je, dapatlah tengok harga. Not bad woi. Berbaloi la untuk korang nak datang ke sini nak beli souvenir macam tshirt, mug keychain, animal toys. Harganya sangat berpatutan.


Dan malam tu, setelah kepenatan..kami pun balik ke bilik masing-masing. Walaupun penat tapi kami sangat berpuas hati. Memang betul lah kami dapat rasai kepuasan bereksplorasi di Bukit Gambang. Ini lah dia di sebalik Bukit Gambang Resort City yang orang tak tahu...Nantikan cerita ain seterusnya...jeng jeng jeng....

BROWNIES COMEL BUAT SI CILIK

Masih teringat lagi Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang pada 8-10 Ogos haritu. Ya Allah, ianya meninggalkan satu kenangan terindah untuk Ain. Salah satu penaja kami pada ketika itu ialah Selera Sakura.

Pemilik dia comel cantik sangat. Sebelum-sebelum ni, ain dah memang pernah rasa brownies nya. Masa first ain rasa sewaktu review ramadhan buffet di pulai spring dan seterusnya di Potluck JDT Blogger.





Tapi tak sangka, bila sampai ke Gambang jadi comel je bungkusannya. Semestinya ia menjadi kudapan ringan kami sepanjang aktiviti dijalankan. Rasa nya masih tetap sedap dan sama masa ain mula-mula rasa sebelum ni.


Tak sampai hati nak habiskan semua, sanggup ain simpan elok-elok dalam beg dan bawa balik ke JB sebab nak bagi dekat Aqilah dan Atiqah. Sampai JB , ternyata masih elok lagi browniesnya.


Comel je kan diorang makan. So, korang mungkin dah bosan nak bagi kek untuk hari jadi anak-anak , Ain cadangkan bagi brownies ni. Ataupun mungkin nak buat party dan jadikan ini sebagai hadiah goodies, boleh je terus contact Selera Sakura ni tau.

A post shared by NUR FARAHAIN (@farahainzfa) on

Terima kasih kepada Selera Sakura kerana sudi menjadi penaja semasa kami di Bukit Gambang Resort City.


Untuk Tempahan Brownies ⤵
Facebook :Selera Sakura
Instagram : @selerasakura

AL FATEH PRINTING CETAK BANNER MURAH DAN CEPAT DI JOHOR BAHRU

Cetak Banner, Namecard, Bunting, Flyers Murah di Al Fateh Printing, Johor Bahru

Nak cari kedai untuk cetak banner, name card, bunting dan flyers yang berpatutan harganya di Johor Bahru? Program tinggal tiga hari lagi, tapi banner belum siap? Atau last minute sangat perlukan name card?


Jom ke Al Fateh Printing! Kalau tempah name card pagi, insya’Allah tengahari atau petang dah boleh siap! Hantar design banner hari ni, insya’Allah lusa dah boleh ambil. Kalau dah urgent sangat, cuba la nego-nego. Haha.


Al Fateh Printing merupakan salah satu kedai percetakan yang sedang mengembangkan sayapnya di bandar Johor Bahru. Al Fateh mencetak pelbagai jenis bahan untuk dokumentasi, pengiklanan mahupun pengkomersialan. Mempunyai dua buah cawangan, satu di Taman Universiti dan terbaru di Bandar Baru Uda, Al Fateh komited menyediakan perkhidmatan dan servis terbaik buat pelanggan.
Bagi meraikan pembukaan cawangan keduanya pada 18 Julai 2018 yang lalu, Al Fateh menawarkan promosi khas kepada semua pelanggannya. Apa yang ditawarkan? Banner Bunting RM1/kaki - siap 2- 3 hari sahaja, flyers murah cepat siap, name card siap 1 hari dan macam-macam lagi.
Apa tunggu lagi? Jom tempah sekarang di Al Fateh Printing!

Al Fateh Printing
9 Jalan Pendidikan 8/2, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor
41-GF, Jalan Padi Emas 1/8, Bandar Baru Uda, Trigon Uda Business Centre, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat 9 am – 10 pm Sabtu – Ahad 9 am – 7 pm
Facebook:
https://www.facebook.com/alfatehprinting/
Instagram:
https://www.instagram.com/alfatehgemilang/
Website:
http://alfatehprinting.com/
Email:
alfatehorder@gmail.com
Sales Advisor di BANDAR BARU UDA
http://www.wasap.my/60167526582 (Kimi) http://www.wasap.my/60177406435 (Zahirul) Office – 07-244 1792

Sales Advisor di TAMAN UNIVERSITI
http://www.wasap.my/60103315079 (Cik Izah) http://www.wasap.my/601155010694 (Cik Hanun) http://www.wasap.my/601155010696 (Cik Nad) http://www.wasap.my/601155037562 (Cik Aisyah) http://www.wasap.my/60103315078 (Cik Ana) Office – 07-5504942

EKSPLORASI JDT BLOGGER KE BUKIT GAMBANG -1

kredit photo : Sis Lin

Alhamdulilah, pada 8-10 Ogos 2018 , Ain bersama dengan geng JDT Blogger telah mengeksplorasi Bukit Gambang yang terletak di negeri Pahang. Antara JDT Blogger yang terlibat ialah Kak Julia , Sis Lin , Kak Seri , Kak Mar , Kak Sunah ,Nona , Kak Dila. Kami semua bergerak dari destinasi masing-masing dan selamat check in di Arabian Bay Resort dengan sangat mudah.
view daripada bilik ain

Dapat je kad bilik, apa lagi Ain pun excited la nak tengok macam mana rupanya bilik dia tu. Wow, sangat selesa.Nanti Ain akan cerita lebih details lagi tentang bilik-bilik yang terdapat di Bukit Gambang Resort City ni yer. Pertemuan pertama kami ialah pada makan tengah hari di Arabian Cofee House. Makanannya Alhamdulilah semuanya sedap-sedap belaka. Dapat lah kami geng JDT Blogger menangkap gambar menu-menu yang disediakan.

Amboi ain  , kemain semangat bawak beg hijau tuu.hahhaa . kredit photo : Sis Lin

Selepas makan tengah hari, kami menaiki Tram yang disediakan oleh pihak Bukit Gambang Resort City untuk ke water park. Ini merupakan pengalaman kedua Ain bermandi-manda di Bukit Gambang Waterpark. Tapi kali ini best sebab tak ramai orang. Kami pergi waktu weekdays, makanya tak perlulah nak berebut-rebut. Hehehe. Itu lah kelebihan uolls kalau datang pada waktu weekdays.


Di water park juga, kami diberi masa yang sangat banyak untuk betul-betul bereksplorasi di seluruh waterpark tu. Banyak kali juga Ain kehulur-kehilir bawa pelampung. Hahaha. Nanti Ain update full story tentang waterpark ni yang mungkin ramai orang tak tahu.


Malam tu kami makan malam di Oriental Oasis Restaurant. Kami geng JDT Blogger memang jenis suka tangkap gambar makanan, haaa tunggu i payung uolls menu-menu yang disediakan okay. Tamat untuk hari pertama kami bereksplorasi di Bukit Gambang Resort City tempat percutian menarik di Pahang. Nantikan hari kedua pula yer. Pasti lebih penuh dan padat aktiviti yang kami rasai dari pagi sampai ke malam. Tak percaya ? Tungguuuu 😁

PENGALAMAN PERTAMA KE FASHION SHOW


Aku bukan lah seorang perempuan yang gila dan obses pada fashion. Nak ootd pun masih kelaut. Hahaha. So, tak pernah terlintas difikiran aku untuk menghadiri majlis-majlis fashion ni woi. Tapi, alhamdulilah, rezeki ini berpeluang merasainya.


Terima kasih kepada pihak Paradigm Mall Johor Bahru kena sudi menjemput Ain . Memang Ain betul-betul rasa excited pada waktu tu sampai buntu nak pakai baju apa. Hahaha. End up bedal jela baju apa yang ada🤣

Sampai je ke tempat persembahan tu, wow ramai betul yang memang fashionista. Malu pun ada rasa. Tapi, Ain konfiden je masuk register dan kebetulan waktu tu perut tak sedap, Ain tak jamu pun dessert yang disediakan.

Bila tiba masanya waktu pertunjukan dah nak bermula, kami wakil-wakil media di beri tempat duduk paling hadapan sekali. Wow, lagi la teruja kita wakk🙈. Memang mendongak kau , aku tengok model-model tu semua catwalk.

Ada orang cakap bosan duduk lama-lama sampai 3 4 jam. Yer, memang mengantuk jugak 😅. Tapi, jadi tak mengantuk bila ada persembahan selingan . Antara yang menghiburkan para tetamu pada ketika itu ialah Altimet, Wanikayrie , Ernie Zakri dan pemain saxophone wanita Keyin. OMG ! Persembahan diorang semuanya superb best weh.


Aku ni dahla minat muzik walaupun tak pandai main muzik. Menyanyi dan karoke tu pandai la.Hahahaha. Wanikayrie nyanyi lagu Diamond like OMG sedap betul dan dia nyanyi juga lagu Girl On Fire. My favourite song. Aku betul-betul terpegun beb.

Pada aku, Altimet memang la seorang entertainer yang harus dipandang oleh rakyat Malaysia. Aku siap jerit lagi “nak lagu Amboi”😂, Altimet jawab “Amboi kita berehat dulu”😆. Seterusnya, Ernie Zakri. Yang ni kita tak payah lah nak pertikaikan suara dia. Sedap habis kan. Memang layak di tepukkkk 👏🏼👏🏼👏🏼👏🏼

A post shared by NUR FARAHAIN (@farahainzfa) on
Okay yang pemain saxophone ni pulak superb jugak woi. Aku memang enjoy betul. Kan dah cakap i memang suka muzik walaupun baca nota muzik pun tak berapa nak pandai. 😂

Habis je catwalk dan persembahan aku cepat-cepat dengan laju nya ke Sazzy Falak untuk bergambar. Sampai kak Seri tegur “Ain dah nak balik ke?”🤣 Hahahaha. Lepas je tangkap gambar semua, dekat ruang dessert tu diorang siap sediakan bekas untuk tapau. Apagi, tapau lah dessert yang sedap-sedap tu.

Akhir sekali, terima kasih banyak-banyak kepada pihak Paradigm Mall JB kerana sudi memberikan pengalaman indah ni kepada Ain. Ain sangat-sangat menghargainya. Semoga kita dapat berkolaborasi lagi untuk event-event yang akan datang.

EKSPLORASI JDT BLOGGER KE BUKIT GAMBANG






Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang Resort City


8-10 Ogos 2018



Team @jdtblogger yang terlibat:



Penaja bersama:


BUKIT GAMBANG WATERPARK


Ape kes cik Farahain baru nak update benda dah berlaku tahun 2015 🙈. Sorry yer blog kita ni kan awak, kadang dia ada ombak pasang surut.  Makanya, kita throwback ler cerita berapa tahun lepas.

Ceritanya masa tu, geng PCD ain semua berpakat ke Pahang. Sebab lela kahwin dan tu la first time Ain sampai Pahang. Oh, by the way geng PCD ni tercipta masa zaman belajar matrik. Hehehe. Kita cerita lain entri yer nanti. Geng PCD ni terdiri dari Ain , Elly , Ecah , Eiyra dan Lela.


Ain mulakan perjalanan dengan naik flight JB-KL sebab masa tu acah-acah poyo nak naik flight🙈. Sampai je klia terus pergi putrajaya kejap sarapan pagi dengan my bestfriend. Lepastu aku gelabah lah kelam kabut sebab dah plan dengan Elly n Ecah.


Jumpa dekat KL Sentral. Ecah yang drive. Dia bawak Triton kau.Tekezut kita dahla Ecah comel je. Hahaha. Kitorang sampai lambat lah. Aku sumpah rasa bersalah gila. Hahaha. Dah la plan pergi ke Gambang ni idea aku. Eiyra dari JB dah lama sampai kitorang lambat sampai.

Lagi panas hati, sampai lambat, pastu tiket boleh tahan mahal. Sebab kitorang main kejap je, mestila rasa tak berbaloi kan. Weyh, geng PCD ! Kalau korang baca, sorry tau😂


Kitorang antara yang last juga la keluar dari water park tu. Dah penat-penat mandi terus pergi ke rumah lela. Sebab lela nikah malam tu.

Alhamdulilah, sempat juga kitorang tengok dia. Sekarang ni geng PCD tinggal aku dengan Elly je yang belum kahwin. Hahaha.Doakan yang baik-baik🙊

Aku up semula moment ni sebab 8-10 ogos , kami geng JDT Blogger nak gegar ke Gambang. Kali ni, ain nak betul-betul rasa enjoy dekat sana. Banyak aktiviti tau.Nantikan update dari kami semua tau. Korang boleh je follow Facebook JDT Blogger dan Instagram @jdtblogger .

THE NF GENERATION


Hari ni belek-belek gambar dekat laptop ternampak pula gambar-gambar comel anak-anak jiran. Aku gelar diorang “The NF generation”


Kenapa? Sebab nama aku Nur Farahain. Nama diorang pun NF juga. Nur Farzana , Nur Fahrina dan Nur Farisya. Memang jenis sehati sejiwa mungkin jiran kita ni. Hahaha.

risya , nana , rina


Seronok tengok diorang membesar daripada baby tak pandai bercakap, sampailah dah masuk sekolah. Aku suka dengar bila dorang bagi salam “Assalamualaikum kak Ainnnnnn”🤣




Aku pernah ambil diorang balik dari sekolah kebangsaan sebab rumah dekat je dengan sekolah ,jalan kaki pun dah sampai, tengok-tengok kan diorang pergi sekolah agama. Nampak diorang monteng sekolah agama(teringat aku dulu pun kuat ponteng sekolah agama) . Siap dah plan dengan kawan bila nak ponteng😂

Farisya masa kecik dengan arwah ibu ain.

comel kan Farisya & Fahrina


Semoga generasi NF ni kekal sampai bila-bila. Kak Ain nak sangat tengok Nana,Rina ,Risya menjadi anak-anak yang solehah pada Baba dengan Mama. 💕