Positive Qoute : Jack Ma , founder and executive chairman of Alibaba Group
12/366 : DIARY OF THE DAY -12 JAN 2016
Assalamualaikum dan hello kepada semua . Terima kasih kerana sudi membaca blog ain yang tak seberapa ini . Insyallah , hari demi hari , ain akan lebih berusaha untuk memajukan lagi blog ain ini . Hehehe . Untuk hari kedua belas kita dalam tahun 2016 , ini apa yang ain nak kongsi pada uolls semua :
- Pizza Comel RM 5 Giant
Hari ini aku dengan family shopping barang dapur dan selalunya kitorang akan shopping dekat Giant sebab dekat dengan kawasan rumah . Lepas dah nak ke kaunter bayar , tetiba nampak pekerja Giant itu macam open table lah . Rupanya jual pizza comel ini sekotak RM5 . Peh , murah kot dan padai gila strategi marketing dia . Dengan menggunakan tagline "Fresh From Oven" , ianya dapat meyakinkan orang untuk singgah sekejap sebelum pergi ke kaunter bayaran .
ini kotak pizza nya. comelkan ?
Yang bagusnya , kita hanya perlu tunggu lebih kurang 5 minit untuk dapatkan pizza yang kita order itu . Sebabnya , crust pizza tuh dah half cook , tinggal bakar dalam oven je . Sempat lah tadi aku berbual dengan pekerja yang jaga tempat jual pizza tu . Pada aku , strategi ini sangat bagus untuk meningkatkan hasil jualan Giant . Sebab majoriti aku nengok termasuk aku dan keluarga mesti order 2 kotak .Hahaha . Dia ada 4 perisa iaitu Chicken frost , original ,rendang , satay . Aku tak tahu la dekat Giant korang ade ke tak .hehehe.
ini pizza chicken frost
ini pizza perisa original
- Teringin nak kenal dengan BLOGGER JOHOR
Sebenarnya dah lama hasrat ini ain nak suarakan yang ain teringin nak berkenalan dengan blogger blogger dari johor .Terutamanya dari Johor Bahru . Sebab ain asal dari JB . Mana lah tahu kalau kita boleh buat perjumpaan sesama blogger dan lakukan aktiviti . Dari situ , bukan sahaja kita kenal di dalam dunia blog tetapi juga secara secara face to face . Kalau anda blogger johor atau anda kenal blogger dari johor ajak masuk blog ain dan komen dekat sini ye .hehehe.
Erm , itu sahaja lah entri untuk hari ini . Jumpa lagi esok yer ! :)
Assalamualaikum tak jawab dosa , kalau jawab sayang ! HAHAHA.
11/366 : DIARY OF THE DAY -11 JAN 2016
Assalamualaikum dan helllo kepada semua . Hari ini dah 11 hari bulan , yang mana hari ini merupakan hari jadi Datuk Siti Nurhaliza dan hari jadi adik aku . Hehehe . Diam tak diam , dah seminggu lebih kita dalam tahun 2016 kan . Sekejap je rasa . Jadi , diary of the day aku pada hari ini ialah :
- Lemak berkurang 0.3 Kg
Sebenarnya , lebih kurang seminggu lebih aku tak workout , aku demam teruk , batuk batuk . Tapi , aku dah janji aku nak kurus . Itu impian aku , aku tak nak sia siakannya . Aku dah mulakan makan segenggam nasi , banyakkan minum air masak dan juga mengemas rumah untuk mengeluarkan peluh sebagai ganti aku tidak pergi bersukan . Tak sangka , dengan izin ALLAH , aku beranikan diri tadi timbang lepas aku workout tadi . Alhamdulilah , lemak aku dah berkurang sebanyak 0.3kg . Ya , bukan 3 kg . Walaupun , nampak sedikit je penurunan , tapi ada penurunan . Itu satu langkah kejayaan (small sucess) pada diri ain . Bukan itu sahaja , itu membuatkan aku jadi lebih bersemangat nak teruskan langkah mencapai impian . Doakan aku yer .
- Followers bertambah hasil blogwalking & join giveaway/segmen
Alhamdulilah , untuk 11 hari dalam tahun 2016 ini , dah banyak juga giveaway / segmen yang aku join dan ada satu giveaway itu aku menang novel (sini ) . Itu yang buat aku jadi lebih bersemangat untuk update entri selalu dan aktif dalam dunia blog ini . Bukan itu sahaja , malah followers jugak semakin bertambah dari hari ke hari . Oh , nanti ada blogger yang buat giveaway perlukan sponsor , bagitahu ye . Aku nak sponsor ,tapi hadiah belum gempak gempak lagi . hehehe . Komen je dekat sini okay .
Hmm , itu saja dua benda aku nak cerita untuk hari ini . Aku doakan semoga kita semua menjadi blogger yang mendapat keberkatan dari ALLAH serta dipermudahkan untuk semua urusan . Bye !
Langgan:
Catatan (Atom)