124/366 : "Sampai Bila Nak Simpan Baju Yang Tak Muat Tuh ?"

 


Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini dah hari ke seratus dua puluh empat kita berada dalam tahun 2016 . Macam mana dengan azam korang yang kononnya panjang berjela tu ? Dah tercapai ? Ingat , kena sentiasa audit dan tengok semula so that kita semua akan berusaha untuk mencapai impian yang kita inginkan .

Untuk hari ini , aku nak share dengan korang terutama gegirl yang asyik komplain je bila lah nak kurus , tapi tak buat apa apa pun ! . Nah , you are so wrong girl ! Komplain dari awal tahun lepas sampai sekarang pun kalau kita tak take action terhadap apa yang kita impikan , it would not give the good result to you ! . 

Aku nak kongsikan dekat korang cara aku get out of this excuses katanya nak kurus , tapi tak buat apa apa ! Weh , jangan pemalas ! Kata nak kurus . Semangat tak ada . Macam mana nak kosisten laksanakannya .

  • Cari Sebab Terkuat Kenapa Kena Buat Sesuatu Untuk Kurus !
Normally , aku faham bila aku cakap pasal fitness dan bab jaga makan , mesti orang tak tak serius . Sebab apa ? Sebab matlamat kita untuk kurus tu tak jelas !. Sebagai yang paling dekat ialah , HARI RAYA DAH TAK LAMA LAGI DAH NI WOI ! Masih tak sedar diri lagi ? Hahaha . Takkan nak biar orang sekeliling yang dah lama tak jumpa cakap "Gemuknya kau sekarang ehk !" . Kan lagi seronok bila dengar orang cakap "Woi , kurus ehk kau sekarang !" . Bukan itu sahaja , aku juga pernah cerita tentang big why ataupaun matlamat yang kuat kenapa kita kena jaga makan dan exercise untuk kurus . Ini 3 Cara Aku Macam mana Nak Kosisten Kuruskan Berat Badan .

  • Sampai Bila Nak Simpan Baju Yang Tak Muat Tuh ?
Okay , kesedaran dan keinsafan aku mula timbul dan sangat bertekad untuk kurus ialah bila satu ketika aku kemas wardrobe aku dan asingkan baju yang muat dan tak muat . Ya ALLAH , banyak rupa baju yang tak muat . Teringin aku nak pakai semula baju yang tak muat tuh . Nah , disebabkan itu lah aku bersungguh nak turunkan berat badan . Alhamdulilah , ada sesetangah baju aku dah cuba pakai dan kembali semula muat . So , korang tanya diri korang , "Sampai bila nak simpan baju yang tak muat tuh ?" . Boleh baca cerita  Dulu Gemuk Sekarang Kurus !


So , aku dah share kan dah pada korang ini , terpulang pada korang sama ada nak membiarkan lemak itu menjadi parasit dalam badan kita atau kita buang dia jauh jauh dalam hidup kita . The choice is yours ! All the best !


123/366 : Sponsor Giveaway Dan Contest Kenalah Bertanggungjawab !


Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini dah genap 2 May kita berada dalam tahun 2016 . Gila lah rasanya baru je menulis diary of the day ni , sedar sedar je dah masuk bulan 5 . Cepat sungguh masa berlalu . Jadi untuk hari ini , diary aku berkisar tentang aku kejujuran bila menjadi sponsor .

Kisahnya  , aku ada sponsor satu giveaway ini . Bulan dua haritu . Awesome Birthday Giveaway ! . Lepas giveaway tamat , aku pun tunggu lah tak ada yang claim ke . Rupanya , aku godek godek inbox Facebook ada yang claim . Ya ALLAH , rasa bersalah gila lambat topup kan kepada pemenang . Yela , mereka kan dah bersungguh join giveaway . Lepastu kita sebagai sponsor tak kota kan janji kita kepada pemenang .

Aku betul betul minta maaf kepada diorang . Lain kali dekat inbox facebook tu , godek betul betul sebab kadang kadang banyak spam mesej yang masuk sampai aku tak perasan .

Dikesempatan ini juga , aku pun ada juga menang beberapa giveaway yang dianjurkan oleh para blogger . Tapi , jadi lebih sedih bila sponsor katanya nak pos hadiah tapi sampai ke sudah nan hado . Hahaha . Tak apa lah , rezeki aku ALLAH bagi pada yang lain .

Cumanya , dari sini lah menunjukkan yang sama ada kita ini bertangungjawab atau tidak . Yelah , kita nak orang follow kita dan penuhi syarat yang ditetapkan . Tapi , on side kita pula kenalah laksanakan sebagaimana yang kita nak sponsor itu .

Sebenarnya , pengalaman join giveaway , contest dan segmen oleh blogger ini lah yang buat aku jadi bersemangat nak aktif sebagai blogger !

122/366 : Ayah Aku Masak Asam Pedas Sedap Woi !


Sempena hari pekerja yang jatuh pada 1 mei sudah pasti ramai yang sedang menikmati cuti rehat bersama keluarga dan orang yang tersayang . Makanya hari ini ayah aku memang dah cakap awal awal , nak masak asam pedas . Gaya dia macam nak suruh aku masak . Well , aku kalau masak masakan yang macam gini aku tak berapa reti sedikit , dan aku mengambil keputusan membeli paste asam pedas yang hanya sekejap je dah siap . Hahaha .

Lagipun , paste asam pedas tu memang aku dah pernah rasa sebelum ini . So , rasa sedap itu sudah gerenti . Kebetulan petangnya aku ada hal sampai ke pukul 8 lebih baru balik . Call lah ayah aku tanya nak beli apa apa ke bahan tambahan ,sekali ayah aku cakap , dia dah masak !

Hahaha , tinggal nak makan je . Kebetulan pula ikan itu memang fresh dari laut sebab ayah aku beli direct . Tu yang dia bersungguh nak masak asam pedas . Hahaha . Betul lah , kekadang sesekali rasa ayah aku masak , gila sedap hingga menjilat jari . Peh , ikan tu punya manis , sedap bak hang !

Oh , aku tak makan dengan nasi as aku off workout hari ini . So , makan dengan raw mix vege lah . Sedap ! Alhamdulilah! Sebenarnya , sekarang banyak dah orang jual instant instant atau bahasa melayu nya rempah yang dah siap tak payah nak menumis , menumbuk bagai . Kukus ikan , masuk paste tuh , masuk air . Dah settle . Hahaha .

Alasan je orang yang tak nak masak ni ! Okay pasni kalau orang suh masak susah susah ni , first thing ialah cari rempah yang dah siap . Mudah kerja dan cepat siap . Cuma sedap tak sedap jelah dan kena tahu jugak kuantiti rempah tu sesuai untuk berapa hidangan . Kang kalau terkurang , jadi tak sedap pula .