Kepada mereka yang berada di Taman Universiti , Skudai bestlah sebab Restoran Ateh Corner ini dekat jer dengan area korang. Kepada student-student UTM boleh la bawa kawan-kawan dengan keluarga untuk cuba merasai sendiri keenakan dan kesedapan makanan yang terdapat di Restoran Ateh Corner ini.
Alhamdulilah , rezeki geng JDT Blogger lagi untuk terjah membuat food review. Kali ini kita terjah di sebuah Restoran yang beroperasi pada pukul 7 pagi sehingga 2 pagi . So, korang boleh la terjah sarapan disitu , nak makan tengah hari , dan malam pun boleh. Ianya sangat selesa kerana dilengkapi dengan tandas yang bersih dan ruang solat. Kalau yang bawa keluarga itu sangat lah selesa kan. Ruang kedai makan ni juga luas so kalau datang 10 orang pun okay je.
Ain tertarik kepada sistem pesanan order makanan & minuman di Restoran ini kerana pelayan akan menerima order dengan menggunakan tab dan tak pakai kertas. Ini secara tak langsung akan lebih memudahkan pekerja yang bekerja di ruang dapur menyediakan pesanan tersebut. Bukan itu sahaja, yang bestnya juga dorang bekerja dalam suasana yang enjoy. Dorang menggunakan catchy words seperti contoh Air mata kucing "meow 1" ,"emergency 911". Bila mana terlalu ramai pelanggan , mereka akan keluarkan menu "emergency 911" seperti masakan yang simple contohnya mee goreng , nasi goreng. Best kan!
Pihak Restoran Ateh Corner menghidangkan beberapa menu kepada kami. Yang paling buat ain teringat sampai hari ni ialah menu Siakap Stim Nyonya dia cicah dengan mantaou bun. First time juga ain makan ikan siakap stim cicah roti. Menu ini sangat lah ain recommend kan kepada korang untuk merasainya sendiri. Sedap terokssss..
So , korang tunggu ape lagi. Ain dah payung gambar dah payung info. Pergilah terjah sekarang. Nanti kan kempunan pula. Tak dapat Ain nak tolong.Hahaha. Nak cari Restoran ini pun senang je. Waze je. terus sampai.Tak sesat punya lah.
RESTORAN ATEH CORNER
No. 105, Jalan Pendidikan 5, Taman Universiti,Johor
Waktu Perniagaan:
7 pagi - 2 pagi
Selasa - Ahad
Isnin TUTUP