4FINGERS KINI BERADA DI JOHOR BAHRU


Hai gais, kepada yang duduk di KL dan Penang mungkin dah pernah merasa 4Fingers ni. Kini tibalah giliran orang-orang Johor pula merasainya. Pergh, teringat masa 4Fingers ni disebut-sebut, kita yang dekat JB ni cemburu je dengan diorang yang dah rasa.

Makanya pada hari Ahad , Kak Ida membuat rombongan berjemaah ke 4Fingers. Antara yang turut serta ialah Sis Lin, Kak Sunah , Uyul , Ain dan Kak Ida. Sebenarnya, yang join ni kebetulan yang free pada waktu tu. Ain pun kebetulan timing cantik on je lah! #jdtblogger

Memula jakun juga woi tak tahu nak order apa. Tapi, sebagai gegurl kepochi acah-acah confident pandai order, aku menyelit jela sebelah Sis Lin dengan Kak Ida. Hahaha. So, dari situ ain tahu nak order macam mana untuk next time.


Kak Sunah cop tempat memang superb lah. Maaf kan kami kalau terdengar gelak tawa yang kuat bergegar pada ketika itu. Hahahaha. Maafin nabila yaaa bondaa arini!!! Nabila benar -benar berdosa.🤣#kaksunahgelakpunkuatjuga #takbolehsalahkanainje #halopulis

So, apa yang kami order?

🍗4Fingers Signature -18pcs (combo)
🍗Chicken Drumsticks-6pcs(combo)
🍗Calamari& Shrimps (ala carte)
🍗Crispy Calamari (ala carte)
🍗 Chicken Katsu Salad (ala carte)
ni lah kaunter tuntutan makanan tuh.

Nanti yang fries tu korang boleh pilih nak seaweed or kimchi. Tips nak makan, goncang shake shake dulu fries tu, baru blend rasanya. Masa nak pergi kaunter tuntutan makanan (hahaha) , yang suka sos cili boleh mintak okay. Sebab dia tak letak dekat kaunter macam dekat mcd dan kfc. Lepastu apa lagi, ada bakul kecil siap sampul plastik tu korang boleh letak tulang-tulang ayam dan kalau nak pinggan kertas pun boleh request dekat kaunter tuntutan makanan! Hahaha.

  📍 4Fingers Crispy Chicken
L2-205/207 
Komtar JBCC 
Johor Bahru

Oh satu lagi, NO REFILL DRINK ! Sekian.🤣 #sislinkonontanya #denganharapandapatrefillair #rupanyatakdapat #teruspergicarikopi

kredit pic : Sis Lin , Uyul , Kak Sunah

PERIUK NOXXA KU KEMBALI MEMBANTU

Untuk pengetahuan korang, almost sebulan lebih kot periuk noxxa ku tidak dihidupkan. Sebabnya inner pot tu yang problem. Dah pergi ke Amway tapi stok tak ada. Sedihnya tak terkata. Sebab Ain memang selama ni masak dengan cepat berdesupzzz semua dengan periuk noxxa ni la.

Alhamdulilah, periuk noxxa ku sudah aktif dan berkhidmat kembali kepada tuannya. Bestnya! Rasa happy weh. Selama sebulan lebih ni , aku macam kemurungan juga lah sebab masa memasak aku jadi lembab. Hahaha. Jadinya, lepas je beli terus bersemangat kembali nak memasak. Lauk yang paling simple Ain masak ialah Ayam masak kicap. Tapi guna periuk ni cepat woi tekan tekan siap dan kuah jadi lebih cepat pekat. Masak nasi 7minit dan tumis ayam kicap lepastu set kan ke high pressure 7minit dan stir fry semula untuk pekatkan kuah . Tadaaa, semudah AbC... Hahaha.

Selamat kembali berkhidmat yer sayang! Tiber #perempuanperlukanperiuknoxxa #nakairfryerpulak #bakalsuamimohonalert Eh🤪

“EAT ALL YOU CAN” DI QING PALACE PULAI SPRINGS RESORT JOHOR


jdt blogger dengan charlotte (marketing communications manager pulai springs)
Assalamualaikum dan hello oktober! Giteewww.. Hahaha. Pada 29 September haritu , kami geng JDT Blogger telah mendapat jemputan untuk merasai sendiri kelazatan makanan yang disediakan oleh Qing Palace Chinese Restaurant. Antara geng JDT Blogger yang hadir ialah Kak Seri , Kak Sunah , Uyul , Kak Ida , Kak Mia dan Huda. Qing Palace Chinese Restaurant terletak di Pulai Springs Resort yang memenangi anugerah di Johor Bahru. Restoran Cina yang memenangi anugerah ini mempunyai masakan asli Szechuan. Qing Palace mempunyai bahagian dalaman yang indah yang menghiasi kehebatan ruang makan kerajaan kuno. Hiasan-hiasan restoran yang menarik diilhamkan oleh dinasti Qing dengan rosewood utama yang dimatikan dengan sempurna oleh linen putih mudah dan chinaware.

pelayan mencedukkan Szechuan Hot & Sour Soup

Szechuan Hot & Sour Soup
Sup ni makan dengan cili potong perghhh terangkat kau. Nasib nampak Kak Seri letak , kita pun letak lah. Khas untuk yang memang tekak pedas la bila letak cili potong tu alamatnya bergembiralah lidah pedas korang tu. Hahaha.
Broccoli with black mushroom

Camphor and tea smoked duck (HIGHLY RECOMMENDED TO TRY)sedap sangat !
Okay, itik gembo gembo yang ni meja kitorang tambah 2 kali okay. Ain kena mengaku jujur lah roti gebu tu banyak juga selamat ku telan. Hahaha.Cicah dengan sos itik tu , perghh sedap gila woi! Restoran ini juga dihiasi dengan hiasan antik Oriental yang asli, lukisan, ukiran dan juga lampu sutera, restoran yang memenangi pelbagai anugerah ini terkenal dengan masakan Szechuan.

Wasabi Prawn . HIGHLY RECOMMENDED TO TRY
Wasabi prawn ni pula udang dia gemuk gemuk woi dan meja kitorang pun tambah 2 kali.Hahaha. Makan dengan salad tu sekali, wow!
General T'Zo Chicken HIGHLY RECOMMENDED TO TRY
Ain suka betul yang ini. Rasa macam nak tambah 2 kali tapi banyak lagi menu tak cuba kang membazir haa berdosa tau! Hahaha.
Fried Rice with salted fish
Fried Rice with salted fish

Indonesian Style Curry Fish
Indonesian Style Curry Fish
Qing Palace juga telah dipilih sebagai salah satu Restoran Terbaik di Malaysia oleh Malaysian Tatler selama lapan belas tahun berturut-turut (1999-2016). Qing Palace juga merupakan pemenang 'Restoran Clove Awards' -Best Restaurant di Johor Bahru 2012 yang dianugerahkan oleh Anugerah Pelancongan Johor.
Shark Fin (menu tambahan yang korang boleh add on ) HIGHLY RECOMMENDED TO TRY .
Perhatian! Shark fin kalau korang dah rasa boleh buat tak tidur malam.Hahaha. Ain sekeluarga memang penggemar shark fin. Dari kecil memang dah pernah rasa. Kalau dapat makan tuh, habis hirup sampai licin mangkuk tu. Shark Fin ni korang wajib jadikan menu tambahan yer!.
Butter prawn
Butter prawn




Honeydew with sago (HIGHLY RECOMMENDED TO TRY) 
For your information , jangan pandang sebelah mata pada honeydew dessert ni. Sekali dah cuba bimbang tertambah order je!Kah! Ain harus buat pengakuan yang ain bedal sampai 2 mangkuk. Ain memang penggemar dessert tapi Ain tak letak high expectation pada dessert ni tapi i should give a big credit to this dessert. Pada Ain la, dessert dekat Pulai Spring Resort ini antara dessert yang sedap yang pernah Ain rasa sebelum ini. Boleh baca entri ain yang ini .'NIKMATI 5 KEMERIAHAN' BILA KE BUFET RAMADHAN PULAI SPRINGS RESORT
Mango Pudding (boleh add on)
Tiber ain jadi cina mualaf! Kah! Hahaha.

Adult : RM 65 (per person)
Child : RM 32.50 (per person)
*the above prices are inclusive of 6% Service Tax
1-31 Oktober 2018

Terms and conditions :
-‘Eat All You Can’ is available for lunch from 12:00 noon to 2:30 pm 
& dinner from 6:30pm to 10:30pm
-Minimum 4 persons required
-Not applicable with other discounts and promotions
-The above prices are subject to 6% Service Tax
-Other terms and conditions apply

Qing Palace Chinese Restaurant
Pulai Springs Resort
20km, Jalan Pontian Lama, 81110 Pulai, Johor, Malaysia.

Website:
Facebook:
Instagram:
Tel:
+607 521 2121
Fax:
+607 521 1818
Email:
enquiry@pulaisprings.com

*So far Ain berpuas hati sangat dengan semua menu yang dihidangkan. Jangan risau, orang Islam pun boleh makan dekat sini. Ain ni jarang pergi restoran masakan cina tapi yang ini memang superb thorbaik!.