Cerita ini dah lama dari hari kejadian. Cumanya aku baru berkesempatan nak post di blog. Maafkan ain yang ketinggalan zaman. Hahaha. Kebetulan pada hari itu macam boleh dikongsikan pulak. Pada hari itu seawal pagi aku telah bersiap-siap nak terus ke Paradigm Mall Johor Bahru. Datang situ sebenarnya nak tengok wayang je , sebab aku join contest filem operasi X , boleh baca review aku.OPERASI X , HIMPUNKAN PELAKON HEBAT TAPI SAYANGNYA HURM....
Aku ambil tiket pagi sebab memang tahu time tu mesti tak ramai sebab orang tengah pergi kerja. Hahaha. So, lepas tengok tetiba abang aku cakap nak beli sushi tak. Kitorang memang jenis suka makan sushi kedai tepi-tepi. Hahaha. Tapau buat isi perut katanya. Dahla lepastu kitorang nak mencekik mee rebus pulak.
Oh, aku tak main pun ice skating dekat Paradigm Mall tu. Just tengok-tengok je. Aku suka tengok orang tengah main dekat situ. So, dekat mana kitorang pekena mee rebus? Semestinya di Mee Rebus House. Tempat ni Sis Lin yang rekomen dekat aku. Ni kali kedua aku pergi. Apa yang aku order? Semestinya Mee rebus puyuh dan extra puyuh. Eleh , abang aku pun ngece, puyuh aku. Dia order mee rebus ayam dan ayah aku pula order mee rebus daging. Nyum nyum.
mee rebus ayam
haa extra puyuh.nyum nyum nyum
ni je aku sorang makan , mintak kriuk kriuk kriuk
A simple day actually tapi sangat santai. Oh, aku ada buat short vlog. Jomlah klik tengok. Eh,jangan lupa sekali tekan subscribe yer .terima kasih daun keladi! Nanti ain buat vlog lagi. Hahahaha.
DINOSAUR KINGDOM , DEKATKAN KANAK-KANAK DENGAN KEHIDUPAN DINOSAUR
Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu dan imaginasi yang kuat. Oleh itu, mereka semulajadi akan tertarik dengan makhluk besar, merbahaya dan pernah seketika dahulu berkongsi bumi dengan manusia. Tetapi, apakah yang begitu menarik sehingga kanak-kanak berminat dengan dinasour?
Berdasarkan pada penyelidikan, kanak-kanak berasa seronok membayangkan bagaimanakah keadaannya bila dinasour masih hidup pada satu ketika dulu. Ditambah pula, dengan misteri makhluk ini yang telah pupus, kanak-kanak akan berminat untuk mempelajari dan tertarik bagaimana fosil dinasour ditemui.
Sempena cuti persekolahan bulan November dan Disember, Dinasour Kingdom, The Prehistoric Harbour akan diadakan di Puteri Harbour sehingga 1 Januari 2019. Dikenali sebagai 'Batu Permata Iskandar Puteri' destinasi percutian yang sempurna untuk sekeluarga dan pelancong. Para pengunjung pasti dijamin dengan percutian yang hebat dengan adanya banyak tarikan serta lokasi The Prehistoric Harbour yang memberangsangkan. Tambahan pula, Dinasour Kingdom bekerjasama dengan Moscow Circus di Johor Bahru.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan
Pertunjukan Secara langsung Dinosaur wildpark
Bersedia untuk pengembaraan prasejarah dan alamilah persembahan langsung yang menghiburkan seisi keluarga.
Panggung 5D
Alamilah pengembaraan liar Rexy dengan sensasi 5D!
25 Animatronic Dinasour
Terdapat 25 jenis dinasour yang besar di sekitar taman tersebut. Lihat bagaimana ekornya menghayun, kuku tajam yang bergerak dan ngauman! Raptor Maze
Cari kunci yang tersembunyi untuk melepaskan diri dari Raptor Maze kami. Tetapi, berwaspada, kerana ada raptor yang sembunyi di persekitaran maze ini!
Hub pendidikan
Kunjungilah pusat pendidikan kami untuk mengenali dinasour dengan lebih mendalam
Jejak Baby Dinasour
Tunggang baby dinasour kegemaran anda dan berhibur di sepanjang jejak dinosaur
Drift Island
Tunjukkan kemahiran drift anda di Drift Island kami!
Sarang Pterosaur
Pengembara muda boleh memanjat dan tawan sarang Pterosaur.
Tunggangan Dino
Bagi mereka yang berani untuk menawan dan menunggang dinosaur kami!
Fossil Dive
Menyelam ke dalam Fossil Pit untuk mencari fossil yang tersembunyi dengan perkataan NIPS.
Fossil Dalam Ais
Terokai pengalaman peneroka fossil dengan memecahkan ais untuk mendapatkan telur dinosaur anda sendiri!
The Swamp
Terokai paya-paya dengan bot dinosaur.
Ain bergambar di depan kaunter tiket
JDT Blogger bergambar bersama team yang beraksi
Lokasi : 📍Puteri Harbour, Iskandar Puteri
Waktu operasi: Dibuka setiap hari ,12:00pm-10:30pm (kecuali hari Isnin)
Tutup setiap hari Isnin, kecuali 24 disember , 31 disember
Harga Tiket:
✅Pemegang Mykad RM30 dengan 2 token
✅Pemegang Mykid RM20 dengan 1 token
✅ Pemegang Mykad(warga emas) RM 20 dengan 1 botol air
✅Pemegang passport RM 50 dengan 2 token
✅Pemegang Mykad/Mykid : All access passes RM 68 dengan 4 token( tidak termasuk permainan karnival dan layak untuk 1 Ice Fossil sahaja)
✅Pemegang passport: All access passes RM 98 dengan 4 token.(Tidak termasuk permainan karnival dan layak untuk 1 Ice Fossil sahaja)
Boleh dapatkan tiket di website dan app Themepaktu
Waktu aku menulis ini, aku bertanya kepada Dia.."Tuhan, kenapa aku menangis?" Aku dah lama tak bangun subuh awal terjaga sebelum alarm. Sebab aku ni perempuan tidur lambat. Kalau subuh pun dah dekat subuh gajah orang kata. 🤪Tapi, pagi ini.. Aku terjaga dari mimpi. Mimpi itu..Aku rasa biarlah ianya menjadi rahsia.
Tapi, kenapa aku menangis? Sumpah, aku tiada jawapan itu. Tapi yang pasti jawapan itu tentang mimpi aku.
The perfect guy!
Iya, pada saat ini . Aku dah penat untuk berteka-teki tentang ini. Aku tahu the perfect guy tak pernah wujud! Tapi akan ada someone yang terbaik dihantar oleh Allah untuk aku.
Lepas mimpi tu berlalu, i keep denied of myself..Aku rasa bersalah pada diri aku dan kepada mereka yang terlibat. Aku selfish dalam perkara ini. Aku pernah cakap aku dah penat nak jadi perempuan yang try hard dalam perkara ini. But, itu lah yang aku tak sedar selama ni.
Being selfish just for myself!
Lalu, apa kaitannya? Aku jadi selfish pada kriteria lelaki idaman yang aku nak. Aku lupa aku dah berjanji pada Tuhan. Aku lupa yang aku pernah ungkapkan, Aku nak jodoh itu datang dari Allah, bukan aku yang pilih. Bukan aku yang sesuka hati rasa “Oh ini lah mungkin jodoh aku” Silap. Aku tak sedar sebenarnya aku dah ingkar janji dan rayu aku itu kepada Tuhan.
Kepada dia yang datang dalam mimpi aku,
Aku tak tahu nak berkata apa..
Biarkan sahaja Allah lakukan kerjaNya. Aku berdosa kepada mu ya Allah, sebab aku pentingkan diri aku sendiri dalam soal ini.
Mungkin suatu hari, kita pasti berjumpa.. Aturan dari Tuhan. itu yang paling aku mahukan.
Aku delete nombor telefon dia, aku delete conversation dia. Semua. Sebab itu mungkin cara aku memaafkan diri aku, yang ingkar pada janjiNya. Aku selalu cakap , #jodohtakpernahsalahalamat dan #doayangbaikbaik. 😇
Aku tak pasti dia yang aku mimpi itu baca ke tidak blog aku ni. Hahahaha.🙈 Kepada yang membaca ini, mohon jangan kecam ataupun muntah..Hahaha. *done lap air mata perempuan Nur Farahain😂
By the way, aku sejenis menaip dahulu di notes handphone baru aku fikir nak publish ke tidak ke dalam blog. Ternyata, aku terasa mahu berkongsi rasa ini. Jangan tanya pasal mimpi aku itu🤐
akuainkausiapa ialah sebuah blog bertemakan diari harian yang ditulis oleh Ain menceritakan tentang kisah kehidupan harian , jadinya boleh la di kategorikan sebagai Lifestyle Personal Blogger aaa gitewww~~