COOLBLOG MENYEMARAKKAN 2019 DENGAN KEMPEN 'HARI HARIMAU'

coolblog malaysia
'Hari Harimau' di Paradigm Mall Johor Bahru

COOLBLOG MENYEMARAKKAN 2019 DENGAN KEMPEN 'HARI HARIMAU'

'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' Kini di Cawangan CoolBlog Seluruh Negara

JOHOR BAHRU, 17 Januari 2019 - Jenama minuman terkemuka Malaysia, CoolBlog, hari ini melancarkan menu minuman terbaru iaitu 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' dan juga menandakan kempen suku pertama yang diberi tema 'Hari Harimau'. Kempen selama 3 bulan ini akan menampilkan 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' sebagai produk wira CoolBlog untuk tahun 2019 sejajar dengan trend minuman ini yang menjadi kegilaan di Taiwan dan Hong Kong.

Permulaan tahun baru adalah sinonim diberi gelaran permulaan baru, harapan baru serta perjalanan yang baru. Inilah yang ingin dicapai oleh CoolBlog Desserts Sdn Bhd dengan pengenalan 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee'. Pengenalan ini membuka peluang kepada CoolBlog menawarkan promosi, ganjaran pembelian dan acara menarik kepada pelanggan dan komuniti setempat untuk bersama-sama ke cawangan CoolBlog untuk menyambut kemeriahan tahun baru 2019 ini.
coolblog malaysia
Black Tiger Premium Milk Tea

Kempen 'Hari Harimau' oleh CoolBlog bukanlah hanya kempen di media massa, tetapi ianya adalah kempen yang menunjukkan kepada pelanggan setia CoolBlog bahawa CoolBlog menjadikan tahun 2019 ini sebagai permulaan untuk pelbagai lagi kempen pada setiap suku tahun. Setiap kempen akan menekankan kepada aspek pertumbuhan perniagaan, memberi penghargaan kepada pelanggan setia dan yang paling utama, CoolBlog akan meraikan kesemua francaisi di seluruh Malaysia.

'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' ini adalah minuman khas yang dibuat menggunakan gula perang premium yang digelar gula harimau hitam. Campuran gula perang dengan teh dan kopi premium yang berkualiti dari CoolBlog memberikan kesan luar biasa menyerupai cakaran harimau di setiap bekas minuman CoolBlog. 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' dijual pada harga RM6.50 dan didatangkan dengan cawan bercorak khas 700ml dan boleh didapati di semua cawangan CoolBlog di seluruh negara.

TEMPOH PROMOSI

Promosi 'Hari Harimau' berlangsung selama 3 bulan dan bermula 15 Januari 2019 hingga 31 Mac 2019 yang menawarkan kepada pelanggan pelbagai promosi, acara dan ganjaran yang menarik. Pelanggan pasti akan teruja dengan suasana dekorasi cawangan CoolBlog yang akan menceriakan lagi saat-saat menikmati 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee'. Pelanggan berpeluang untuk mendapatkan pelekat tatu harimau dengan setiap pembelian RM10 ke atas, baucer diskaun, belon khas untuk pelanggan cilik serta berpeluang untuk berfoto menggunakan papan foto sepanjang tempoh kempen 'Hari Harimau' berlangsung.



It’s official. WE ARE HERE TO ROAR!!!! Black Premium Milk Tea & Coffee is now here… Specially crafted drink that is made with premium brown sugar… Find the majestic scratch of the tiger at every cup… Roarrrr CooLovers ! Now drink like a Tiger ... Walk like a Tiger .. Dance like a Tiger .. and win exciting prizes! What are you waiting for? Let's ROAAAARRR with Coolblog. ------------------------------------------------------------------Aummmmm memperkenalkan minuman terbaru keluaran Coolblog, Teh Susu dan Kopi Premium Black Tiger. Nikmati teh susu atau kopi premium Black Tiger yang dapat membangkitkan semangat sang Harimau dalam diri kita kerana rasanya yang sedap dan cakaran gula perang disekeliling cawan pasti kita semua akan hari hari mauuuu ! Roarrrr CooLovers ! Minum seperti Harimau... Jalan seperti Harimau.. Menari seperti Harimau.. dan menangi hadiah yang menarik ! Tunggu apa lagi ? Jom ROAAAARRR bersama Coolblog.
A post shared by coolblogmalaysia (@coolblogmalaysia) on

#RIMAUDANCE CHALLENGE COMPETITION

Sempena kempen 'Hari Harimau', CoolBlog menganjurkan cabaran tarian yang dinamakan #RimauDanceChallenge di media sosial. Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membeli minuman 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' dan dapatkan pelekat tatu harimau yang disediakan. Seterusnya, log masuk ke akaun rasmi Facebook atau Instagram CoolBlog, tonton video tutorial dan tiru langkah tarian didalam video tersebut. Pelanggan kemudian perlu memuat naik video tarian mereka di akaun media sosial dan tag CoolBlog @coolblogmalaysia dengan hashtag - #RimauDanceChallenge dan #coolblogmalaysia dalam kapsyen mereka. Pertandingan tarian akan bermula dari 15 Januari dan berakhir pada 15 Februari 2019. 3 Pemenang bertuah (individu atau berkumpulan) berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM1000
coolblog malaysia
Kami JDT Blogger bersama dengan dj Suraya , Suria FM

TEMUI SKUAD SURIA FM

CoolBlog juga bekerjasama dengan Suria FM untuk kempen Hari Harimau yang akan menampilkan pasukan skuad Suria FM di cawangan CoolBlog yang terpilih. Pelanggan akan berpeluang untuk beramah mesra, memenangi hadiah percuma, dan menyertai permainan dan aktiviti yang menyeronokkan sepanjang Januari hingga Mac 2019. Senarai penuh penampilan skuad Suria FM adalah seperti berikut :

  • 17 Januari 2019 - CoolBlog  cawangan Paradigm Mall Johor Bahru
  • 31 Januari 2019 - CoolBlog cawangan Tesco Mergong , Alor Star
  • 2 Mac 2019 - CoolBlog cawangan Melawati , Kuala Lumpur
  • 9 Mac 2019- CoolBlog cawangan Tesco Klang

ANA , THE KAMPUNG BOY

akuainkausiapa
Ini lah ain masa kecik-kecik dulu..Kemain posing tangan masuk dalam kocek

ANA , THE KAMPUNG BOY

Korang pernah tengok kartun Malaysia iaitu Kampung Boy? Ala, karya pelukis terkenal Malaysia iaitu Lat. Aku sebenarnya minat sangat pada kartun tu. Kartun tu sangat menggambarkan orang Malaysia di sebuah perkampungan.

Watak utama dalam kartun ni ialah Mat. Mat ni dia ada seorang adik bernama Ana. Kartun ni sebenarnya kegemaran aku dan abang aku. Jangan terkejut kadang-kadang abang aku panggil aku dengan panggilan "Ana" . Hahaha. Tapi, dia selalu panggil Ana tu bila dekat rumah la. Kalau dekat luar, dia panggil la aku Ain! Hahaha.
kampung boy
kredit : Google

Kenapa Ana? Ana ni dia punya karakter sebijik macam aku. Comel tu ada lah sebijik macam aku . Puih! Ana ni, si abang dia Mat tu kalau pergi mana-mana dia mesti ikut. Pergi main dengan kawan-kawan dia Boo dan Tak pun mesti Ana tu akan ikut.Sama la macam aku kecik-kecik dulu. Mana abang aku pergi main dengan jiran, mesti aku follow sama. Time tu pula geng-geng sebaya jiran memang ramai lelaki.

Teringat pula masa zaman kecik-kecik kitorang duduk nursery ,pastu beli putu mayam setiap hari. Hahaha. Birthday kitorang pula selang berapa hari je. Geng Februari. Sebab tu mungkin aku dengan abang aku memang boleh geng. Memang close dari kecik. Sampai kadang dia layan aku ni macam lelaki. Hahaha. Sebab tu Ana dalam kartun Kampung Boy tu pernah jadi Affendi. Hahaha.
kampung boy
Ni la masa Ana tu jadi Affendi . kredit gambar : Google
akuainkausiapa
Geng ultraman.. Rambut pendek. Hahaha.
Tapi, aku tak ada lah sampai nak berubah jadi pengkid! Aje gilerr. Perangai boyish sikit tu ada lah. Setiap kali ada waktu lapang, mesti kitorang akan tengok balik kartun ni. Kadang bila tengok balik, rindu masa zaman kanak-kanak tau.