KISAH ANAK JIRAN DAN AISKRIM MALAYSIA..TERINGAT ZAMAN KECIK-KECIK DULU

Image may contain: 1 person

KISAH ANAK JIRAN DAN AISKRIM MALAYSIA..TERINGAT ZAMAN KECIK-KECIK DULU

Kalau yang penah terbaca posting aku tentang "PAGI PETANG SIANG MALAM KAK AIN, KAK AIN DAN KAK AIN" , mesti semua dah sedia maklum yang aku memang banyak meluangkan masa aku bersama dengan si budak kecik ni. Selalunya lepas dia balik sekolah , dia akn video call aku tanya tengah buat apa...blah blah blahh....Petang-petang apa lagi budak tengah penat nampak aiskrim komfom la hati terus teruja. 

Kisahnya dekat belakang rumah aku ni ada jiran yang jual aiskrim malaysia. Kemain si budak kecik ni ajak aku teman dia pergi beli. Hajat di hati nak makan aiskrim Milo. Hahaha. Ceh, hajat dihati budak kecik tu sahaja ye.. Yeke? Takkan kau tengok je kan Ain? Hahaha. Geram pun iya juga, tapi yang pasti i'm on diet cannot eat that dessert for now. So, aku tengok budak kecik ni makan aiskrim je aku macam telan air liur.. Ceh tak ada la, so far aku still boleh handle lagi nafsu aku nak makan dessert. Hahaha. Masih boleh dikawal.
Image may contain: 2 people, including Mia Namia, people smiling, people standing and outdoor
tengok muka budak kecik tuuu...eeee suka leetewww dapat aiskrim..
Cuma aku teringat masa kecik-kecik dulu masa sekolah rendah kot tak silap , ada seorang kawan aku ni di jual aiskrim malaysia ni bawak dalam beg sekolah dia. Beg sekolah dia memang hari-hari basah. Aku salah seorang customer dia la. Setiap hari beg sekolah dia 'terkencing'. Hahaha. Itu belum lagi yang jual nasi lemak. Peh, aku memang support beli kot. Sebab memang sedap. Tapi budak tu berniaga sekejap je sebab kantoi dengan cikgu pastu cikgu terus tak bagi. Padahal bisnes budak tu dah mula nak maju kot. Satu lagi aku support dia sebab dia anak orang susah sebabtu dia bawak makanan dan jual dekat kawan-kawan so dapat la tampung perbelanjaan harian dia.

Hmmm, zaman sekarang ni aiskrim malaysia dah kemain hipster woi. Jarang dah dengar harga 20sen. Paling busuk mesti 50 sen. Hahaha. Kalau yang jenis perisa oreo , choki choki memang bantai harga yahudi terus. Hahaha. Iya lah , zaman dah nak masuk tahun 2020 , kereta terbang dah nak muncul kan. Tak sabar nak tengok mak bapak hantar anak pi sekolah hari-hari terbang laju dah sampai 
sekolah. Kah! 
Image may contain: one or more people, people standing, people walking, shoes and outdoor
Bye kak ain......nak makan aiskrim duluu..
Aiskrim asam boi ialah aiskrim paling pebret aku daripada kecik...Memang kalau nonyot asam boi tu habis merah mulut aku...Hahaha...Apa aiskrim malaysia pebret uolls? Cer share sket..



“AIN , BILA DAH SAMPAI KL NI JANGAN NAK MANJA SANGAT EHK”

Image result for klang valley train map
sumber gambar

“AIN , BILA DAH SAMPAI KL NI JANGAN NAK MANJA SANGAT EHK”

Kawan aku pernah tanya “Ain kenapa kau tak nak stay KL? kan best banyak peluang “ . Jawab aku “aku tak boleh hidup dengan hari hari kejar masa hari hari nak kena cepat. datang kejap kejap KL bolehlah tapi untuk stay takpe lah . aku prefer lagi JB”.  Jadi, aku sekali sekala akan naik turun JB-KL. Bestnya tentang KL of course public transport. Selalunya aku kalau dah sampai je KL, first aku akan buka phone cari Klang Valley train map dulu. Aku memang save siap siap. So, kalau aku nak pergi mana mana aku akan prefer naik train dari naik kereta. Jem kan. Tapi kalau keluar timing cantik okay je jalan tu. 

Bila ada je MRT aku lebih banyak explore weh. Dulu dulu kalau datang KL setakat pergi pavilion klcc. midvalley.macam gitu jela.sekarang , bila MRT ada aku boleh sampai Publika sana, One Utama, Damansara. Banyak connections yang boleh kita pergi. Makin aku jadi seronok guna public transport bila datang KL. 

Aku pun sebenarnya lagi suka naik train weh dari naik kereta. hahahhaa. So, kalau tanya aku yang bukan duduk KL nak kemana mana by train tu insyallah lah aku boleh jawab. Hehehehe.

Dulu aku ni penakut gila nak naik train apa semua. Tapi, aku teringat bila kawan aku pernah cakap “Ain, dah sampai KL ni jangan nak manja sangat ehk... kalau kau expect aku nak sambut kau naik kereta..kem salam jelah” Hahaha. Start dari hari tu, aku memang apa-apa je mesti naik public transport je bila dekat KL. Selagi boleh jalan kaki, jangan nak buat perangai princess kau tu sangat yer cik Farahain 🤪

MENULIS DI BLOG SAMPAI ADA PEMBACA

Image may contain: one or more people, people sitting, screen, table and indoor

Image may contain: one or more people, people sitting, screen, table and indoor
I am who i am. YES! I'm the writer of this blog called 'akuainkausiapa'

MENULIS DI BLOG SAMPAI ADA PEMBACA

Aku bukannya seorang penulis blog yang bagus ! Sumpah demi Allah ! Aku level-level sendu je kata orang . Jujurnya , aku sangat kagum kepada mereka yang mampu menulis sampai ada pembaca yang tertarik .

It just a writing ! Yet it means something inside people heart . Sama juga macam lagu . Ada orang suka lagu tu sebab penyanyi ada orang suka sebab melodinya dan ada juga sebab liriknya. Seperti aku ! Aku ni jenis manusia yang memang hadam habis lirik tu kalau aku betul-betul suka lagu tu . Sampai tahap aku boleh cerita semula lagu ni pasal apa . Hahaha. 

Gais , i ‘m not a great writer ! Indeed . Aku punya skill storytelling sahaja . Macam mana aku boleh gerakkan jari jemari aku ni menaip sebenarnya melalui cerita orang . Fun fact about me sekarang macam mana aku boleh dapat idea orang cakap “roh” menulis tu , sebenarnya aku akan scroll baca blog orang lain dulu . Of course yang menjadi keutamaan sekarang ialah geng JDT Blogger aku . 

Aku ni kalau list top rank dalam group tu entah-entah paling last . Hahaha . Because aku bukan penulis yang bagus ! Tapi macam aku bagitahu tadi aku baca blog diorang dulu untuk dapatkan rentak menulis , dan point utama bila aku nak open topik tersebut. Susah kan ? Tapi omputih kata “Eat yourshit!” Wow , it may sound so kuang hajaq ! tapi itu lah kebenarannya. Kita bagi pepatah melayu la sedap sedikit dengarnya “Bersusah-susah dahulu , bersenang-senang kemudian” 

Selain dari itu , sebenarnya aku ni boleh jadi HR yang interview orang masuk kerja . Hahaha . Eh , tak pengacara mungkin ! eh wartawan lokasi mungkin ! Hahaha. Tadi kan aku beritahu aku godek kasi hadam blog blog JDT Blogger , lepastu buat apa? Tanya la diorang balik. Blog itu ibarat resume dan sedikit sebanyak mencerminkan tuannya . Dah jumpa depan mata , tak reti-reti nak interview . Hahaha. 

Itulah cara aku . Aku suka betul dengar kisah hidup orang ! Dulu-dulu masa dekat matrik kawan aku sampai cakap aku ni jadi jela pakar motivasi . Kentut dia ! Habis melingkup orang yang dengar tu. Hahaha . Jadi sebenarnya aku ni siapa ? akuainkausiapa lahhhh . Hahaha. 

Nanti aku cerita yang sebenarnya aku pernah digelar Mak Jemah