JAWAPAN DARI TUHAN

Image may contain: ayat sentao
Tweet ni jawapan dari Tuhan

JAWAPAN DARI TUHAN

Tuhan itu baik sangat! Maha baik dari segalaNya. Fuh! Kita je selalu lupa Dia. Aku selalu rasa “oh kalau tak tinggal lima waktu.. mungkin aku selalu akan ingat tentang Dia”. Tapi sebenarnya tidak.

Tuhan itu yang Maha Mengetahui. Dia yang Maha Adil dari segala aspek. Kadang Dia beri rasa gembira yang terlampau, kadang Dia beri rasa sedih yang dasyat. Sebab Dia rindukan rintihan hambaNya. Its like a wake up call. 
“Ain, sometime you need to feel this pain even its hurts you” Mungkin boleh meninggalkan parut di hati. Dengan cara itu, aku terus belajar. 

Belajar tentang kehidupan! Aku hilang! Hilang banyak perkara pada saat ini. Sedikit sedikit nikmat yang Tuhan bagi ditarik. NikmatNya bukan hanya sekadar rezeki dalam wang ringgit. Fuh! Tarik nafas bila difikirkan semula. 

Selesai subuh tadi, aku buka telegram, dan aku jumpa ayat tu! Mendalam betul maknanya. Aku pujuk hati aku.. untuk menerima ayat itu dengan berlapang dada. Aku ulang lagi ayat pertama dalam coretan ini, “Tuhan itu baik sangat!”😭 Baik sangat sebab Dia beri jawapan terhadap persoalan aku tentang yang ini. Aku ni selalu tanya, tanya dan tanya.. Tapi, sedikit pun Dia tidak henti menjawab persoalan dari hambaNya.

Aku hilang diriku
Sementara mengejar kamu
Aku hilang nyawaku
Kerna' ku mahu cintamu

Dan aku hilang
Hilang...

Dari cintamu, dari hidupmu
Dari segala-galanya
Dari cintamu, dari hidupmu
Dari segala-galanya
Milikmu ohhh milikmu

Cukuplah..lagu ini sebagai simbolik kepada apa yang aku tanyakan pada Dia. Kerana dalam lirik lagu ini terungkap semua persoalan. Aku orang yang sukakan muzik. Muzik itu seakan terapi dalam jiwa aku. Mungkin orang kata itu lagha! Tapi, kalau itu satunya pengubat jiwa, kenapa kita perlu tolak. Lagu itu ada maksud yang ingin disampaikan. Hanya bila kita hayati lirik nya.

DISEBALIK ANAK PATUNG "WINNIE THE POOH" YANG KITA TAK TAHU

Image result for christopher robin
sumber gambar

DISEBALIK ANAK PATUNG "WINNIE THE POOH" YANG KITA TAK TAHU

Aku masih lagi teringat sewaktu aku kecil (ceh padahal sampai sekarang masih ade lagi teddy bear) , arwah ibu aku memang suka belikan aku anak patung atau pun teddy bear , tambah lagi barbie. *Jangan judge yer kononnya malaikat tak masuk ler...tak elok ler.. Sebagai seorang ibu yang hanya memiliki seorang anak perempuan sudah tentu la dimanjakan dengan permainan gegurlzz! Tak gitu.

Sampai sekarang , anak patung ni masih lagi ada dengan aku. Winnie The Pooh. Tak ingat bila ibu belikan , tapi anak patung ni aku siap bawak 'travel' ke tempat belajar masa aku di Matrikulasi dan juga di Uitm. Jauh juga anak patung berjalan sampai ke kedah yer! Hahaha. Kalau aku rindu dekat ibu aku , aku akan peluk pooh ni kuat-kuat masa tidur.

Ada satu persoalan yang dari dulu lagi aku tertanya-tanya. Malah , aku pernah bertanya kepada ibu aku juga, "Pooh ni sebenarnya perempuan ke lelaki?" Hahahahhahaa. Tapi , ibu aku tak jawab rasanya. *Kelako betul level pemikiran aku ni. Sebabnya setiap watak kartun dan permainan ni mesti ada jantina kan.

Akhirnya , setelah usia aku 28 tahun baru lah aku tahu. Kenapa konflik jantina ni menjadi persoalan masa aku kecik dulu. Persoalan yang terjawab selepas aku menonton filem "GOODBYE CHRISTOPHER ROBIN" . Filem ni lah yang mengupas bagaimana karakter Pooh ni wujud. Malah , kecelaruan identiti Pooh ni perempuan ke lelaki dah terjawab dalam filem ni. HAHAHAHA.

SEDIH! Itu satu perkataan pertama yang keluar selepas aku menonton. Patut ler , patung ni banyak memberi "sense of " kasih sayang dalam diri aku. Kasih sayang itu sebenarnya bermula dari rumah. Goodbye Christopher Robin ni bersambung pula dengan filem Christopher Robin. Christopher Robin yang sudah ada keluarga sendiri dan memiliki seorang anak bernama Madeline.

Korang wajib tonton sendiri. Filem ini sebenarnya penuh dengan sindiran kepada ibu ayah yang sibuk dengan kerja sampai terlupa anak. Kembalinya Pooh ke dunia mereka itulah membuatkan christopher sedar. Oh ye , bahasa yang digunakan dalam filem ini ialah british accent .Aku seorang yang suka kan british accent , sebabnya ianya nampak macam menyindir tapi setiap maksud perkataan tersebut memberi makna yang tersendiri. KALAU LAH KAU BOLEH FAHAM. Well , tak semua orang boleh faham ayat tu sebagai satu ayat menyindir.

Aku tak nak cerita lebih-lebih , tapi aku sangat sarankan kepada korang , kedua-dua movie ni sangatlah memberi inspirasi kepada kau lagi lagi ianya menceritakan tentang kekeluargaan. Wajib ditonton walaupun ianya tentang fantasi teddy bear. Aku nangis tengok cerita ni. Mungkin sebabtu arwah ibu berikan aku Pooh. Walaupun dia tak tahu pun asal usul cerita sebenar Pooh ni. Ke sebenarnya ibu dah tahu? Hahaha.

Banyak qoute ataupun skrip-skrip dalam filem ini yang sangat mendalam maksudnya. Tapi yang paling aku suka ialah :

“Sometimes when I’m going somewhere and I wait, somewhere comes to me.”

I interpreted this quote as “everything will happen when the time is right”. There are just some things you can’t rush: love and success. There are many things in life that have to come naturally. With our instant gratification personalities, it’s hard to wait. We feel like we always have to be doing something. I’m thankful for the patience of Pooh to put me back in the right mindset.

“I always get to where I’m going by walking away from where I’ve been.”

This is one of the cutest Christopher Robin movie quotes but it really touched me deep. It was an innocent reminder that we can never move forward if we are stuck in the past.

daripada sumber : butfirstjoy.com


Korang ada ke anak patung Pooh dekat rumah tu? Ke ada sekali dengan kawan-kawan Pooh , si Piglet , Eeyore and Tigger?

ABANG AKU SI PENGGEMAR ROTI CANAI

Image may contain: 2 people, people smiling, food and outdoor
muka kena paksa tangkap gambar

ABANG AKU SI PENGGEMAR ROTI CANAI

"Ain , esok pagi jom teman pergi breakfast roti canai dekat tempat yang kita nampak dekat review tu" Kata abang aku kepada aku. Nasib ler aku tau warung tu dekat mana. Hahaha. 

Tapi , aku dah siap pesan dengan abang aku , "tak tahu ler rasanya sedap ke tak dengan tekak kau , pastu sini layan diri kena beratur tau" Itu lah yang aku ingatkan pada abang aku , sebabnya abang aku ni mudah sangat terpedaya dengan review makan. Hahaha. Aku cakap ler , "kau ler yang mudah sangat terpedaya , padahal dah selalu juga pergi food review".

Itu lah kisah si penggemar roti canai ni. Abang aku ni kategori hantu roti canai la. Dulu-dulu lagi dasyat dia punya 'hantu' tu , sampai 10 keping boleh dibedalnya sensorang . Tapi sekarang tak ler. Seingat aku kalau dia order untuk dia sorang , 1 roti telur , 2 keping roti kosong. Hahaha.
Image may contain: roti canai
Lepas dah merasa sesuap dua roti canai tu , aku tanya ler "Okay ke? berapa nak kasi?" . Dia jawab "boleh la" HAHAHAHAHHAHAHAHAA. Aku tahu tu jawapan yang hampa! Kalau sedap dia tak kan cakap macam gitu. Nasib ler aku dah siap pesan awal-awal jadinya tak ada la hampa sangat. Cumanya hampa sebab nak merasa roti canai tu punya pasal sampai kena beratur. Hahaha.

Teringat dulu-dulu masa kecik , kalau ayah aku bungkus kan roti canai memang berbelas-belas keping untuk kami je sekeluarga. Hahaha. Sampaikan sekarang , aku ni baru lepas google resepi buat roti canai. Hahaha. Aku cakap ler dengan abang aku , nanti aku buat doh dia , kau pagi-pagi tebar and masak sendiri. 

Persoalannya .....jadi ker aku nak buat ni? Tambah lagi persoalan ....Abang aku reti ke nak tebar tuhhh..Hahahaha. *teringat pulak cerita Lagi lagi senario babak si Wahid belajar tebar roti guna baju dekat toilet. Hahaha.