MENANGIS MENGENANG KEHIDUPAN


MENANGIS MENGENANG KEHIDUPAN 

Hari ni dah hari PKP yang ke berapa entah, semua dah lupa. Sepanjang PKP aku tiada rasa langsung untuk membuka blog apatah lagi membaca blog-blog kawan yang lain. Rasa membaca dan menulis hilang. 

Aku banyak menulis (tak ada lah banyak mana) di Instagram sahaja. Itu pun kalau idea dan ilham tu muncul. Tuhan, jawapan apa yang Engkau mahu berikan pada aku.

Sebelum tidur, aku menangis merenung kembali kehidupan aku. Doa aku selalu supaya Dia kembalikan “the best version of Nur Farahain”. Versi nya yang terbaik selalu lah seorang yang paling bersemangat dalam melakukan apa yang dia nak capai, paling suka bercakap , paling kuat gelak! Dan terpaling happy go lucky woman!

Aku selalu menantikan bila lah versi terbaik ini mahu muncul. Aku tak tahu bila Tuhan mahu berikan jawapanNya yang terbaik itu. Jangan tanya berapa banyak kali aku menangis. Tapi, aku sembunyikan rasa itu. 

Aku rasa, Tuhan mahu benar-benar menitipkan rasa sabar dalam jiwa aku. Bila orang buat kau macam tunggul , aku diam. Versi aku yang dulu aku akan banyak melawan semula. Tapi, aku pilih untuk diam.

Takkala ramai yang aku sangka berada disisi ku, Tuhan jelaskan satu satu yang pergi. Tuhan tahu cukup Ain kau luangkan masa bersama mereka. 

Penatnya jadi Nur Farahain!. Itu yang selalu terkeluar mengeluh kepada Tuhan. Aku tahu tak baik mengeluh bukan, tapi aku mahu jadi hambaNya yang paling jujur disisiNya. 

Aku selalu minta , doa yang baik baik untuk aku! Jadi , untuk yang membaca ini.. Silakan doakan yang baik-baik untuk Nur Farahain . Mana tahu doa kalian diterima dan didengarNya. 

Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Dan Batin ikhlas dari Nur Farahain. (aku tak ucap pon Mat Ri Aye dekat blog, jadi terus ucap dekat sini lah yer) Kira dah bagi ucapan lah kan. Hehehe.


GAZOLINE , KAFE ESPORTS DI JOHOR

gazoline kafe esports johor

GAZOLINE , KAFE ESPORTS DI JOHOR

Esports kini telah menjadi salah satu tumpuan utama terutama sekali golongan muda. Aku ni pula memang adik beradik semua lelaki sudah pasti kesukaan lelaki aku akan secara tidak langsung akan tahu , walaupun sekadar tahu tahu gitu aje. Dah nama pun hari hari dengar game Mobile Legends , PUBG , FIFA dan sebagainya. Bukan itu sahaja , selalu nya juga aku akan menemani abang aku untuk ke event serta tournament esports. Jadinya , konsep kedai Gazoline ini memang aku dah boleh imagine macam mana crowd yang akan datang.

Bertemakan warna biru , jika kita melangkahkan kaki masuk ke kafe ini sahaja sudah dapat merasai feeling feeling berada di event dan tournament esports. Bukan itu sahaja , kita boleh rasa juga perasaan seorang gamers! Kenapa? Di kafe ni setiap tempat duduk memang tersedia lengkap tempat untuk charge telefon serta USB. Seperti yang kita sedia tahu , gamers nowadays memang main game dengan menggunakan telefon jadinya mereka memerlukan sokongan seperti tempat mengecaj ini. Bukan satu dua okay , tapi di setiap tempat duduk memang ada disediakan.

gazoline kafe esports johor

gazoline kafe esports johor

gazoline kafe esports johor

gazoline kafe esports johor

gazoline kafe esports johor

Seterusnya , terdapat juga ruang untuk bermain Play Station (PS). Sewaktu aku ke sana , kelihatan gamers bermain game FIFA. Disitu disediakan 4 set jadinya takpayah lah nak berebut rebut yer. Hehehe. Dah namanya pun kafe kan ,sudah semestinya ramai yang nak tahu tentang makanan dan minuman yang disediakan.

Gazoline ini menghidangkan pelbagai makanan dan minuman ringan seperti set burger serta ala carte seperti nugget , nacho dan ayam . Antara minuman yang disediakan ialah seperti ice blended , pelbagai variasi kopi serta energy fizzes. Sesuai la dengan gamers yang jenis santai dan simple. Mereka sukakan konsep yang cepat dan senang untuk mereka dapatkan. Yelah , kang kalau lambat makanan tu nak siap , habis kalah nanti waktu main game. Hsahaha

gazoline kafe esports johor
GAZOLINE 
ESG e-sport group
23&25 , Jalan Kota 2/3 ,
Taman Cahaya, Kota Puteri,
Masai , Johor

'MAKAN DAN MENANG' , SEKALI MAKAN MARRYBROWN TERUS MENANG KERETA

marrybrown malaysia

'MAKAN DAN MENANG' , SEKALI MAKAN MARRYBROWN TERUS MENANG KERETA 

Siapa sangka , hanya dengan makan Marrybrown membawa tuah yang sangat berharga kepada Muhammad Muzamil Bin Jailani yang berusia 29 tahun. Wow , untung dia yang sebaya dengan aku kerana menang kereta Proton  X70. Aku telah menjadi saksi penyampaian hadiah tersebut kepada pemenang.

Bertempat di Marrybrown Headquarters , pada 4 Mac 2020 telah berlangsungnya sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang. Bukan sahaja kereta , malah ada juga hadiah lain yang telah diberikan oleh pihak Marrybrown antaranya ialah : wang tunai RM 10 ,000 kepada 6 orang.

Jadinya  pada hari tersebut , bukan Muzamil je yang dapat hadiah , tapi ade juga pemenang yang lain. Seronok kan , makan je lepastu rezeki menang pula! . Terpancar betul muka gembira semua pemenang.

Jom kita tengok gambar pemenang kereta Proton X70 serta pemenang lain.

marrybrown malaysia

marrybrown malaysia

marrybrown malaysia

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Marrybrown , sila layari :
Facebook : MarrybrownMalaysia
Instagram : marrybrownmy