Pengajaran yang paling bermakna buat diri ini ..


Pengajaran Yang Paling Bermakna untuk diri ini..

Macam berkait rapat sangat pulak dengan posting semalam iaitu tentang kemaafan . Korang dah baca ke belum ? Kalau belum boleh la klik dan baca okay . Tajuk 52 Hari ini ialah "A life lessons I've learned" . Kita melayu kan dia supaya orang lagi paham iaitu pengajaran yang paling bermakna untuk diri ini ... Wah gitu ! 

Apa yang aku dah belajar sepanjang umur dah nak masuk 3 series ni ?. Aku belajar tentang kemaafan . Wah masih bersambung lagi dengan posting semalam . Hahaha . Weh , bukan senang nak maafkan orang kalau kita tak cuba bukak hati kita untuk memaafkan . Bukan itu sahaja , bukan senang kita nak memaafkan kalau kita tak belajar untuk meminta maaf . Nampak kan Allah tu maha Pengasih lagi Maha Penyayang . Dari hati la punca segala emosi kehidupan kita . Kalau hati kita tak dibersihkan dan kita tak belajar untuk membersihkannya , akan datang yang buruk-buruk kepada kita . 

Dulu , aku ni jenis terlebih agresif . Sangat agresif . Susah gila nak belajar untuk memaafkan. Kalau macam ada something yang berlaku , susah nak terima . Jenis keras hati la orang cakap . Tapi , makin aku keraskan hati , aku rasa ego tu makin tinggi . Dahla aku tak suka orang yang ego , takkan lah aku nak jadi macam gitu juga kan . So , berbalik juga semula kepada cara kita mendidik hati kita . At the end of the day , ketenangan tu yang kita cari sebenarnya . 

Seterusnya , aku lebih bijak menguruskan kehidupan . Dulu-dulu boleh tahan kelam kabut hidup aku . Sekarang ni lebih terurus sebenarnya . Mungkin sebab ibu dah meninggal , aku lebih banyak belajar berdikari . Sebab dulu terlebih manja , ada orang caring gila pasal aku , tu yang jadi naik lemak. Hahaha . Sekarang pulak kena belajar sayang diri sendiri . Beza sangat ! Tapi tu la , life must go on . 

Hidup ...kita kena berani terima kenyataan ~~

Aku nak lebih rasa tenang dan rasa bahagia . Buat apa , kita ada duit tapi tak tenang dan tak bahagia ?. Buat apa kita ada duit tapi kita lagi jauh dari Allah ?. Lagi sombong dan bongkak dari Allah ?. Benda ni yang aku fikirkan selalu , aku tak nak jadi hambaNya yang ego . Aku nak sangat Allah pandang , kasih dan sayang kepada aku . Barulah nanti Allah berikan seorang lelaki kiriman tuhan buat aku. Cehwah ! Sempat lagi doa . Yelah , kena la doa jodoh yang terbaik untuk aku . 

Dulu , aku jarang sangat "bercakap-cakap" dengan Allah , tapi sekarang aku akan selalu kerap .. Bila kita "cakap" dengan Dia melalui doa , kita berkomunikasi denganNya ....rasa dia lain sangat .. 

Kalau kita "cakap" dengan Allah apa yang kita impikan .. pasti nanti ...Allah akan berikan yang terbaik untuk kita . Jangan berhenti meminta dariNya . 

MAAF . Memaafkan atau meminta maaf ?!


MAAF . Memaafkan atau meminta maaf ?!

Hai gais.. hari ni punya post akan jadi sangat simple , pendek dan cenonet aja . Tak nak panjang-panjang memandangkan aku tengah mengemas rumah . Nak buat small transformation sikit . So , kisah 52 Hari ni membawa tajuk " well Somebody Has To Say It". 

Aku teringat satu perkataan ni . Paling mudah nak ingat tapi paling susah untuk di kata kan . 

MAAF .

Simple kan . Tapi is it easy for us to say it ? Lagi pula kalau tengah hati bergelodak marah . Senang ke ? Tak kan . Aku pun masih lagi belajar untuk mudah berkata maaf kepada orang . Sebab aku tak nak biarkan EGO jadi sebati dalam diri .

Tapi.. kena ingat jugak . Tak semestinya kalau orang tu asyik buat salah je , berulang kali kita masih nak kena maafkan . Penat juga woi . Tu maksudnya orang tu sendiri yang tak nak berubah . 

Ingat . Kalau kita buat salah , belajar la untuk memaafkan . Kalau kita bersalah , belajar untuk meminta maaf . 

Maaf .. andai kau terluka ... Maaf ku tak sengaja .. tanpa sedar.. sakiti mu .. sesalku ..

Eh ternyanyi ! okay bye . Ain nak sambung mengemas rumah ni .

Ten Guilty Pleasures


Ten Guilty Pleasures

Okay , memandangkan semalam aku rasa penat sangat.... dan sebab tu aku memang no idea langsung untuk menulis .. Dah taip dah point nak tulis ape , tapi memang tak boleh nak berkembang langsung point tu. Otak penat sangat berfikir maybe. 

Untuk topik yang ke 28 ni ialah tentang ten guilty pleasures. Marilah kita senaraikan satu persatu .

1) Nyanyi ikut suka hati
Kadang-kadang aku main nyanyi sambil masak atau tengah makan . Tahu tabiat ni tak elok orang tua-tua cakap , tapi aku jenis main redah je . Kan kalau makan kita tak digalakkan untuk bercakap , fokus untuk menikmati rezeki je kan. Tapi tu la ... perangai sangat kan kau ain~~

2) Karoke walaupun suara kelaut
Tadi makan sambil nyanyi , yang ni pun masuk lagi kategori nyanyi iaitu karoke. Hahaha. Walaupun suara tak sedap , namun bab yang ni aku power sikit. Tetap memegang mikrofon yer sewaktu karoks walaupun suara kelaut..

3) Suka mengunyah sampai berbunyi
Perangai ni kadang-kadang terkeluar tanpa sengaja , jelas la aku ni nak masuk umur 30 tahun pun tapi masih ade perangai budak-budak. Hahaha . Weh , aku macam selamba badak je makan sambil berbunyi-bunyi gitu. 

4) Suka teman orang makan
Aaaaaaaa... yang ni pun.. suka teman orang makan , lepastu termakan sekali. Hahahha . EH. patut lah gemok!

5) Suka tengok program realiti dan anugerah di TV
Waaaahhh.. aku ni bab-bab dunia glamer kemain minat.. Aku suka tengok cara artis catwalk , cara menggayakan fashion yang pelik-pelik . Tak ramai orang yang boleh konfiden nak pakai baju pelik-pelik lepastu masuk tv . Lepastu kena jadi bahan bawang para netizen. Aku suka juga tengok cara artis jawab soalan dari wartawan . Nak tengok macam mana dia cover line atau nak tepis soalan so that nampak yang dia ni bijak la. Aku kalau ngadap program hiburan memang fokus betul . Hahaha . Lagha betul kau ni Ain ~~~

6) Duduk bersila dalam kereta
Dah biasa la awak..kalau dalam kereta mesti nak duduk bersila. Sebab rasa selesa betul la . Jangan risau kaki saya tak berbau. Hahahha.

7) Time video call suka main rambut
Hahahahaha , kadang video call dengan kawan-kawan perempuan kan tak pakai tudung. Aku suka main rambut , time tu jugak lah aku nak belek muka aku. HAHAHA. Kalau video call kat instagram memang bubuh filter siap .. Hahahahha ..

8) Baca komen dari netizen
Zasssss aku pun boleh tahan juga membaca komen netizen ni . Hahaha . Tapi aku pilih-pilih juga la. Aku jarang baca netizen dari Fesbuk , selalu baca netizen Instagram , Youtube , twitter .

9) Jenis tak gelabah kalau bateri tepon dah tinggal 40%
Ade orang yang aku jumpa bateri baru jejak 40 dah gelabah. Macam aku boleh rileks lagi bateri tinggal 10%. Hahaha . Sebab sejenis Farahain suka caj tepon bila bateri betul-betul nak habis . Korang jangan suka caj tepon tau . Tak elok untuk bateri tepon tu . 

10) Jangan bagi buku nanti aku tak baca pun
Yang ni sumpah paling teruk gila.. Sekarang ni aku dah jarang gila membaca buku . Dah tak ada minat langsung. Kan dah cakap dekat no 8 . Baca juga .. tapi baca komen netizen la .Hahahahaha . Aku lebih suka baca social sharing di social media . Kalau bagi aku buku sekarang , taubat memang tak usik langsung agaknya.