Ten Guilty Pleasures


Ten Guilty Pleasures

Okay , memandangkan semalam aku rasa penat sangat.... dan sebab tu aku memang no idea langsung untuk menulis .. Dah taip dah point nak tulis ape , tapi memang tak boleh nak berkembang langsung point tu. Otak penat sangat berfikir maybe. 

Untuk topik yang ke 28 ni ialah tentang ten guilty pleasures. Marilah kita senaraikan satu persatu .

1) Nyanyi ikut suka hati
Kadang-kadang aku main nyanyi sambil masak atau tengah makan . Tahu tabiat ni tak elok orang tua-tua cakap , tapi aku jenis main redah je . Kan kalau makan kita tak digalakkan untuk bercakap , fokus untuk menikmati rezeki je kan. Tapi tu la ... perangai sangat kan kau ain~~

2) Karoke walaupun suara kelaut
Tadi makan sambil nyanyi , yang ni pun masuk lagi kategori nyanyi iaitu karoke. Hahaha. Walaupun suara tak sedap , namun bab yang ni aku power sikit. Tetap memegang mikrofon yer sewaktu karoks walaupun suara kelaut..

3) Suka mengunyah sampai berbunyi
Perangai ni kadang-kadang terkeluar tanpa sengaja , jelas la aku ni nak masuk umur 30 tahun pun tapi masih ade perangai budak-budak. Hahaha . Weh , aku macam selamba badak je makan sambil berbunyi-bunyi gitu. 

4) Suka teman orang makan
Aaaaaaaa... yang ni pun.. suka teman orang makan , lepastu termakan sekali. Hahahha . EH. patut lah gemok!

5) Suka tengok program realiti dan anugerah di TV
Waaaahhh.. aku ni bab-bab dunia glamer kemain minat.. Aku suka tengok cara artis catwalk , cara menggayakan fashion yang pelik-pelik . Tak ramai orang yang boleh konfiden nak pakai baju pelik-pelik lepastu masuk tv . Lepastu kena jadi bahan bawang para netizen. Aku suka juga tengok cara artis jawab soalan dari wartawan . Nak tengok macam mana dia cover line atau nak tepis soalan so that nampak yang dia ni bijak la. Aku kalau ngadap program hiburan memang fokus betul . Hahaha . Lagha betul kau ni Ain ~~~

6) Duduk bersila dalam kereta
Dah biasa la awak..kalau dalam kereta mesti nak duduk bersila. Sebab rasa selesa betul la . Jangan risau kaki saya tak berbau. Hahahha.

7) Time video call suka main rambut
Hahahahaha , kadang video call dengan kawan-kawan perempuan kan tak pakai tudung. Aku suka main rambut , time tu jugak lah aku nak belek muka aku. HAHAHA. Kalau video call kat instagram memang bubuh filter siap .. Hahahahha ..

8) Baca komen dari netizen
Zasssss aku pun boleh tahan juga membaca komen netizen ni . Hahaha . Tapi aku pilih-pilih juga la. Aku jarang baca netizen dari Fesbuk , selalu baca netizen Instagram , Youtube , twitter .

9) Jenis tak gelabah kalau bateri tepon dah tinggal 40%
Ade orang yang aku jumpa bateri baru jejak 40 dah gelabah. Macam aku boleh rileks lagi bateri tinggal 10%. Hahaha . Sebab sejenis Farahain suka caj tepon bila bateri betul-betul nak habis . Korang jangan suka caj tepon tau . Tak elok untuk bateri tepon tu . 

10) Jangan bagi buku nanti aku tak baca pun
Yang ni sumpah paling teruk gila.. Sekarang ni aku dah jarang gila membaca buku . Dah tak ada minat langsung. Kan dah cakap dekat no 8 . Baca juga .. tapi baca komen netizen la .Hahahahaha . Aku lebih suka baca social sharing di social media . Kalau bagi aku buku sekarang , taubat memang tak usik langsung agaknya. 

Catat Ulasan

0 Ulasan