Resepi Ayam Goreng Berempah

 Resepi Ayam Goreng Berempah

Ayam dipotong 16 dan cuci bersih

Bahan kisar ( semua bahan tiada sukatan..agak agak saja )

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai ( lebih byk sedap )
  • Ketumbar
  • Jintan
  • Garam
  • Gula@ perasa

Gaul ayam bersama bahan kisar

Masukan bersama :

  • Serbuk kunyit
  • Serbuk kari daging
  • Serbuk cili
  • Lada sulah
  • Daun kari (banyak )
  • Tepung gandung agak agak saja
  • Telur

Gaul semua sekata..perap sekurangnya 30 minit..

Ni saya perap semalaman.

Credit : Asmida Asman


ayam goreng berempah

klik sini untuk lebih banyak resepi

My Inspiration To Blog


My Inspiration To Blog 

Kisah 52 Hari ni sudah sampai ke tajuk hari yang ke 32 . Tenggelam timbul nampak nya yer kau Ain! Hari ni membawa tajuk my inspiration to blog . Kalau nak cakap siapa yang aku inspire gila dah tentu la Maria Elena dan Vivy Yusof . I love their story telling ! 

Tapi , yang sebenar-benar buat aku terinspirasi untuk ada blog ni ialah daripada kawan-kawan sendiri je! Aku dah ada kenal dunia blog ni semenjak dari sekolah. At first aku selalu spent time dekat rumah kawan aku ni . Nama dia Maizatul Akmal . Dia yang ajar aku tentang blog. Rumah dia dengan rumah aku dekat la juga cuma kena lintas jalan besar . Sanggup betul aku dulu melintas jalan sebab rumah dia dapat internet dulu . Tak macam zaman sekarang semuanya mudah . Dia yang ajak aku buat blog . Bukan tu je , dia juga yang ajar aku cara photoshop , main game dekat komputer , myspace dan sampai ke Facebook. Dia la sent ke email aku untuk sign up Facebook. Hahaha . Nampak kan dia la yang influence aku dari segi teknologi . 

Lepastu aku just rasa blog ni biasa je , sampai lah aku belajar dekat Kedah dan duduk rumah sewa . Wow , yang ni lagi dasyat.. Housemate aku semua ada blog weh. Kau rasa gila tak gila ?. Hahaha . Diorang yang buat aku aktif kembali ber blog dengan cara join contest , segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh blogger- blogger malaysia. Sampaikan diorang ni siap ingatkan lagi " Ain...kau dah join ke contest tuu?" Hahahaha . Kelakar sangat bila diingat kembali. 

Nampak kan sebenarnya the great inspiration ialah from my friends actually! 

Sampailah pada tahun 2018 . 

One of my housemate iaitu Syiera .. Dia yang encourage aku lagi untuk aktif berblog.. Zaman ni dah mula start buat review. Dari situ la aku baru faham ape benda la review -review ni . Dia cakap lagi , " Aku rasa hang kena ada group komuniti blogger lah.. hang try cari la kot ada group- group Blogger johor". Tadaaa..

Maka , aku pun terjumpa dengan group JDT Blogger . Here the journey begins.. It change my life 360 darjah! Aku akui daripada group ni la aku lagi kenal banyak PR & marketing people , geng-geng digital media dan mainstream media . Bukan itu sahaja , JDT Blogger juga yang banyak membuka peluang- peluang rezeki kepada diri ini.

All above all .. They are actually my Inspiration ! Tanpa mereka siapalah pemilik blog AkuAinKauSiapa ni . Terima kasih seikhlas nya dari hati yang kecil ini buat korang semua . ❤️

Resepi Asam Pedas Rebus

asam pedas rebus


Resepi Asam Pedas Rebus

Banyak nama untuk menu ni kan dan yang pasti asam pedas rebus macam ni memang sedap makan dengan nasi lepastu bubuh kuah bagi banyak hirup sekali . Kalau tengah tekak tak sedap , dapat hirup asam pedas ni pun dah okay kan. 

Bahan - bahan :

  • Cabai besar 3 biji
  • Cabai Melaka 4-5 biji
  • Bawang besar sebji
  • Kunyit hidup sikit
  • Belacan sedikit (blend semua sekali)
  • Serai 2 batang (diketuk)

Cara Memasak :

  1. Satukan bahan blend dalam periuk
  2. Masukkan air untuk dijadikan kuah 
  3. Tambahkan asam keping 3 keping
  4. Masukkan timun, daun kesum didihkan 
  5. Masukkan ikan , garam perasa siap dihidangkan
(nak tambah bunga kantan atau bendi pun boleh) 

Credit : Ninie Zain