Lauk Malam Raya PKP

Assalamualaikum . ni dah raya hari keberapa baru nak update kisah malam raya . Selalu nya last day berpuasa , boleh dikatakan ramai yang akan masak masak  lauk raya . Tapi Ain pula jenis tak suka masak time tu sebab takut lauk cepat basi . Bukan itu sahaja , kitorang adik beradik ni jenis allergik sikit kalau makan makanan berminyak , berlemak dan pedas . Habis sakit perut je nanti . Sebab tu decide untuk masak simple je . 

Tapi , alhamdulilah rezeki lauk berbuka last day puasa jiran jiran bagi . Mula mula Puan Pengerusi Jiranwanita KRT ain yang bagi . Lepastu jiran sebelah sampai dua kali bagi salam kasi rendang dan lemang serta salam yang kedua kasi lauk daging gulai . Hahaha . Alhamdulilah , syukur sangat ! Tak payah beria masak . 
Sebabtu ain jenis malas masak lauk raya di hari raya . Satu sebab perut cepat kalah dengan lauk berminyak , berlemak , pedas kedua nya nanti tak de siapa nak makan . Membazir dah buang terus ! .

Malam tu kitorang main bunga api dengan anak jiran . Itu lah kisah malam raya kitorang disambut sendiri sendiri dan sederhana je ! 

"Wow ..orang lelaki pun pandai buat biskut raya ke ?"

Assalamualaikum . frankly speaking , malu nak story story kisah ni dekat blog . *takut kantoi* Sebab nak story kisah lelaki yang kita crush 🙈 Pulak tu dia tahu blog kita . Nasib la.  Story kan aje dekat sini . Kihkihkih .

Kisahnya bila whatsapp whatsapp lepastu lelaki yang kita crush ni bagitahu yang dia tengah buat kuih raya.  Oh cerita kuih raya ni boleh terbukak sebab aku bagitahu yang booth dekat Plaza Angsana Johor Bahru tu semua dah kosong . Masa tu kes bazar ramadhan semua kena tutup.  
Nak jadi cerita dia tanya pasal kuih raya ada tak jual . Blah blah blah blah (the communication still on) . Lepastu .. yang membuatkan Aku macam lagi la auto tertarik sebab dia pandai buat kuih raya . Pulak tu rasa malu sebab kita yang gegurl ni tak buat kuih raya langsung . Entahlah, mood tu tak ada . Lepastu raya pun solo je . Lainla kalau ada suami . Kah!!!! Hahaha . 

Pastu bila dia sent gambar kuih raya yang dia buat like OMG !! seriusslyyy ... pandai buat kuih raya ?. Terus keluar perkataan gedik aku " Wow impressive! " Hahaha . Pulak tu dia buat kuih raya floretine which is my favourite . 
Tapi , cubaan untuk mengepau tak berjaya yer tuan tuan dan puan puan sekalian . Hmmm .. sedih nya kena palau ! 😔 Baru ingat nak merasa air tangan lelaki buat kuih raya . Kann. Hmmm.. 

*agak - agak dia baca tak post kita yang ni * Malu siot! 🙈

Kahlenberg Danish Cookies : Biscuit Chocolate Chips Premium Sedap

Hai . Where do i start to discover this product ?. At the Tesco Bukit Indah . When the promoter girl said the words " Hi abang akak , promosi biskut 10 pek 10 Ringgit je " . At first when i saw the booth seems not interested but when i heard she said like that , it make my feeling to turn out and see what the promotion is all about . 

OMG ! When i saw the booth sell (biskut tin) in such a premium packaging , i was like why not give it a try ! . So , i decided to go around the booth and see what is nice product to buy . 

The (biskut tin) remind me of my childhood memories where by during some occasions like Hari Raya , New Year my parents normally will receive a bunch of hamper as a gift . That hamper contained such as this premium biskut tin ! OMG !!!! DAH KENAPA aku tulis in english ?. Ke sebab jenama biskut ni susah nk nyebut and nampak macam have have gitu , so we must speaking speaking gitu ?. Hahaha .

Kalau diingat kembali zaman kecik kecik dulu kalau dapat biskut ni rasa macam wow biskut orang kaya ! Hahaha . Ain beli 3 tin masa tu offer 3 Tin macam gitu RM 20 . Pastu , promoter tu pandai tau terus register kan member card . Kihkihkih . Maybe for the next purchase nanti boleh dapat harga diskaun . 
How about the taste of this biscuit?. Hahaha . Dia tak macam rasa chocolate chips yang selalu dipasaran rata -rata memang manis kedaung . Manis gila . Cookies ni dia rasa banyak butter  and the chips pulak tak lah terjojol banyak macam biskut coklat chips yang lain . 

Kahlenberg Danish Cookies ni sesuai makan hitea cicah dengan teh o atau kopi  . Atau pun buat breakfast pun boleh . Bukan itu sahaja , ni sekarang kan tengah musim Stay At Home , jadi nya sesuai la untuk kudapan sambil layan Netflix dan menonton Tv tu. 

*Ada lagi 2 tin tak buka lagi .