Macam mana boleh pandai ambil gambar makanan ?


Assalamualaikum . Throwback throwback gambar lama . Masa ni ada food review di kedai Moonlight Cake . Pada ketika ni juga gigih nak berbaju kurung setiap kali ke event .

"Ain , gambar gambar makanan kau aku tengok .. pehh terliur seh" . Majoriti ayat ni yang keluar dari mulut kawan kawan setiap kali ain post gambar makanan dekat social media .

Ain sebenarnya tak ada langsung skill bergambar . Kata orang indon memotret ! Hahaha . Tapi semenjak bersama dengan JDT Blogger dan attend banyak event la ain jadi pandai . Tak pernah langsung pergi belajar ke kelas mana mana . Cuma belajar dari pengalaman. Bukan itu sahaja , banyak kan bertanya dari kawan kawan  pun iye juga. 

Moment paling best kalau datang food review sesama , nanti kitorang akan bagi idea dan cadangan masing-masing . Kat mana lighting on point . Angle mana yang sesuai . 

Paling ingat bila Sis Lin selalu pesan , nak bergambar gaya macam mana sekali pun jangan lupa lap dulu lens camera tu . Kita kan selalu pegang telefon tanpa kita sedar cap jari kita tu melekat dekat camera . So ! ingat la pesan berharga ni ! 

Bukan itu je , skill ambil gambar makanan ni kita memang kena betul - betul fokus pada makanan . Nak buat orang betul betul terliur la katakan . Jangan la dok sibuk ambil gambar pinggan mangkuk sudu tu pulak .Fokus pada makanan .

*Rindu nya nak pergi event ! Semoga cepatla covid ni hilang . Banyak sangat plan nak buat tergendala.

Masak masak dengan airfryer

Assalamualaikum . bertemu lagi kita dalam rancangan aku makan ape hari ini . Hahahaha . Permulaan hari ini dimulakan dengan kunyah granola. Makan gitu je sedap tau . Makan sekali dengan dua ulas pisang.

Tengah hari masak lauk tauhu telur dan kentang . Buat sup gitu . Hiriskan sekali timun dan masak daging harimau menangis . Auwmmm. Boleh menangis kau makan . Hidangkan bersama dengan salad . Pedas pedas manis rasanya .
Eh terasa nak meratah pula daging tu dengan salad. Terus jela jadi set makanan ain yang ketiga. Seterusnya petang petang snacking ain rebus jagung dan kacang kuda .

Malam pula ain masak ayam perap guna airfryer . Daging harimau cry cry tu pun ain guna airfryer . Ain lagi suka masak guna airfryer . Tak lah goreng guna minyak kan .Dah boleh kurangkan minyak dalam masakan . Lauk tauhu telur ada lagi sikit . Jadi makan aje untuk dinner .
Selepas itu penutup perut ku ialah kacang rebus dan jagung beserta potongan buah pisang . Alhamdulilah ! Kenyang ! Hari ni tak exercise pun . Nak rest kan badan .Itu je menu makanan ain pada hari ini.pisang tu kongsi dua orang makan.. Alhamdulilah ! Kenyang perut ! 

Hari ni aku makan apa ?

Assalamualaikum .bertemu lagi kita ke dalam rancangan hari ni aku makan apa . Hahaha . Hari ni start makan sangat lambat iya tuan tuan dan puan puan sekalian . Jam 12 baru nak makan . Kenapa ?. Bangun pun lambat ! Hahaha Kes penat semalam kot . Kah!

I start my day simple meal susu dan granola . Buat separuh gelas je . Disusuli dengan 2 keping oat biskut . Sekadar alas perut . Lepastu terus rushing memasak Nasi Ayam ! Ayam dah siap perap tinggal letak dalam airfryer je .
Macam biasa , ain tak ambil nasi yang dimasak tapi ain ganti kan dengan nasi impit. Kenapa nasi impit ?. Sebabnya nak habiskan stok .Hahaha . Guna jela apa yang hado! Petang dalam pukul 5 lebih rasa lapar jadi snacking jela granola . Special nya granola ni dia crunchy . Kunyah krup krap gitu je boleh. Ain beli brand tesco punya . 
Next dinner macam biasa lauk nasi ayam sama je . Dan penutup perut hari ini makan tauhu begedil . Masak dekat airfryer . Sambal kicap pula ain tak letak gula . Just letak kicap , cili padi 3 batang seulas bawang putih .Goreng kering sekejap dan blend . Pedas pedas gitu . Tak la sama macam nikmat makan tauhu begedil sebenar . Sebab nak kurangkan pengambilan gula dan garam kan . 

Itu la sahaja segmen ..hari ni ain makan ape ! Hehehe .