Cara Kurangkan Makan Nasi


Assalamualaikum . Lately ni kan ain tengah dalam proses menjaga portion makanan . Jadinya idea ni timbul di TikTok . Ada orang kongsi cara nak sukat berapa banyak kuantiti makanan yang kita makan .

Bila nak turunkan berat badan , nasi la yang paling orang ramai nak elak . Kononnya makan nasi la punca berat naik . Sebenarnya ada banyak lagi makanan yang kita makan antara punca kenaikan berat badan .

Jadi , ini salah satu cara mudah ain sukat kuantiti nasi yang dimakan . Actually , dah lama beli benda alah ni . Hahaha . Tapi tak terfikir pulak buat sukat nasi .
Boleh kenyang ke ?. Hmm baru hari ni eksperimen . Kita tengok macam mana kan . Sebab penumbuk ain kecik je . Orang cakap nak sukat karbo ni ikut berapa besar penumbuk kita . Jadi nya , sukat ni lagi kecik sikit dari besar penumbuk ain . Hahaha .Size cup ni ialah 1/2 cups . 

Kita cuba okay ! 

Dua Mangkuk Mee Hoon Soto Untuk Hari Ini

Assalamualaikum . Hari ni start makan pada pukul 9 pagi . Lama betul berpuasa yer nampaknya perut . Tutup makan semalam jam 5:30 petang . I survive for day 3 tak makan malam dan cuba untuk dinner lebih awal sekitar jam 5 -6 petang . 

Insyallah ! Semoga lebih kosisten lagi !  Ain makan ape today ?.
✅ sebiji pisang
✅Nasi goreng tomyam (5sudu je suap, makan kongsi)
✅Mee hoon soto (rasa macam terbanyak pulak portion nya) lunch
✅Mee hoon soto lagi for dinner 
✅Sebiji epal merah fuji

Insyallah , nak belajar kurangkan lagi portion . Tak nak drastik sangat takut nanti hangat hangat tahi ayam je! Just enjoy the process ! Semoga Ain Kurus !!! Yeah !! Taugeh tu memang suka makan banyak gitu .Krap krup krap krup rasa .. Mee hoon soto kurang garam , gula , minyak ..

Ain Makan Ape Sempena Hari Bapa ?

Assalamualaikum . hari ni rasa best gile ! Sebab bangun awal morning walk . Lepastu penangan tidue awal semalam Peh best ! 

Hari ini ain makan : 
✅ Roti telur mata dan cili sos (2 set)
✅Nasi impit (balance semalam) tomyam dan sayur kangkung
✅Pisang sebiji
✅Spageti kari (kongsi 2 orang makan)
✅Ratah tomyam dan sayur kangkung
✅Buah lai 

Settle makan jam 5 petang . Malam dah try untuk stop makan .  Kosongkan perut !! slowy but surely ! 😋