Selalu Buat Live Instagram , Dah Ade Talk Show Sendiri ! 🤭

Assalamualaikum . Salam maal hijrah kepada muslimin dan muslimat . Semoga Allah sentiasa mengangkat doa doa dan hajat hajat kita. Anyway , beberapa minggu lepas ain dah mula start buat live dekat Instagram . Instagram @sheisfarahain . 

Kenapa buat live ?. Nak asah balik skill mengacara , nak power kan semula cara bercakap dan nak perbaiki lagi diri ini untuk menjadi lebih bagus . Untuk yang tak tahu , ain memang suka bercakap . I love talking so much ! Talking sehingga rasa penat . That what make me happy .

Ain rasa risau bila kurang bercakap . That was the most scary things rasanya sebab kalau kurang bercakap , nanti mood akan cepat rasa down . Mood akan tak nak bergaul dengan orang . Eee bahaya sangat lagi pula zaman covid ni mood paling tak menentu . So bila ain ready to komited untuk buat live , ain jadi ada benda nak buat .. Ada benda tambahan yang i really enjoy on doing it ! 

So far dah buat live , banyak juga pengalaman yang ain belajar antaranya macam mana nak berinteraksi dengan penonton secara maya . Bila views tak ada , nak cakap apa . Nak buat topik ape pada hari kita run the live itu .Macam mana nak hilangkan neves . Ain ada je rasa neves nak start tapi bila dah biasa buat perasaan neves tu mula hilang . 

Insyallah, minggu ni start buat Aku Ain Kau Siapa Talk Show ! Kerlas feeling feeling ada talk show sendiri 🤣 . Eee , berangan tu kan free kan ! So , di kesempatan ini ... (kau ingat ucapan raya ke ain woi) 🤣 Ain nak jemput kepada pembaca blog akuainkausiapa ni untuk menonton live ain di Instagram sheisfarahain jam 9:15 malam . Insyallah , ain akan terus berikan yang terbaik ! 

Kalau yang dah terlepas live live sebelum ni , dont worry ain memang save dekat IGTV . So , boleh lah korang layannkan . 

Ingat tau ! Live sheisfarahain jam 9:15 malam ! Love satu kali 💖 love dua kali 💖 love tiga kali 💖(siap dah ada treadmark kauuu) 

Ain Makan Ape 9 Ogos 2021

Hari ni 3 kali je makan 🤣 Sebab malas gila nak start breakfast.  So makan pun bermula jam 11: 30 pagi 

✅ roti sapu peanut butter sekeping
✅lunch nasi kukus ayam (beli)
✅mee soto (masak sendiri ) Dinner awal waktu 

Seminggu Turun Berat 100 Gram 🤣


Alhamdulilah , walaupun berat minggu lepas menunjukkan 70.3 kg dan turun kepada 70.2 kg .namun masih tetap bersyukur ! Ada penurunan . Ain tak banyak buat extreme exercise . Sebab tengah tak ada mood nak bersungguh exercise . Cumanya morning walk pada jumaat dan sabtu . Lepastu setiap petang sapu daun kering depan rumah dan siram pokok . Pastu ada lah kemas kemas rumah . Gitu jelah aktiviti .

Makan yang paling banyak ain fokus . Ain jaga portion . Walaupun makan je nasi setiap hari . Sebab pada ain , nasi sangat mengenyangkan ! Ain tak nak paksa diri telan makan kering kering dan bersalad je setiap hari . Ain nak jadikan kawal portion makan ni sebagai lifestyle. So that bila nanti dah maintain berat badan yang normal , badan tak rasa terkejut . 

Sebenarnya tak sabar nak tengok angka pemberat tu bertukar kepada 69 kg ! Sumpah tak sabar gile! Insyallah , jika berjaya ...akan ku puasa sehari ! lagi sikit je tu bertukar nak kepada 69 kg .. Bagus juga timbang berat seminggu sekali ni . Nak jadikan rutin mingguan la. (Walaupun paling penakut naik penimbang berat)

Jadinya ain akan lebih berusaha betul betul kawal pemakanan . Kawal pemakanan bukan bermakna tak makan langsung yer . 😜