Ain Makan Ape 15 Ogos 2021

Assalamualaikum. hari ni weekend macam biasa lepas subuh membuta balik . Kihkihkih. Start makan pun jam 1:49 tengah hari . Gila kan . Hahahah . Entah la, maybe dah nak period. Dia punya sakit satu badan .. Ubat dia tidur je la . 

✅1 keping roti sapu peanut butter 
✅3 hotdog dan 2 roti letak cili sos sikit 
✅Nasi putih ayam masak red , sayur taugeh goreng 
✅Nasi putih ayam masak red , sayur taugeh goreng

Simple je lauk hari ni . Janji masak. Janji makan ! Janji jaga portion ! Janji  nak kurus tapi tak takut untuk makan nasi 

Ain Makan Ape 14 Ogos 2021

Assalamualaikum .. Hari ni start makan jam 11 pagi .nasi goreng simple dan hotdog tu abang ain yang masak . Makan kongsi dua orang je . Ain makan berapa suap je tu . 

✅ Nasi goreng dan hotdog
✅2 keping roti sapu dengan peanut butter
✅ Nasi Ayam penyet (jiran bagi ) Tak masak untuk lunch 
✅ 3 keping Roti dan telur mata 2 set makan dengan kicap dan sos cili
✅ Wafer nabati cheese kongsi dua orang 

Ain Makan Ape 13 Ogos 2021

Assalamualaikum . Hari 13 ogos masak tomyam . Request abang ain yang suka gila makan tomyam . Ain ni pula jenis suka tomyam yang pedas pedas dan masam . Tapi abang ain dia kureng sikit makan pedas . Nak tak nak masak lah kureng pedas . Guna pes tomyam yang dalam botol kaca tu .

Makan pagi pun dah lewat maklumlah hari jumaat . Mood kemain sendu alahai . Lepas je morning walk memang balik tak makan apa . Entah tak ada mood nak makan pagi . Start makan pun dah pukul 1 tengah hari lebih .

✅Nasi goreng simple abang ain masak dan hotdog makan kongsi 
✅ Wafer nabati cheese makan kongsi
✅ Tomyam ayam fishball dan nasi 
✅Tomyam ayam fishball dan nasi 

* Ain suka betul makan tomyam kuah habis banjir kan dengan kuah tomyam tuh .. Terasa nikmat betul 🤤