Alhamdulilah..berat turun lagi !

Assalamualaikum .. Sudah menjadi rutin setiap hari sabtu ain akan timbang berat . Alhamdulilah , target achieve .. Dalam hati berkata , pada tarikh 14 ogos , aku mesti dapat berat tu . Mesti pecah angka depan .Guess what ?  Aku berjaya wehh. 

Pada 7 ogos , aku timbang dan berat aku 70.2kg dan seminggu lepastu berat aku terkini 69.3Kg ! Ya Allah , rasa macam bersyukur gila .. Bersyukur sangat . Bila ain tengok balik ain pernah je dapat berat 69.7kg pada tahun 2020 tapi sebelum PKP yang first .
Selepas itu , kelaut habis . Macam sebelum sebelum ni ..kali ni journey dia sangat berbeza . I really enjoy it ! Sebabtu ain rekod je segala apa yang ain makan di blog ni .. Boleh tengok dekat Ain Kurus

Insyallah , mengharapkan lebih banyak lagi penurunan .. Berat yang ain aim ialah 50 KG . Insyallah . Maksudnya still a long journey to go . Still 19.3 kg kot nak turun .. But , slowly but surely perhaps kan . Sebenar nak aim lagi sampai 44-45 kg macam gitu sebab ain punya tinggi 153cm . Cumanya , lets put 50 kg first kan . 
Doakan semoga ain istiqomah lagi yer . Insyallah . Ain nak kurus untuk lebih sihat .. Ain nak kurus to make myself proud ! Ain nak kurus sebab i really love myself ๐Ÿงก 

Ain Makan Ape 16 Ogos 2021

Assalamualaikum . Ya Allah hari ni pun makan kemain lambat . Astagfirullah ... Tak rasa lapar ,tapi tu la risau gak dia punya tak nak breakfast tu kemain melampau . Ain start makan pukul 2 petang yer gais ! Yes ! Pukul dua petang .

Hari ni makan 3 kali je . Alhamdulilah kenyang .
✅ Jemput-jemput ikan bilis mata biru 
✅Tomyam ayam dan nasi putih masak sendiri
✅Tomyam ayam dan nasi putih masak sendiri

* Suka betul banjirkan nasi dalam kuah tomyam tu . Eee dap sangat . Alhamdulilah ๐Ÿ˜‹

Kami Buat Majlis Yassin Tapi Secara Virtual

Assalamualaikum . Semenjak minggu lepas , makcik makcik kejiranan ni dah buat majlis yassin secara virtual. Pengerusi jiranwanita tempat ain ni minta ain untuk uruskan link . Kami guna kan Google Meet . Alhamdulilah berjaya juga. 

Majlis bacaan Yassin ni bagi tujuan berdoa diberikan kesembuhan serta kesihatan yang baik kepada jiran yang sedang diuji dengan penyakit covid 19 . Sedih sangat rasanya bila ada makcik yang mengalirkan air mata bercerita keadaan jiran yang diuji dengan penyakit covid ni . 
Dengan ain sendiri rasa sebak . Yelah , kita dah tak ada ibu . Dengan join group makcik makcik kejiranan ni la salah satu cara pengubat rindu ku ini kepada arwah ibu . Malam ni diteruskan lagi . Puan Pengerusi minta kami adakan tiga hari berturut-turut . Semoga doa -doa kami di dengari oleh Allah . 

Ya Allah , Engkau peliharalah kami Ya Allah . Kau sembuhkanlah penyakit ini.. Kau lindungi lah kami ya Allah. Engkau limpahkan lah rahmatMu Ya Allah . Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang .✨❤️