Kami Buat Majlis Yassin Tapi Secara Virtual

Assalamualaikum . Semenjak minggu lepas , makcik makcik kejiranan ni dah buat majlis yassin secara virtual. Pengerusi jiranwanita tempat ain ni minta ain untuk uruskan link . Kami guna kan Google Meet . Alhamdulilah berjaya juga. 

Majlis bacaan Yassin ni bagi tujuan berdoa diberikan kesembuhan serta kesihatan yang baik kepada jiran yang sedang diuji dengan penyakit covid 19 . Sedih sangat rasanya bila ada makcik yang mengalirkan air mata bercerita keadaan jiran yang diuji dengan penyakit covid ni . 
Dengan ain sendiri rasa sebak . Yelah , kita dah tak ada ibu . Dengan join group makcik makcik kejiranan ni la salah satu cara pengubat rindu ku ini kepada arwah ibu . Malam ni diteruskan lagi . Puan Pengerusi minta kami adakan tiga hari berturut-turut . Semoga doa -doa kami di dengari oleh Allah . 

Ya Allah , Engkau peliharalah kami Ya Allah . Kau sembuhkanlah penyakit ini.. Kau lindungi lah kami ya Allah. Engkau limpahkan lah rahmatMu Ya Allah . Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang .✨❤️

Post a Comment

4 Comments

  1. Mak mertua timm pun sama, pkat2 berzoom meeting bca yassin utk famili yg ramai terkesan dgn covid ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ... itulah cara termudah kan untuk kita berkomunikasi ..

      Delete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.