Sepetang Santai Di Taman Permainan

taman permainan bandar baru uda johor bahru



Assalamualaikum . Pagi tadi tak morning walk ! Rasa penat . Jadinya petang ni ada masa sikit tak plan pun . Terus redah gitu . Memandangkan cuaca sangat lah berangin gitu walaupun cahaya matahari boleh tahan yer gais terpancar ke mata . Namun ku redahi jua ! Aaa giteww ..

Dari rumah nak ke taman permainan ni tak la dekat sangat sebab jalan kaki . Hahaha . Tapi sebab dah biasa morning walk , jadinya kaki dah terbiasa bergerak sedar sedar je dah sampai . Seronok suasana petang meriah . 
taman permainan sheisfarahain



Cuma tak seronok nya kitorang kena melintas jalan , traffic light selalu problem dan kereta memang laju je sebab orang baru balik kerja kan . Sebab tu la ain suka morning walk ! sebab masa tu tak kelam kabut . Hahaha . Petang ni selalu tengok orang bawak kereta kelam kabut semacam . Mungkin tak sabar nak balik ke rumah barangkali 🤣

Sepetang Santai ! Duduk diatas rumput karpet ni , alahai ... Tinggal lagi tak bawak makanan je ni gais . Ada kang picnic kat sini 🤭 Tapi tula , beria pula nanti dah la jalan kaki . Hahahaha . Tadi on the way jalan kaki pun ada pakcik jiran tanya " nak pergi mana?" 🤣 
sheisfarahain di taman permainan



taman permainan bandar baru uda


Gitu la masa yang terluang . Dapat release kan stress sebab dengar bunyi kanak kanak keriangan , bermain macam tak ada masalah .

Hias Katil Sendiri Sebijik Macam Dekat Hotel

bilik tidur simple



Assalamualaikum . Katil ni tempat yang paling penting untuk kita . Terutama untuk dapatkan tidur yang nyenyak . Jadinya , ain memang akan sentiasa tukarkan cadar dan comforter katil ni . Boleh dikatakan 4-5 hari sekali akan ditukar . 

Dulu ain tak ambil serious sangat , jenis pemalas nak tukar . Entah berapa bulan agak nya baru tukar . Sekarang , ain kumpulkan cadar dan comforter satu tempat , jadi kalau nak berganti senang nak cari . Kebanyakkannya semua yang arwah ibu dah siap beli . Ikutkan ain ni mana la pandai nak membeli set cadar dan comforter ni kalau bukan mak mak yang akan beli .

hias bilik tidur



Cuma nya dulu rumah tak teratur , tak letak setempat jadi mungkin sebab tu pemalas nak tukar . Sekarang ain dah memang letak setempat . Set untuk tilam dan bantal memang warna putih tu ain combine kan sekali dengan set comforter beserta satu sarung bantal . Jadinya tak la nampak pucat putih gitu je . 

Korang try la juga untuk kerap tukarkan sarung bantal dan cadar tu . Sebab itu kan tempat tidur , dan tempat berkumpul air liur 🤭 Hahaha . Jadinya , nak bersih kena la selalu tukar yer!  Nak kata macam hotel tu , boleh la hotel bajet mungkin . Hahaha . Nak tunggu check in hotel lambat nau , jadinya check in bilik sendiri jela dulu kan . Itu pun guna apa yang ada je . 

Geng Selipar Asadi

selipar asadi



Assalamualaikum . Petang tadi duduk melepak depan rumah bersama anak jiran selepas menyapu daun kering . Macam biasa , bila duduk dekat bawah baru rasa nak bukak selipar . Nak lunjurkan kaki . Tetiba terkeluar pula idea nak menulis tentang selipar ni . 

Kitorang ni geng selipar Asadi . Hahaha . Selipar warna oren tu ain punya , yang kecik tu mesti la Teman Kecilku si Farisya yang punya .

Harga tak mahal . Berbelas ringgit je ! Berguna lama betul . Tahan dia . Dah pusing merata tempat selipar kitorang ni . Suka dan duka semua dirasai oleh selipar kitorang ni . Beli pun dekat Giant je ! Ternyata selipar harga yang tak mahal pun mampu mencoret pelbagai kenangan terindah untuk kami .

Selipar masih in good condition ! Tak ingat bila ain beli selipar ni . Rasa nya dari tahun 2017 ke 2018 gitu . Begitu la kalau kita selesa kan , kemana mana pun mesti di bawa dan dipakai selipar ni .

Korang ada ke selipar yang memang pakai merata tempat ..selipar tu dah pergi ? . Hehehe .

*Selipar ni lah antara saksi , tuan nya tengah rasa sedih , menangis , gelak , ketawa , gembira dan semua perasaan ... Selipar oren itu menjadi saksi ! 

Baca lagi tentang kisah anak jiran