Assalamualaikum . Hampir seminggu juga la ain tak sihat . Memang lemah je badan tak bermaya . Ubatnya memang berehat la kan . Mungkin badan terlampau penat sangat kan . Tapi , berehat je dekat rumah memang teramat la bosan sangat . Bosan sangat sebab ain ni jenis aktif . Mesti nak kena buat aktiviti juga supaya nak elak rasa bosan ni .
Bila tak sihat ni , otak jadi jem nak buat kerja apa pun tak boleh . Kena rehat kan ! Jadi rehatkan otak dengan marathon drama . Fikir punya fikir nak melayan drama apa kan sebab rasanya dah lama tak melayan drama melayu . Tv dekat rumah tu dah jadi perhiasan je . Terbuka pun kalau ada ramai orang di rumah kalau tak memang tertutup la .
Cari punya cari nak melayan drama apa , teringat pula drama Setelah Terlafaznya Akad . Drama lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose . Memandangkan nama mereka ini tengah hangat sebab baru berkahwin , jadi nya ain pun cari la full drama . By the way , ain sebenarnya dah pernah marathon dah drama ni . Bukan sekali yer tapi dah berkali - kali juga . Hahahaha . Bukan itu sahaja , ain ni memang minat dekat Kamal Adli ni . hehehe.
Dulu , kita main masuk je website yang entah apa - apa (cetak rompak). Tapi , kali ini ain tengok di Sooka . Mula -mula ingat kena install apps je eh rupanya boleh juga tengok melalui web (kalau nak tengok dari laptop atau komputer)
Free ke berbayar? Ada yang free ada yang kena bayar . Macam drama Setelah Terlafaznya Akad ni secara percuma je ain tengok .
Okay la dapat menghilangkan rasa bosan dan melayan badan yang tengah tak sihat ni kan .
website : sooka