DAH LEBIH SEMINGGU BERPUASA BARU LA AKU KE BAZAR RAMADHAN | Gitulah bila waktu berpuasa ni kan tak lain tak bukan mesti nak ke bazar ramadhan . Entahla , semenjak dah 30 an ni dia punya excited pun dah tak rasa sangat jika dibandingkan dengan waktu zaman sekolah dulu . Bazar Ramadhan dekat kawasan Bandar Baru Uda ni memang antara bazar yang popular di Johor Bahru ni .
Bukan satu bazar ye yang ada , tapi ada dua bazar ramadhan di Bandar Baru Uda ni . Memang kalau bulan ramadhan ni paling bercinta nak keluar rumah waktu petang . Sebab memang tak boleh nak elak dari jem . Lebih rela berjalan kaki ke bazar dari nak naik kereta . Untuk tahun ni , ain menjengah ke bazar ramadhan selepas dah hampir seminggu berpuasa.
Kawan ain siap cakap lagi "aku tengok dah macam semut dah orang masa hari first puasa haritu" . HAHAHHAA . Jadinya , pada 9 Ramadhan baru la ain berkunjung ke bazar ramadhan jalan padi ria yang berdekatan dengan Masjid Jamek Bandar Baru Uda.
EH , beli makanan di bazar dah boleh buat harga mas kahwin.
Mesti tertanya - tanya kan apa yang ain beli ?
Ain beli kebab , ayam percik , popiah otak -otak dan karipap sardin , nasi kukus ayam berempah , nasi ayam dan air kelapa sirap . Ayuh la kita buat perhitungan duit yang terkeluar ketika membeli di bazar ramadhan .
Kebab ayam = 3 RM 10
Ayam percik = 3 RM 10
Popiah otak - otak = 5 keping RM 3
Karipap sardin = 5 keping RM 3
Nasi Ayam = RM 7
Nasi kukus ayam berempah = RM 6
Air kelapa sirap = 3 bungkus RM 5
Jumlah RM 39 . Air kelapa tu ada pakcik belanja . Pakcik tu memang tengah beli air kelapa jadinya dia cakap belanja dekat beberapa orang yang tengah beli pada waktu itu . Fuh , sekali tengok dalam sekali ronda je dah boleh lesap RM 39 . hahahha.
Kisah tahun lepas : Dah hari ke 20 baru nak ke bazar ramadhan
Bezanya kalau beli ni senang la tak payah penat memasak , tapi tu la dia punya pengeluaran aduhai .. Kalau memasak pula memang terasa penat tapi banyak duit dapat dijimatkan juga . Korang setiap hari ke pergi bazar ramadhan tu ?