PENGALAMAN BERBUKA PUASA DAN BERSAHUR DI AMANSARI RESORT SERI ALAM | Dah jemu dengan pertanyaan berbuka puasa mana yang best , buffet ramadhan mana yang okay . Pulak tu tahun ni ain memang tak join review buffet ramadhan . Bulan puasa kali ni nak rasa santai dan rileks je . Ain hanya terima yang ain rasa boleh pergi je . Gitu la kejadian apabila dapat merasai pengalaman menginap 2 hari 1 malam di Amansari Resort Seri Alam .
Kisahnya , ini first time tidur resort pada bulan puasa dan ini first time juga dapat pekej sekali bersahur . Amansari Resort Seri Alam menjemput ain untuk program berbuka puasa bersama anak yatim . Jadinya , dah berbuka puasa dan dapat pula menginap 1 malam disini . Bagus juga sebabnya kan dari rumah ain nak ke sini boleh la kata jauh juga. Nak berulang alik dan mengadap jem pada bulan ramadhan alahai malasnya rasa.
Tapi , bila dapat merasa staycation disini okay boleh la relaks relaks ambil mood selain berbuka dan bersahur di rumah . Berbuka puasa disini best sebabnya kawasan dewan nya sangat luas dan tak terlampau bersesak apabila tetamu mengambil makanan. Makanan disini banyak pilihan dah nama pun buffet ramadhan kan . Memang berbaloi untuk sesiapa yang nak cuba . Antara pilihan makanan yang ada disediakan ialah bubur , laksa , western pasta , pelbagai jenis air panas dan sejuk , kuih muih , buah -buahan , nasi dan pelbagai lauk , pelbagai gulai , roti john , murtabak , kambing golek , pelbagai ikan bakar , sup gear box. Ada lagi ke yang belum disenaraikan ? HAHAHA . Terlalu banyak yer !
Alhamdulilah , dah kenyang ketika berbuka ain pun balik la ke bilik dan solat terawih . Jam 4:30 pagi masa untuk turun sahur . Muka memang terkulat-kulat rasa nak turun bersahur pada ketika itu . Kalau dirumah bersahur pakai baju tidur je kan , tapi disini kena la pakai tudung . Ada kawan ain tanya , apa je makanan yang dihidangkan sewaktu bersahur ? Jawapannya sama je macam makanan sarapan pagi di hotel . Bezanya kita makan awal la .
Selepas bersahur naik semula ke bilik dan menunggu waktu subuh . Selepas waktu subuh apa lagi , membongkang ler tidur . HAHAHA . Tapi , ain check out jam 10:30 pagi kerana ada program memasak bubur lambuk di kejiranan ain .
Mood blog dah agak kelaut yer sewaktu ramadhan ni ~ hmmm.