Untung Ke Untung Bisnes Aku Nie?

Untung Ke Untung Bisnes Aku Nie



"9/10 rezeki itu datangnya dari berniaga"


Sesungguhnya rezeki dari tuhan itu sangat luas dan banyak kepada hambanya. Tapi bagaimana kita menilai dan menghargai rezeki itu?
Berkaitan dengan bisnes kita sendiri , macam mana selalunya kita kira rezeki kita?

Rezeki = Untung

Walaupun kita berniaga kecil-kecilan , kita bos kita lah pekerja , tetapi dari segi mengira keuntungan itu sangat penting. Kebiasaannya , mereka yang berbisnes hanya lakukan pengiraan sebegini ;

Modal - Jualan = Untung .
Contoh : jual tudung . 
Beli dari supplier RM 10 , Jual RM 15 . Untung RM 5.

Sebenarnya ini lah situasi dimana anda telah sabotaj bisnes dan diri anda sendiri.
Kenapa ?

Untuk mengira berapa sebenarnya untung bisnes anda , 

Jualan - Kos = Untung

kenapa ini yang betul?

Modal yang anda gunakan sebenarnya ialah kos pembelian barang yang anda hendak jual . Anda tidak masukkan kos kos lain.

contoh :
internet , bisnes online mesti perlukan ini.
topup / bil, sms & call customers
minyak petrol , urusan postage
alat alat tulis, nak isi form , nak proses membungkus , sampul surat
marketing! (promosi , advertisement)

ya! semua ini anda harus kira.
woi , macam gini makin banyak rugi je.

okay , setiap masalah ada penyelesaiannya kan.

fikir dan target berapa setiap bulan JUALAN yang kita mahukan.
contoh , RM 5000

Jualan = RM 5000
1Bulan= 22 hari
(berapa hari bekerja) online bisnes , hari pos = hari bekerja.

Jualan /  Hari ( jualan bahagi dengan hari kita berniaga)
 1 Hari = RM 228

Target jualan kita sehari mesti dapat RM228 untuk kita achieve jualan RM 5000 sebulan.

1 hari berapa banyak kita kena jual?

Contoh :
Jual tudung. Ada dua harga yang selalu mendapat tempahan
Harga nya RM 10 dan RM 50

RM 50 X 3 = RM 150
RM 10 X 8 = RM 80
    Jumlah =  RM 230 ~ RM 228 

Pengiraan sehari berapa kita nak jual ini bergantung kepada target produk setiap bisnes.

Ini bermakna , bisnes tudung ini perlu jual 3 helai tudung berharga RM 50 , dan 8 helai tudung berharga RM 10 untuk dapat kan RM 230 sehari supaya target RM 5000 tercapai.


Berbalik kepada kos kos yang terlibat sepanjang bisnes dijalankan ,
Pengiraan sebulan :

Topup / Bil ; RM 100
Transportation (Minyak Petrol ke pejabat pos) : RM 200
Stationery( Alat tulis , sampul pembungkus) : RM 100
Marketing : RM200
Jumlah = RM 600

     Jualan - RM 5000
(-) Kos yang terlibat - RM 600
     UNTUNG = RM 4,400


Ini sebenarnya cara pengiraan berapa sebenar UNTUNG bisnes anda.
Sebab itu penting kita perlu tahu berapa target jualan kita untuk memudahkan kita tau berapa untung sebenar kita. 

Apatah lagi yang sudah ada kedai dengan sewa , bil elektrik , gaji pekerja.
Kesimpulannya , berniaga ni sebenarnya mudah , bila kita tahu bagaimana nak dimulakan.
Perniagaan yang terbaik ialah bermula dengan zero cost , elakkan berhutang atau meminjam dan ianya bermula dari rumah kerana secara tidak langsung dapat mengurangkan kos kos supaya mendapat untung yang banyak.

Yang penting , peniaga haruslah punya akaun yang baik ianya tidak rumit kalau dipelajari perkara yang basic kerana dari situ kita nampak flow duit itu .

Pada mereka yang sedang berniaga , sila urus akaun anda secara bijak!
Pada mereka yang berkeinginan mahu berbisnes , ain ada nak share "bisnes geli geli dari rumah"

Nantikan di entri lain ok ! 

Pemenang Follow Click Like Sempot Giveaway


Alhamdulilah , giveaway yang simple dan sekejap berjaya di jalankan . Terima Kasih kepada semua yang sudi menyertai . Insyallah , di masa akan datang , ain akan buat lagi giveaway .

Pemenang giveaway kali ini ialah :




T-shirt pink smiley :
Nama : Firzanah bt Azhar
Link blog : http://firzanahazhar1.blogspot.com/

Shawl:
 Nama : Anne Nurain
Link blog : http://anne-nurain.blogspot.com


Sila hantarkan details di klik disini~

nyatakan Nama , Alamat , No Telefon untuk urusan pos hadiah.
tuntut sehingga 30april .

Follow Click Like Sempoi Giveaway

TARIKH : 03april-18april

Hadiah :

1 Smiley T-Shirt (pink)

1 Shawl



Tak perlu buat entri , hanya perlu submit KOMEN 
Nama & Link Blog

Ini giveaway yang pertama ain , jadi ain nak buat yang sempoi tak nak letak syarat over over . fully sponsor dari diri sendiri. Hahaha.

Follow  :

Click :
 (tunggu sampai habis loading yerk)
1 2 3 4 5

Like: