SDS #LONGLOAFCHALLENGE 2018

Pada 1 julai , ain bersama JDT Blogger dan beberapa rakan media lain telah mendapat jemputan bagi pertandingan makan di Paradigm Mall , JB . Pertandingan makan ini telah dianjurkan oleh pihak SDS . Untuk kali ini ialah final yang mana juara-juara bertanding. Sebelum ini pun Ain berpeluang untuk datang tengok macam mana reaksi pelbagai peserta. Ada yang sampai muntah dan ada yang sampai muak terus tak boleh makan dah. Ain sendiri kagum la dengan mereka yang selalu join peraduan makan ni.HANYA 4 MINIT ,WANITA INI KALAHKAN LELAKI DALAM PERTANDINGAN MAKANAN


So, dalam 10 minit , siapakah yang boleh menghabiskan 48 inci long loaf ini ? Ain memang dok nampak si Rainbow Kumi tu yang menang. Sebab ain dah pernah tengok sendiri macam mana cara dia makan. Serraammm...laju kemain woi.






Haa, kan dah kata dia yang menang. Dia break the record dalam 10 minit boleh bedal lebih dari 48 inci tuu. Rainbow Kumi telah menghabiskan sebanyak 56 inci. Kau mampu? Hahaha. Mampu tengok jela kanszzz.


Keputusan #Longloafchallenge :

Rainbow Kumi 56 inci
Mohd Afiq Faiz Nordin 24 inci
Ng Poh Lok 23 inci
Ahmad Naqiib B Mohd Zaid 20 inci
Loh Hon Sang 19inci
Padam B K 12 inci


Tempat kedua pulak jiran selang berapa buah rumah, iaitu Mohd Afiq Faiz Nordin. Tak sangka orang Bandar Baru Uda power! Hahaha.

JDT Blogger bersama Rainbow Kumi


JDT Blogger dengan Alice
Dekat bawah ini ada full video macam mana Rainbow makan...


SDS BAKERY & CAFE TEMPAT MAKAN SANTAI HANYA DI NEGERI JOHOR

Hai, blog post Ain kali ini nak cerita dekat korang tentang bestnya tempat makan yang bernama SDS Bakery & Cafe. Oh, by the way ini bukan paid review. This is my honest review. Gitewww.. Alhamdulilah, dah masuk kali ketiga bekerjasama dengan SDS ini. Sangat berpuas hati. A credit must be give to Alice!Thanks yaw!

Ain dengan Alice .

Untuk pengetahuan korang, SDS ini hanya terdapat di negeri Johor sahaja. Antara cawangan yang ada di sekitar negeri Johor ialah di Johor Jaya , AEON Tebrau City (Fanpekka Cafe) , JB City Square, AEON Kulaijaya, Taman Perling, Taman Universiti , Kota Tinggi , AEON Bandar Dato' Onn , Paradigm Mall JB , AEON Bukit Indah, KSL City.

Ain reactions towards food : OMG!







Jadi, kepada Johorean semua mesti pergi rasa dan yang berada di luar negeri Johor, kalau datang ke sini wajib singgah mana-mana cawangan yang berdekatan. Cafe nya sangat santai dan menu-menu yang disediakan boleh diterima ramai. Aku pernah buat review sebelum ini . Boleh baca ini : JOM MAKAN BESAR DI SDS CAFE .



meja geng-geng bujang 

Meja geng-geng dah kahwin

 JDT Blogger

Untuk pengetahuan korang, SDS ini juga ada kek dan roti tau. So , kepada korang yang suka makan dessert ataupun nak beli kek untuk hadiah hari jadi ,singgah je terus ke mana-mana cawangan yang berdekatan dengan korang.

Dekat bawah ini ialah menu terbaru lunch dari SDS ,





Untuk Maklumat Lanjut Go Check it out :
Official website www.sdsgroups.com
Official Facebook SDS Groups
Instagram : @sdsgroup