KELAB SARAPAN PAGI SIHAT DI JOHOR BAHRU
Kak Sunah , Ain , Sis Lin bersama dengan pemilik kelab |
Pagi tu Sis Lin ajak aku dengan Kak Sunah breakfast. Dah namanya breakfast kan, haruslah bangun pagi. Kalau pukul 12 tu lunch namanya yer! Hahaha. Sis cakap “jumpa dekat Medan Niaga Kampung Melayu Majidee”
Bila dah masuk ke kelab ni, satu perkataan aku mampu cakap “Wow”. Tak sangka rupanya ada kelab sarapan pagi sihat. Biasanya sarapan pagi kita memang sihat-sihat belaka! Hahaha. Tak nak petik kang mengamuk geng nasi lemak, geng roti canai. Itu belum lagi geng lontong basah dan lontong kering orang-orang Johor tu. Aku letew geng lontong! Hahaha. #kitasedardiri
Datang singgah kelab untuk minum pagi
Seawal jam 8 pagi dah ada yang datang singgah ke sini hanya untuk “minum pagi katanya”. Datang minum macam pekena kopi gitu. Ni first time aku nampak konsep sarapan pagi sihat sebegini. Itu yang aku kena juga kasi tau sama orang-orang Johor Bahru terutama sekali orang-orang Kampung Melayu Majidee.
Konsep kelab ini sangat santai, ceria dan selesa untuk pelanggan |
Pemilik kelab sedang meyiapkan pesanan minuman dari pelanggan |
Untung korang tau ada kelab sarapan pagi sihat ni. Korang hanya datang minum dan insyallah perut dah rasa kenyang. Rasa kenyang ni boleh membawak sampai ke tengah hari. Bukan itu sahaja, kalau berniat nak turunkan berat badan wajib datang “minum” dekat sini. Syaratnya, datang minum la! Jangan kau orang mintak nasi lemak pulak! Ada kena baling senduk nanti. Hahaha.
Jadi apa menu sarapan sihat yang disediakan oleh pemilik kelab ni? 1 gelas air mix tea dan 1 gelas besar air ala-ala shake blended gitu. Yang bestnya ada pelbagai flavor yang boleh dipilih. Kitorang memilih perisa strawberry, tropical fruit dan cookies n cream. Kalau yang mungkin terkejar-kejar untuk pergi ke tempat kerja, korang boleh juga datang singgah sini dan pemilik kelab akan tapaukan untuk korang. Jadinya di tempat kerja nanti boleh la minum sambil siapkan kerja tu.
"Peminum" tegar tidak rasa jemu dan muak
Oh ya, air shake ni akan diblend sekali dengan buah. Kata owner nya setiap hari akan diblend dengan buah-buahan yang berbeza. So, “peminum” tegar yang selalu datang minum disini tak ada la rasa jemu dan muak. Antara ketiga-tiga perisa yang kitorang rasa, pandangan aku cookies n cream sangat sedap. Perisa strawberry dan tropical fruit tu tak rasa sangat buahnya.
Inilah tiga perisa yang kami cuba. Nyum nyum.. |
Minum sekali dengan segelas tea ini tau |
Pada aku kalau korang nak datang “minum” sini, pilih perisa yang tekak boleh terima. Kalau penggemar ice blended smooties yang selalu order perisa cekelat tu, datang sini minum je perisa coklat or cookies n cream. Bukan itu sahaja, minuman yang disediakan ni boleh buat korang kenyang. Biasanya, mereka yang datang ke sini akan bersarapan disini dahulu sebelum pergi ke kerja. Haa, bukan kah ini tergolong di dalam gaya hidup yang sihat. Tunggu apa lagi, kata nak hidup sihat. Inilah tempat yang paling sesuai untuk anda memulakan hari anda.
ð10, Arked Mara, Jalan Sekolah,
Kampung Melayu Majidee,
Johor Bahru
016-7453991 atau 016-7817779 (Kak Abby)
8.30am hingga 12pm
Di Kampung Melayu bukan hanya ada ABC Kampung Melayu, tapi ada juga kelab sarapan pagi yang sihat..Jangan segan nak kasi tahu orang kampung korang yer..