"AKU BACA JER BLOG KAU...AIN"

akuainkausiapa

"AKU BACA JER BLOG KAU...AIN"

Rasa terharu giler bila ada orang sekeliling aku cakap macam gini dekat aku. Kebanyakkan yang bagitahu dekat aku ni bukan blogger okay! Kalau blogger yelah aku tak tekezut sangat, sebab diorang memang akan blogwalking ke blog blog. Ini orang biasa biasa. Aku bukan nak sembang pasal statistik ataupun page views aku. Pada aku , blog aku ni bukan lah tandingannya. 

In fact , aku sendiri memang mengaku awal awal blog aku ni lebih kepada penulisan yang catchy dan santai. Senang cerita , macam personal diary lepastu korang terjumpa dan korang pun mesti nak tahu ...amende lah pompuan ni tulis. Sejujurnya , dari aku sekolah lagi aku memang dah ada diari, tulis lah pasal sekolah , pasal budak lelaki yang aku suka (wow) dan pasal friendship! 

Teringat dulu-dulu kalau gaduh dengan kawan kawan siap balas surat menyurat beb. Nak gaduh gaduh je lah kan , ni siap suruh member passing surat. Hahaha. Mostly dulu diari aku memang banyak tulis pasal friendship lah sebab tuh je point banyak bergaduh dan drama telenovela. Hahaha.

TAPI , ada satu ketika tu aku dah buang semuanya. Banyak lah cerita zaman belajar aku dah letgo. Pada aku , let the memories fade away. Aku perasan yang aku ni jenis susah nak lupa kan tentang kenangan dan disebabkan itu aku susah nak move on. Sekarang , semuanya aku tulis dekat blog. Cuma bezanya , aku lebih mampu mengawal emosi aku sebab aku dah letakkan mindset aku blog aku ni semua orang boleh akses masuk , aku perlu jaga sensitiviti itu. 

You know there a point sometimes kita rasa macam "i wanna all out everything" Lepastu cakap lah merepek meraban tapi dengan blog akuainkausiapa ni lah boleh  mengawalnya. Aku rasa bagus jugak ade blog ni. Its how you handle it, dan bergantung pada niat! Bab niat ni lah selalu aku cakap pada diri aku. Aku buat ni niat untuk apa. Kalau nak kejar glamor , alahai! Takpelah kot. Hahaha.

By the way , terima kasih kepada mereka mereka yang sudi membaca blog aku. I is terharu! Please and please kritik lah aku! Tegur lah aku! Sebab aku bukan sahaja perlukan sokongan dan kata positif tapi aku perlukan jugak kritikan netizen...gittewww! Hahaha.

SALAHKAN DIRI SENDIRI !!!

akuainkausiapa
gambar takde kaitan , kalau masih gemok ....salahkan diri sendiri!!!!!

SALAHKAN DIRI SENDIRI !!!

Baru baru ni aku menonton kisah inspirasi Fizo Omar. Aku takdelah minat dia sangat. Masa mula mula video dia bercerita tuh pun...pada aku..okay okay okay what next.... Sampailah dekat hujung hujung video tu , satu words dia sangat mendalam. "Audit diri sendiri".

Wow , aku terus rasa, that is the main point untuk patut share dengan uolls. Kita selalu sibuk kesah pasal orang lain , sibuk suruh orang lain buat itu ini dan the worst part is keep blame other people . Tapi , kita lupa untuk audit diri kita terlebih dahulu. 

Aku macam tanya lah diri aku balik , wow , betul jugak ehk.. Terus tertangkap pada satu ayat ni , 'for things to change , i must change first ". Kau nak kan perubahan , kau dulu yang kena ubah diri kau. Contohnya , kita selalu cakap ada orang mengata pasal kita , tapi kita tak sedar sebenarnya itu lah perangai kita juga yang suka mengata orang. 

Orang selalu cakap aku sombong , iyerr aku mengaku aku memang penyombong pada permulaan lah Bila dah kenal , i am such a great people to talk too.(mampus puji diri sendiri). Tapi , takkan selamanya aku nak biar orang cakap aku macam gitu? Which aku sendiri tak suka. Aku lah yang kena ubahnya , dengan cara yang macam mana? Aku start belajar senyum . Eeee , benda ni paling susah weh! HAHAHA.

Everytime aku jumpa orang , start senyum. Walaupun kadang kadang terlepas banyak kali muka sombong aku tuh. Hahahhaa. So , dengar lah bebelan aku yang sebenarnya aku just cakap cakap.. I cakap je , U dengar okay? HAHAHHAA..Tekan je dekat video igtv i tuh okay! Jangan lupa follow instagram saya @sheisfarahain Chow!

HIKING DI BUKIT GASING

bukit gasing
Kau tengok drama giler seketul Farahain!

HIKING DI BUKIT GASING

Aku ni bukanlah sejenis perempuan yang gila hiking. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Main redah je! Cerita nya aku pergi ke Shah Alam dan KL teman kak Sunah . Lepastu malam sebelum nak balik tuh , suami kak Sunah ajak hiking. Aku pun macam..."Haaa, serius ke?". Malam tu , Kak Sunah lah yang tolong fikirkan nak pakai baju and seluar apa untuk aku sebab aku memang bawak baju cukup cukup je. Hahahah. Godek punya godek , haaa settle. Baju aku pakai baju adik kak sunah (hahahhaha) seluar kak sunah punya .... Tudung tu pulak Sis Lin yang kasi. HAHAHAHHAA. Kasut pun pinjam kak sunah. Spender dengan bra je sendirian berhad. Hahahaa.

Malam tu kami tidur awal. Allah tuh saje nak suruh aku tidur awal jugak , dekat situ line tenet tepon aku sumpah tenat giler. Terpaksa ngecek data kak sunah. Dah kalau kak Sunah dah tidur , takkan lah aku pun tak tidur sama. Hahaha. Keesokkannya , selepas subuh kami pun siap siap. Dari Shah Alam ke KL.

Pendek cerita , sampailah kami ke tempat yang ingin dituju. Wow nampak lah ada beberapa orang yang turut sama nak hiking dan ada jugak yang dah nak balik. Permulaan aku mendaki , hmmmmm okay lagi.. Sampailah dekat jambatan gantung tuh , aku dah ..."YA ALLAH!". Aku ni jenis gayat sket sebenarnya. Aku rasa penyakit gayat ni sebab aku gemok! Aku risau kalau aku terbenam nanti siapa nak tarik aku ,dahla berat. Hahaha. (Sebegitu sekali imaginasi Farahain yer). HAHAHAHA.

Sepanjang berjalan di jambatan tu , aku punya lah berhati hati .... Mulut ni asyik menyebut "YA ALLAH!". Sampai je ke penghujung , aku toleh belakang ...mak oi punya ramai belakang aku....Dasar kenderaan berat! HAHAHHAHAA.. Yang paling kelakar , sebelum nak naik jambatan tuh , aku siap tanya soklan kelakar "kita kena lalu sini ehk". Ada rasa nak tampo tak kalau dapat soalan macam gini , dah kalau tuh je laluan dia. Hahahhaa.
bukit gasing

bukit gasing

Lepastu gedebak gedebuk mendaki , dekat hujung hujung nak sampai atas kot , sumpah pancit nak mampus! Masa tuh memang pancit sangat dan kaki dah mula rasa sakit. Sebijik macam lori berat yang lalu dekat highway nak naik bukit. HAA , macam siput babi lembab dia kan. Haa , macam tuh lah aku rasa. Hahahaha. But then , we manage to finish it! Yeay! Rasa bangga dengan pencapaian diri sendiri. Nak cakap jugak , eh nak tulis jugak...terima kasih sebab sudi melayan kerenah seketul Farahain. Hahahhaa..

By the way , ni satu pengalaman yang best! Aku suka aktiviti lasak macam gini. Semoga lepas ni , akan lebih banyak aktiviti lasak yang Farahain cuba yer! Hahaha.