18 September 2021 : Ain Makan Ape tu ?

Assalamualaikum.. hari ni pagi tu ain panaskan lauk jiran bagi semalam . Jiran bagi pun dah malam. Ain kan dah jarang makan waktu malam. Dapur memang close waktu malam . Hehehe . Jiran bagi lontong dengan rendang paru . Alhamdulilah , boleh la buat alas perut juadah sarapan hari ini.

Tengah hari rasa kenyang , so ain pun tak makan tapi pergi kedai dua ringgit ternampak pula keropok sira ni . Keropok ni makanan kegemaran ain waktu zaman belajar dulu , ambil la makan sepeket . 

Dinner pula ain masak ayam masak red . Sebab resepi ayam red ain terpaling simple kan , so ain masak je la . Settle makan apa untuk hari ini . 

Simple simple je ! Janji perut berisi tak berlapar . Hehehe .


Dah Sampai Langkawi Ke Tu ?


Assalamualaikum .. kita ni masih lagi dalam tempoh edah 🤣🤭 . Second dose pun 8 September hari tu .. Kalau yang belum baca kisah vaksin ain , boleh baca disini ⤵️


Tetiba teringat pula nak tukar background Google Meet kepada view pantai .. Maklumlah , sekarang ni kan ramai yang tengah sibuk sibuk nak ke Pulau Langkawi kan . Kalau tanya ain , tak ada sangat keinginan tu . Nak sangat ke Sabah ❤️ Tapi tula bila fikir balik duit banyak juga yer nak kena spent , nak swab lagi dan kuarantin .. procedure nya agak cerewet .. Tak apa , duduk je la di rumah sementara ni . 

Ain teringat pula kisah Langkawi yang ain post di Twitter dan Instagram tempoh hari . Meh ain letak di bawah . (Agak sedih . Kisah benar ! )  


Pesan ain , kepada yang pergi ke Pulau Langkawi tu .. jaga SOP okay ! Semoga kita semua sentiasa dilindungi .. ❤️

Guna Kotak Kasut Buat Alas Keyboard Untuk Menaip


Assalamualaikum .. kalau semua nak tahu ain kalau update blog selalu nya menaip guna telefon je 😅 Mood banyak kearah menaip di telefon berbanding di komputer . Komputer yang ain guna ni pula zaman tokadok 🤣🤭 Zaman lama punya .

Setakat kerja menaip tu lepas la , tapi kalau nak buat edit video atau design memang tak boleh . Meja dan kerusi yang ain letak untuk set komputer ni pula tak sesuai untuk buat kerja kerja menulis dengan lebih lama . Sebabnya meja tu rendah . 

Jadinya kalau lama lama boleh sakit belakang nanti . Ain ternampak pula kotak kasut ain , haa boleh la meninggikan kedudukan keyboard tu . Okay , dah jadi sedap nak menaip . 

Insyallah , doakan ain yer ! Sekarang ni ain banyak mencari job job sebagai writer dan ghost writer . Masih awal lagi ni nak mencari .. 

Manalah tahu kalau korang ada tahu peluang terbuka sebagai writer boleh bagitahu ain yer .

Ain tinggalkan sekali email disini ⤵️
ain8291@gmail com