CARA SOLAT TERAWIH DI RUMAH PALING RINGKAS

CARA SOLAT TERAWIH DI RUMAH PALING RINGKAS | Kepada umat Islam yang tidak berkesempatan melakukan ibadah solat terawih secara berjemaah di masjid atau di surau , solat terawih boleh juga dilakukan di rumah . Solat Sunat Tarawih (juga dieja sebagai Terawih) ialah satu jenis solat sunat yang dikerjakan semasa bulan Ramadan.


Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirehat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan Tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirehat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.

CARA SOLAT TERAWIH DI RUMAH PALING RINGKAS


Khas untuk kaum wanita yang ada kekangan untuk ke masjid. Mudahnya nak beribadah. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid. 


● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.


● Mungkin kita ibu bekerja yang sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.


●Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.


sumber : Wikipedia 


Dibawah ini akan menerangkan tentang panduan serta cara mudah dan paling ringkas untuk melakukan solat terawih di rumah . Panduan dalam bentuk infografik .

 Sumber : Cik Atenn  Azlan 

lafaz niat solat terawih di rumah



cara solat terawih di rumah paling ringkas



CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH


SOLAT SUNAT TERAWIH


  • Niat (Rujuk gambar)
  • Lakukan solat 2 rakaat 1 salam, dan diakhiri dengan solat sunat witir.
  • Baca Surah Al- Fatihah dan ayat pilihan
  • Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.


bacaan surah solat terawih

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.


Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.


Cara Solat Sunat Witir

  • Niat (Rujuk gambar)
  • Lakukan 3 rakaat 2 salam,
  • Iaitu 2 rakaat 1 salam dan 1 rakaat 1 salam.


cara solat sunat witir


 Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.

Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..


Sangat lah mudah.. tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada umat Islam. Insyallah .


Baca artikel lain berkaitan dengan bulan Ramadhan :

8 JENIS KURMA POPULAR DI MALAYSIA

8 JENIS KURMA POPULAR DI MALAYSIA | Selalu kita mendengar iklan kurma dari Yusoof Taiyob yang menyebut tentang keenakan kurma. Apabila tiba bulan Ramadhan pasti kurma akan menjadi menu hidangan sewaktu berbuka. Kadangkala sampai berkotak-kotak yang diterima oleh ain sampaikan siap kasi dekat jiran sebelah menyebelah lagi . Punya la popular nya kurma ini ketika menjelangnya musim puasa. 


Keenakan buah kurma dari timur tengah..Yusuf Taiyoob..Kelazatan buah kurma yang tiada bandingannya..Yusuf Taiyoob..Buah kurma Safia, Wasem, Safina dan banyak lagi..Pastinya menjadi pilihan anda setiap masa..Pilihan eksklusif..Yusuf Taiyoob~


jenis kurma popular di malaysia



Itu lah bait bait iklan yang sangat popular di Malaysia yang juga menyebut tentang jenis jenis kurma . Namun demikian , jom kita buat ulang kaji sedikit jenis jenis kurma yang popular di Malaysia. 


8 Jenis Kurma Popular Yang Mungkin Anda Pernah Makan Sebelum Ini :


1. Kurma Ajwa

Kurma ajwa adalah jenis kurma kesukaan Nabi berasal dari Madinah dan juga yang paling digemari oleh umat Islam di dunia. Ciri-ciri kurma ajwa yang asli adalah warnanya yang hitam pekat dan terdapat beberapa garis kecil. Kurma Ajwa tidak terlalu manis dan bertekstur lembut.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda terkait kurma ajwa ini:

“Barangsiapa mengambil tujuh butir kurma Ajwa pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun maupun sihir” HR. Bukhari


2. Kurma Medjool (Majdoul)

Kurma Medjool banyak tumbuh di iklim yang panas dan kering seperti di Timur Tengah dan Afrika,. Isi buahnya agak gemuk, lembab, dan manis. Mengandung serat dan mineral penting seperti potassium, magnesium, tembaga, dan mangan. Ciri-ciri kurma jenis ni berwarna coklat gelap. Rasanya sederhana manis dan berlemak. Isi buahnya gemuk dan bertekstur lembut. Sangat sesuai dibuat susu kurma.



jenis kurma yang popular di malaysia


3. Kurma Safawi

Kurma Safawi ada terdapat di Madinah dan Mekah. Berwarna coklat gelap, dan rasanya yang manis mirip dengan rasa kurma Ajwa, isi buahnya lembab dan bertekstur lembut. Karakteristik pohon kurma Safawi adalah produktif, itulah yang membuat kurma Safawi lebih banyak tersedia dan mudah didapat dibanding kurma lain.


4. Kurma Deglet Nour (Kurma bertangkai)

Kurma Deglet Nour berwarna kemerahan dan kekuningan, rasanya halus, tidak semanis dan selembab kurma Medjool. Deglet Nour adalah kurma yang paling banyak ditanam di Afrika Utara. Biji dalam isi buah kurma ini boleh dilihat bila kurma ini didekatkan pada cahaya. Ia juga dikenali sebagai kurma bertangkai di Malaysia.


5. Kurma Mariami

Kurma Mariami berwarna coklat kehitaman, mempunyai rasa halus dan lembut. Kurma jenis ini banyak terdapat di Iran. Kurma ini popular kerana rasa yang manis, lembut dan harganya murah.


6. Kurma Muda (Rutob)

Rutob adalah kurma segar yang baru masak. Kurma jenis ni memang susah nak jumpa di Malaysia sebab tak boleh tahan lama. Ia akan bertukar warna ke kecoklatan dan kehitaman seperti kurma kering lain.

Ada banyak jenis Rutob bergantung pada rasa, warna dan teksturnya. Semakin sedap dan berkualiti semakin mahal harganya. Rasa rutob tidak terlalu manis dan ranggup.


7. Kurma Mabroom

Struktur buah ini ramping, panjang, dan padat. Rasanya tidak terlalu manis. Kurma Mabroom kaya dengan serat, vitamin, dan mineral. Kurma Mabroom ni tergolong dalam kelas premium dan mahal harganya.


8. Kurma Sukkary

Kurma Sukkary sangat manis  dan lembab, dapat memberikan tenaga dengan cepat jika dimakan. Kurma jenis ni tumbuh di daerah Qaseem, Arab Saudi, warnanya hampir kemerahan ketika pertama kali mengering. Bila semakin kering, warnanya akan menjadi kuning keemasan.


Jadinya kan , yang berkotak - kotak dekat rumah ni kurma jenis apa ehk ? Hahaha . Jujurnya , ain ni kurang sikit nak makan buah kurma kalau dibuat air susu kurma dan jus kurma mungkin memang menambah nambah ain minum . Okay , nak cari la resepi air susu kurma kan . Boleh nanti blend je dan minum waktu berbuka nanti ~


Baca juga artikel lain yang berkaitan dengan bulan Ramadhan :

PANDUAN MEMILIH DESIGN BAJU KURUNG MENGIKUT BENTUK BADAN WANITA

PANDUAN MEMILIH DESIGN BAJU KURUNG MENGIKUT BENTUK BADAN WANITA | Nampak rambang mata dan tak tahu nak pilih bila kita selalu cuci mata di Instagram , di Shopee dan juga di butik butik. Itu la wanita ! Bingung dan pening untuk membuat keputusan design baju raya mana yang sesuai dipakai untuk hari raya . 


Pada hari raya , semestinya wanita mahu tampil paling cantik , vogue dan bergaya . Bonus tambahan ! Mesti nampak kurus . Haa , nak nampak kurus kena tahu tricks dan tips nya . Jom ketahui 6 cara mudah untuk memilih design baju kurung yang sesuai mengikut bentuk badan masing - masing . 


6 cara mudah untuk memilih design baju kurung


Terdapat 6 cara mudah untuk memilih baju kurung yang sesuai mengikut tubuh badan wanita . 6 panduan ini digambarkan dalam bentuk info grafik . Jadinya , ukur baju di badan sendiri yer . Jangan sibuk ukur badan orang lain pula . Sendiri yang nak pakai , sendiri yang kena pandai pilih mana yang bersesuaian dengan bentuk tubuh . Hehehe . 


Berikut 6 gambar panduan mudah bagi memilih design baju kurung :


  • Corak sama untuk baju dan kain 
Pattern baju ini sangat sesuai bagi mereka yang bersize rendah dan kecil (petite) . Pilih corak baju yang sama dengan kain supaya menampakkan si pemakai lebih tinggi


baju kurung corak baju sama dengan kain



  • Baju Cutting Duyung 
Pattern baju sebegini akan memberi keseimbangan pada bahagian bawah.




baju kurung duyung


  • Baju kurung pahang
Baju kurung pahang akan kembang di bahagian bawah . Badan yang kurus dan tinggi akan nampak lebih menarik. Jika anda gemuk dan pendek , tidak digalakkan untuk memilih dan memakai baju kurung pahang kerana akan nampak lebih mengembang. 



baju kurung pahang

  • Baju pesak gantung
Haa , untuk nak cover perut buncit dan tampak lebih langsing , sangat digalakkan untuk memilih pattern pesak gantung. Perbezaan pesak gantung dan kurung pahang ialah kurung pahang mengembang di bawah tetapi pesak gantung hanya kembang sedikit sahaja. 



baju pesak gantung


  • Dart baju di belakang
Pattern baju ini sangat sesuai bagi wanita yang mempunyai dada besar tetapi punggung leper,  Jangan silap pilih pattern pula yer . 



dart baju di belakang


  • Dart baju di depan
Pattern baju ini sangat sesuai bagi tubuh wanita yang berpunggung besar tetapi dada kecil dan perut leper .




dart baju di depan


Kesimpulannya , jangan silap memilih pattern dan design baju kurung terutama sekali untuk dipakai pada hari raya . Apa yang penting , sentiasala ukur baju di badan sendiri . Teknik bagi memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk badan kita mampu membuat wanita itu tampil lebih confident bila berhadapan dengan orang . 


Korang , antara 6 panduan design baju kurung ni , mana yang mengikut tubuh badan korang ? Cuba komen sikit ..