Ain Makan Ape 8 Ogos 2021

Hari ini makan ape ?  Lately ni start breakfast memang terpaling lambat . Entah lah macam takde mood nak breakfast . Hahaha . memanjang brunch kadang kadang lajak pukul 12 lebih tengah hari baru makan . Harapnya simptom ni dapat lah di ubah . 

✅ Roti sapu dengan peanut butter 3 keping
✅Sosej ratah gitu 2 
✅Nasi beriani kambing sikit dan ayam kari sikit (lauk orang bagi , kari tu panaskan semalam punya)
✅Steamboat makan dengan nasi puti sikit , nasi beriani sikit . (tak ambil pula gambar pinggan ) gambar tu makan kongsi kongsi bukan aku telan sensorang yer 🤣

Ain Makan Ape 7 Ogos 2021

Assalamualaikum .. Ni makanan yang ain makan pada hari ini 

✅ Jemput jemput ikan bilis mata biru cicah sos (kongsi dua orang bukan makan sorang yer) beserta Teh o lemon segelas
✅ Nasi goreng simple (kongsi dua orang)
✅Nasi Putih lauk ayam kari

Alhamdulilah 😋

Ain Makan Ape 6 Ogos 2021

Assalamualaikum . Hari ni masak mee goreng kemain pekat melikat warnanya . Alhamdulilah . Konsep jaga portion ialah tak boleh tambah yer . Cukup makan sepinggan .Nanti ulang lagi lepas tu .

✅Sarapan pagi Mee goreng
✅Makan Biskut ikea strawberry (4keping) , mee goreng sepinggan , air teh o lemon
✅Nasi putih sup ayam 

Gitulah menu makanan ain . Simple je tapi tak berlebihan . Janji ada makanan yang nak diisi dalam perut. Alhamdulilah 😋

Ain Makan Ape 5 Ogos 2021

Assalamualaikum.. Hari ni ain masak nasi lemak . Nasi lemak pula masak lebih lebih untuk diberikan kepada kedua dua belah jiran . Memang dah niatkan di dalam hati nak masak dan beri pada jiran sebelah kanan dan sebelah kiri .

So , pagi ain makan roti dua keping dengan sosej dua letak sos cili . Lepastu add on pula nabati cheese wafer 4 keping.

Untuk lunch dan dinner ain makan nasi lemak yang dilengkapi dengan timun , telur dadar , sambal ikan bilis mata biru serta ayam goreng . Gambar yang atas ni waktu lunch manakala yang bawah sekali ialah gambar semasa makan malam .

Alhamdulilah , kenyang ! Puas hati rasa dapat masakkan juga untuk beri pada jiran . Beri masakan yang kita mampu masak je gitu . 😋

Ain Makan Ape 4 Ogos 2021

Assalamualaikum .. Hari ni start makan pukul 12:33 tengah hari . Lamberrtt gila yer ! Kihkihkih . Penyakit malas nak bersarapan pagi boleh tahan dasyat yer wahai Ain ! 

so makan apa today ? 
✅Roti sosej sos satu
✅Nasi Goreng makan kongsi dan sosej 1
✅ Wafer nabati cheese kongsi2 
✅Nasi ayam penyet masakan sendiri . (gambar atas sekali tu lunch dan bawah sekali tu dinner ) 

*Tak nak konfius nanti. Hehehe . Alhamdulilah , nasi ayam penyet tu ulam raja petik petik je depan rumah . 

Ain Makan Ape 3 Ogos 2021

Assalamualaikum . Hari ni makan 3 kali je . Start makan biskut coklat dari Ikea ni 4 keping. Lepastu masak mee kicap sabah makan sepinggan dan dinner pula makan nasi putih dan ayam masak kicap . Simple je dan yang penting isi perut serta kenyang . 

Nak turun kan berat badan bukan tak makan langsung yer cuma kawal apa yang kita makan.