"AKU PERNAH KENA TEGUR DENGAN CIKGU ADDMATH SEBAB.."

museum kata andrea hirata laskar pelangi

"AKU PERNAH KENA TEGUR DENGAN CIKGU ADDMATH SEBAB.."


Kisahnya tetiba aku teringat kenangan ni bila aku view Instagram kawan blogger iaitu faraamusa dia bercerita tentang nota yang dibuat dan dia sejenis perangai yang kedekut kertas. Lalu , aku terus teringat tentang kenangan ni. Aku pernah kena tegur dengan cikgu addmath sebab perangai kedekut kertas aku ni la. Hahaha.

Aku teringat pada waktu tu , cikgu tulis dekat buku aku "i want to see you!". Mampus aku dah cuak salah apa seh waktu tu. Dalam kelas cikgu cakap "buku siapa yang ada dapat nota dari saya?. Semua pandang each other , aku pun belek ler buku aku. AKU rupanya! Aku pun mengaku la. Cikgu cakap "oh awak Farahain , awak tau kenapa saya nak jumpa awak?", "kenapa awak tulis semua jalan kerja sampai penuh muka surat? dah tu nanti saya nak buat correction macam mana ? kat bahagian mana saya nak tulis?". HAHAHAHA.
Sebegitu kedekut betul seketul Farahain. Kau tahu kenapa aku kedekut kertas waktu tu? Sebab aku sayang pokok. Aku paling tak suka orang membazir kertas, makin banyak ler pokok nak ditebang hanya kerana nak hasilkan kertas lepastu kau tak gunakan sepenuhnya. Nampak seketul Farahain punya alasan macam mana. Hahaha. Aku juga sebenarnya tak berapa setuju orang mencetak flyers, katalog dan semua yang melibatkan kertas tapi dibiarkan begitu saja terikat namun tak bertali , mencuba menyimpulkan mati namun terputus jua....(Kan dah ternyanyi lagu Haqiem Rusli) Kah! Tapi ikut keadaan la kan , kalau dah memang belajar addmath dah tahu memang jawapan salah , sila bagi ruang sepenuhnya untuk pembetulan! 

DoubleTree by Hilton Johor Bahru introduces its monthly themed high tea

DoubleTree by Hilton Johor Bahru introduces its monthly themed high tea

DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru located in the heart of Johor Bahru; minutes from the Singapore Causeway and within walking distance of attractions including Johor Zoo and the famous Sultan Abu Bakar Mosque is taking the high tea experience to new heights with its monthly themed high-tea buffet.

High Tea aficionados will delight in Chef Siti Zaidah, the hotel’s Pastry Chef and Chef Ayub Sous Chef show-stopping sweet treats and savoury morsels, designed in harmony to showcase a monthly themed seasonal produce in line with #EatDrinkHilton, Hilton’s first nationwide dining promotion, which underpins our commitment to deliver exceptional experiences to our guests by serving some of the most amazing cuisine in the country using locally sourced produce.

Conveniently, located in the lobby of the hotel The Axis Lounge is the perfect place to enjoy a coffee and a takeaway snack from the Food Store, set in a very relaxed and welcoming setting the Axis Lounge is a perfect spot for a quick breakfast, a light lunch or an elegant English High Tea Set for Two with a cup of your favorite tea or coffee.

Furthermore, The Axis Lounge is ideal for a family gathering, a girl’s afternoon or simply a place to get together, the monthly themed high tea allows diners to savor sweet and savory delights. The splendid afternoon tea begins with a pot of fine Dilmah tea accompanied with freshly baked scones paired with clotted cream and jam, quiche, finger sandwiches, cakes and tarts and a variety of other delicious treats.

The themes are:
·         March   Mad About Chocolate with complimentary mock tail Virgin Chocolate Martini       
          
·         April Coffee Toffee with complimentary mock tail Earl Grey Rosemary Iced Tea
   
·         May Foret Tropicale with complimentary mock tail Mint Berries
          
·         June Mint Tango with complimentary mock tail Mango Cooler
          
·         July Spicy Sazzy with complimentary mock tail Spicy Raspberry Lemon Cooler
         
·         August Death by Chocolate with complimentary mock tail Lovely Chocolate
  
The High- Tea buffet is available every Monday to Thursday 3pm – 6pm. It is priced at RM68 nett for two persons. Look out for more monthly themed high tea promotions, which will be revealed within the next coming months.

For more information or to make reservations, kindly call +60 7 268 6868 or email JohorBahru.FB@hilton.com

"PAGI PETANG SIANG MALAM KAK AIN, KAK AIN DAN KAK AIN"

Image may contain: 2 people, hat and closeup

"PAGI PETANG SIANG MALAM KAK AIN, KAK AIN DAN KAK AIN"


Petang tadi aku menjengah ke KRT kawasan rumah aku ni kerana ada gotong-royong santai-santai untuk program hari sabtu nanti. Aku ni memang dah berjanji dengan bff cilik aku ni. Siapa dia? Anak jiran aku la. Si Asyira tu. Semalam dia bagitahu aku yang dia pulang ke sekolah jam 3 petang , "Kak Ain , tunggu tau sampai Syira balik sekolah lepastu kita pergi sama-sama". Aku ni ia kan je la.

Hamek kau, balik je dari rumah sebatu aku dengar dia berlari, "Assalamualaikum Kak Ain , cepat lah". Aku nak pakai tudung pun tak senang! Sabar je la dengan dia ni. Hahaha. Kitorang pun jalan kaki menuju ke dewan KRT lepastu dah sampai aku pun bersalam-salam le dengan makcik-makcik ni semua. Sampai dekat nenek si Syira,  "pagi petang siang malam sibuk dia tuu dengan kak ain dia". Aku dengar sampai tergelak-gelak. 

Si Syira ni pandai tau dia nak 'cari' aku. Dia tahu aku ni suka on Instagram, dia akan SPAM video call sampai aku angkat. Hahaha. Sebab tu nenek dia sampai cakap pagi petang siang malam kak ain kak ain dan kak ain je!. Dia ler yang selalu teman aku berjoging manja demi menyahut cabaran aku nak kurus ni. Hahaha. Support kak Ain sampai kurus okay! Nanti aku update aku berjoging pusing satu kawasan taman dengan dia ni ehk okay!
Image may contain: one or more people, sunglasses and closeup
yoo,,whatsupzzz
pstt: aku ni sebenarnya tak suka pun budak-budak tapi entah macam mana anak-anak jiran boleh ngam dengan aku.

Vivo is Malaysia’s Most Loved Smartphone Brand

Image result for logo vivo

Vivo is Malaysia’s Most Loved Smartphone Brand


2019 Marks its Fifth Year in the Market


Kuala Lumpur, 20 February 2019 – In a recent article published by trade industry portal Advertising & Marketing, Socialbakers, an analytics agency has ranked Vivo as the most loved smartphone brand by Malaysians with 6,514,169 interactions and 91,069 love reactions on Facebook.

According to analytics agency, the brand has been getting a lot of love because Vivo uses highly visual images for its content and are selling beautiful devices so the visual nature of social media makes it the perfect place to showcase its products and engage Malaysians.

In a statement to A+M, Charles Tidswell, Vice President JAPAC of Socialbakers said the company saw brands getting more love on social media last year than in 2017. According to him, this is a “good sign” as it meant that the brands consumers follow are posting content that are driving the deepest of Facebook’s reactions – love.

“Brands who want to get more ‘love’ from their followers need to make sure they have a clear understanding of their audience and what kind of content resonates with them. Having this information up front will enable the brand to develop content that will engage their audience and provoke interactions,” he said.

Tidswell said that posts that tend to tug on consumers’ heartstrings tend to be those that revolve around meaningful causes, pets, impressive landscapes and freebies. He recommends that marketers experiment to find out what their audience really loves while staying relevant and true to their brand.

Vivo arrived in Malaysia in 2014 and since then has grown in leaps and bounds introducing 40 smartphone models with local celebrities Dato’ Sri Siti Nurhaliza and Janna Nick as their official brand ambassadors.

_________________________

TAK PAYAH DAH BELI ODEN DEKAT LUAR, MASAK DEKAT RUMAH PUN BOLEH..KENYANG SANGAT!

oden


TAK PAYAH DAH BELI ODEN DEKAT LUAR, MASAK DEKAT RUMAH PUN BOLEH..KENYANG SANGAT!

Kadangnya craving seseorang itu dia bukannya nak minta makanan yang mahal-mahal, cukuplah ianya masak seikhlas hati dari orang tersebut. Kisahnya , aku dan Kak Sunah menginap secara tidak dirancang ke rumah Sis Lin. Hajat dihati aku sebenarnya dah lama nak makan oden. Tahu ke oden tu sejenis makanan ape? 

Oden ni sebenarnya makanan Jepun senang cakap macam steamboat je sebenarnya. Cuma kuahnya aje berbeza. Gitu ler seketul Farahain , dia bukannya nak makan makanan yang mahal-mahal pun , Oden je yang dia teringin pada waktu itu. Jadinya , Sis Lin sebagai tuan rumah menunaikan hasrat ku itu. Terima kasih Sis. So , selepas zohor kami pun pergi ke Tesco yang berdekatan untuk membeli bahan-bahan yang perlu ada. Sebenarnya tak susah mana pun buat oden ni. Tinggal rajin tak rajin je nak cucuk dengan lidi bahannya.
oden
Bahan-bahannya

oden
Gembira betul tengok dah siap masak!
Tapi, di rumah Sis kita memang dah buat style steamboat betul. Kuah nya rasa masam-masam kerana ianya kombinasi rasa tomyam dan asam pedas. Tengok je lah bahan-bahan dekat gambar yang aku tepek tu.

Fun fact about me, aku ni memang peminat steamboat yang aku panggil benda cucuk-cucuk. Aku suka betul makan. Bila dapat makan ya ampun, nikmat sungguh!. Terima kasih Sis sudi keluarkan set memasak steamboat itu demi memenuhi hajat tekak seketul Farahain. Hahaha.

Gais, rajin-rajin lah tanya dekat kawan korang “Awak Makan Ape” , pastu kasi tahu orang-orang kampung korang suruh like Facebook Awak Makan Ape dan follow instagram @awakmakanape . Jangan lupa tau!🍽

KETAWA DALAM TANGISAN

akuainkausiapa
Kau nampak orang tu manjang gelak , kau tahu disebalik gelak dia tuuu...dia selalu rasa sedih, tapi dia pilih untuk buang rasa tu pergi jauh dan pilih untuk bahagia!

KETAWA DALAM TANGISAN

Pada satu ketika beberapa hari yang lepas, ketika membayar parking dekat mesin “Total RM12” , aku yang sedia bawak duit cukup-cukup berkata dalam hati , “Mahalnya”. Tak apa lah, ikhlaskan hati bayar je. Sambil masuk kan duit ke mesin secara tiba-tiba ada seorang hamba Allah (aku tak perlu sebut, you know who you are) berkata “Ade ke duit tu secara selow je nada dia”. Aku menjawab “Ade”. 

Menjawab sambil ketawa yela aku ni kan spesis mudah terhibur. Dalam tawa itu, terselit rasa itu. Rasa sebak dan sedih. Sebak sangat sebab dah lama orang tak tanya aku “ade ke duit tu” . Lepastu yang bertanya tu pulak pangkat mak-mak. Korang boleh bayangkan mak yang bertanya kepada seorang anak macam mana kan. 

Tersentuh hati ini. Balik dari perjalanan, dihati kecil ku sebenarnya menangis. Itulah ketawa dalam tangisan hari itu. Teringat pula arwah ibu, selalu dulu bertanya “Ain ada ke duit tu” masa aku belajar jauh dulu. Hmm, sekarang itu semua tinggal kenangan. 

Tak apa, ketawa dalam tangisan sekali sekala tak apa. Tuhan tu..Dia nak bagi rasa sedih supaya kita lebih bersyukur dengan rezeki yang Dia berikan.. Kadangnya, biar sedikit rezeki itu asal ianya mendapat keberkatan daripada banyak tapi langsung tak mendapat keberkatannya. 😉

KENANGAN BERSUKAN BERSAMA DENGAN MAKCIK-MAKCIK DAN MENANG JOHAN

sukan rakyat johor bahru

KENANGAN BERSUKAN BERSAMA DENGAN MAKCIK-MAKCIK DAN MENANG JOHAN

Pada hari jumaat yang lepas aku tergerak hati nak menghadiri majlis yassin. Biasanya memang setiap hari jumaat sudah menjadi kebiasaan kawasan rukun tetangga disini memang akan ada majlis yassin. Dulu-dulu aku rajin ler join, lepastu aku menghilangkan diri atas sebab-sebab peribadi. Alhamdulilah, aku kembali ler juga 'tunjuk muka' dengan geng makcik-makcik disini. Tetiba, mata aku terpandang pada satu benda ni. Satu benda ni yang membawa kenangan terindah juga untuk KRT kawasan rumah aku ini.

Nak tahu apa? 
Piala Johan Sukan Kejiranan Wanita Parlimen Johor Bahru

Bayangkan waktu aku sebagai setiausaha nak pujuk geng makcik-makcik ni masuk bersukan. Hahaha. Bukan satu perkara yang mudah yer kawan-kawan. Yelah kita faham sesetengah makcik mungkin segan dan malu nak bersukan kan. Ada diantara mereka yang dah bercucu. Tapi, pujukan ku berjaya sehingga mereka begitu bersemangat semasa hari sukan tersebut. Masih ku ingat pada ketika itu , kami memang sepakat betul siap cari baju sedondon dan tudung sedondon. Bukan itu sahaja, kami siap naik van ala-ala rombongan cik kiah lagi ke tempat sukan tersebut diadakan. Hahaha. Nampak tak disitu kesepakatan kami.
sukan rakyat johor bahru
Beratur dulu


sukan rakyat johor bahru

sukan rakyat johor bahru

sukan rakyat johor bahru
Kami dah bersedia!
Terdapat 6 aktiviti yang perlu diselesaikan oleh setiap kumpulan. Antara nama aktiviti tersebut ialah Mutiara Sayang , Bola Gelung Rotan , Balingan Emas , Keretapi Dadu , Sehati Sejiwa dan Boling Kampung. Setiap kumpulan perlu menghantar 10 nama kalau tak silap. Aku ni kira acah-acah jelah tapi aku join acara Bola Gelung Rotan dan Boling Kampung. Alhamdulilah , acara ini aku penyumbang full mark. Hahaha.

Hmmm, kejadian pun dah berlaku lama. Nak update pepanjang pun tak ingat dah secara details. Sebagai imbas kenangan untuk diceritakan , aku belanja gambar je la ehk. (Pengakuan jujur : waktu ni berat aku dasyat sangat!) Sekarang??? Bambam tu dah kureng sedikitla tapi masih kategori obesiti. Hahaha. Sebab aku ni ketot dan pendek. Sekian kenangan bersukan dengan geng makcik-makcik. Siapa sangka boleh menang johan kan! Itu la namanya semangat pasukan walaupun tak kuat tapi bila bersatu-padu terus mencapai piala kemenangan! Gittew.
sukan rakyat johor bahru

sukan rakyat johor bahru

sukan rakyat johor bahru

sukan rakyat johor bahru
Piala Johan milik kita
 *Kepada ibu-ibu Ain ni , terima kasih kerana menjadi penyeri hidup ini dan sudi menerima seketul jiran yang suka gelak. Hahaha