Asam Pedas Guna Daun Kesum Dan Belimbing Buluh Pokok Depan Rumah

Assalamualaikum . Saja je hari ni letak tajuk panjang 10 harkat . Hahahahaha . Kisahnya hari ni berjanji sepakat bersama jiran untuk berkebun membersihkan tanaman pokok depan rumah . Kesian tengok dah macam macam jadinya semenjak kakak tini pulang ke Indonesia . 

I start my day dengan minum segelas susu beserta granola . Sedap ! Buat tak penuh gelas pun sekadar isi perut . Lepastu sempat exercise 30 minit sebelum start berkebun . Fuh penat betul rasa hari ini . Lepas dah selesai berkebun cadangnya nak harini nak masak nasi ayam eh sekali uturn last minit jadi asam pedas . Kes nya sebab kitorang gembur kan semula tanaman kebun tu dan memang banyak daun kesom . Apa lagi , masak ler . Ditambah lagi dengan belimbing buluh tengah banyak pulak berbuah . Bersyukur sangat sebab depan rumah ada kawasan bercucuk tanam .
Jadinya sambil nak tunggu siap masak snacking sekejap 2 ulas pisang. Lunch ain agak lewat juga dalam jam 2 . Ain lunch nasi putih beserta asam pedas ayam dan sayur kobis . Seperti biasa dapur hanya terbuka untuk memasak pada pagi sahaja ! Jadinya pakej memasak lauk lunch bawa sampai ke dinner .

Petang pukul 3 lebih sempat take a nap sekejap, bangun bangun nampak anak anak jiran dok berkebun lagi . Ain pun solat dan tolong mana yang boleh . Lepastu dinner ain pekena air lemon sejuk ( tak letak ais dan gula ). Sebab nya tekak nak rasa masam masam . Makan sekali dengan lauk dinner .
Penutup makanan hari ini snacking buah pisang jiran bagi . Potong potong gitu sebab senang nak makan . Kongsi dua orang . Gitu la menu hari ini . Simple simple je janji isi perut . Alhamdulilah . Penat nya rasa badan hari ini . 

Banyak makan nasi yer hari ini ..

Assalamualaikum . hari ini punya menu nasi nasi nasi .Hahaha . Alhamdulilah ,portion masih terjaga ! Walaupun makan nasi . I start my day dengan morning walk dan joging sekeliling rumah je . Lebih kurang 2 KM lebih . 
Pagi pagi makan jagung dan nasi goreng . Buat nasi goreng sebab sayang balance nasi semalam . Makan terus sekaligus 2 meal gitu . 

Sebelum makan tengah hari ,makan pisang 2 ulas . Tadi memang dah berniat nak restock buah . Dapat sambar pisang je . Okay la tu . Macam biasa , lauk lunch dan dinner sama je .
Sup Ayam sayur kentang dan sambal telur .
Sambal telur guna sambal balance semalam , just rebus telur settle . Sup ayam sayur kentang ni kira pakej lengkap protein (ayam ) , carb ( kentang ) , sayur (fiber ) gitu la . 

Lunch pun lauk yang sama. Tak kuasa nak masak banyak kali. Tadi pula lepas masak nasi goreng mengemop dapur .Penat betul ! Malam snacking last penutup perut , hahaha . pisang dan jagung . Pisang tu jiran bagi . Pisang pagi tadi beli . Bertambah pishangg stok kita ! Hahaha . 
Pisang tu kemain lagi potong buat snacking. Tu kongsi dua orang . Banyak sangat tu kalau makan sensorang! Nak pesan juga banyak kan minum air putih . Jangan banyak minum minuman bergula . . Kihkihkihhh

Nak diet kalau boleh jangan drastik suruh makan salad mentah , memang muntah terus tak nak buat la . Jaga portion dulu ! Kawal selera nafsu makan dulu . Itu yang penting .

Kenapa orang suka menipu ?

Pernah tak kita tanya kepada si penipu ... "kenapa kau menipu?" . Pelbagai jawapan yang akan keluar . Semua jawapan yang terkeluar mesti sebab nak pertahankan diri. Menipu kerana punya sebab tersendiri .

Kebanyakkannya , orang yang pernah menipu kita ialah orang yang paling dekat atau rapat dengan kita . Sebab apa orang sanggup menipu ?. Antara jawapan nya ialah kerana nak cover kesalahan sendiri . Bahasa kasar nya " dah buat taik , lepastu tak kan nak mengaku tu taik aku" . Simple ! 

Perasan tak semakin seseorang itu menipu , semakin banyak cerita atau agenda yang dicipta . Korang boleh tengok sendiri drama - drama yang ditayangkan kepada kita . Mak oi , kadang- kadang plot twist dia kemain dasyat kan ! 

Semua orang pernah menipu dan semua orang juga penah kena tipu . Persoalannya , adakah kita masih nak jadi seorang penipu atau kita membiarkan diri kita ditipu ?. 

Penat kan bila menipu.  Lagi pula menipu orang yang kita percaya dan sayang . Kepada yang pernah ditipu pula pasti sudah tidak percaya langsung . Kadang kala bila kita tertipu dengan seseorang menjadikan kita lebih berhati - hati . 

Apa yang manusia ni selalu tipu ?. Wang ! Sebut tentang duit ramai boleh gelap mata . Semua kalau boleh nak cepat kaya . Sebab tu ramai scammer di luar . Tanpa kita sedari orang yang dekat kita pun boleh jadi scammer . Macam mana kita nak elak dari kena tipu ?.

Itu kena tanya pada diri sendiri . Iman kena kuat dan jenis tak mudah cepat percaya sangat kata kata manis orang . Satu lagi , jangan mudah kesian sangat dekat orang . Boleh nampak ramai yang menjadi mangsa penipuan disebabkan "termakan" cerita kesian , kisah sedih sampai habis lesap duit . Kalau nampak seseorang tu macam "sembang lebat" dan cara dia sembang tu macam berjanji bulan dan bintang .. Berhati - hati ! .

Macam mana nak jauhkan diri lagi - lagi dari scammer ?.
Jangan layan! Simple ! Kalau nombor yang pelik call atau mesej , jangan layan . Terus block ! Bukan itu sahaja , banyak lagi contoh penipuan antaranya melalui akaun social media juga . Simple ! Jangan layan . Makin layan tu yang terus termasuk perangkap . 

Bukan scammer je kategori penipu , disekeliling kita pun ada juga yang sedang menipu kita tanpa kita sedari . Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa penipuan !  

Jangan juga menjadi si penipu ! Kerana sepandai - pandai tupai melompat , akhirnya jatuh ke tanah jua !

Nasi Lemak Diet ! Janji boleh telan ..

Okay , menu hari ketiga hari ni .. Hari ni kurang sikit makan sayur ! Mood tu tak ada . Kenapa bila nak diet je mesti nak kena telan sayur je?. Mampu ke nak makan salad mentah mentah gitu ?? Ain jujur memang tak boleh .

Jadi apakah menu hari ini .
Permulaan hari minum air kosong dulu dan abang ain buatkan roti sosej cheese . Langsung tak diet . Cuma protein yang bagus datang dari cheese nya sahaja . Roti dan sosej kureng sikit . Tapi makan je buat breakfast . Telan 2 set macam dalam gambar . 

Lepastu tekak rasa macam nak masam masam . Lalu ain buat air lemon kosong tak ada gula . Campur air suam dan air masak . Minum gitu je . Rasa lega! Sebab ain memang boleh telan gitu je air masam lemon . 
Sebelum masak sempat ain makan sebiji epal hijau . Habiskan stok epal yang ada di peti .

Late lunch again ! Dah nama pun duduk rumah kan . Kelaut semua timing makan . Masak apa?. Nasi Lemak Diet! Kah ! Nasi nya ain serahkan pada abang untuk habiskan . Nasi yang ada santan la . Ain rebus ketupat Nona setiap hidangan 2 ketul peket kec sahaja . Settle bahagian carb ! Protein pula dari sumber ayam goreng berempah . Menariknya ayam ni tak goreng langsung pun . Resepi nya disini .
Lepastu sambal ain tumis . Minyak sikit dan ain blend bawang ,lada kering serta ikan bilis . Lepastu masak ler sambal macam biasa cuma agak pedas jadi ain nak potong rasa pedas dan nak ada rasa masam so petik buah belimbing buluh . Nasib ler penyelamat. Depan rumah ain memang ada pokok belimbing buluh. 

Macam biasa lauk makan tengah hari membawa ke malam . Malam pula kureng berselera pula nak makan timun . Jadi ain tak letak timun . Snacking selepas dinner ialah kacang kuda semalam rebus ada balance tak habis lagi dan buah mangga jiran bagi . Portion snacking dalam gambar tu ain kongsi dengan abang ain. 
So far hari ini berjaya juga complete 6 meal , cuma setiap meal masih kurang lengkap , dan tak la diet sangat . Apa apa pun , portion kena jaga ! 

Masak Ayam Goreng Berempah Guna Airfryer


Nampak macam ayam goreng berempah kan.. 

Tapi cara masak nya berbeza . 

✅Beli rempah ayam dekat Mydin . (dekat kawasan bahagian timbang) 
✅Perap 
✅Masak pakai airfryer 
✅Letak minyak setitik dua je sebab tak nak melekat .

✅Adjust lah ikut temperature airfryer masing masing .

SIMPLE.

Tipu la kita tak terliur tengok ayam goreng kan . Tapi , yang membezakan masakan itu berkualiti atau tidak bergantung kepada cara kita memasak . Ain yakin ramai je yang dah ada airfryer kat rumah tapi simpan buat perhiasan kan . Apa kata guna dan cuba resepi ni.

Ada banyak lagi koleksi resepi .. Klik sini okay .

Makanan Diet Aku Hari Ni !

Assalamualaikum . hari ni sama macam hari semalam , dia punye feel malas nak makan pagi tu kemain ehk . Tapi , seperti biasa kena juga isi perut . Diet bukannya tak makan tapi jaga pemakanan.  

I start my meal today dengan susu dan granola ( Granola ni beli dekat Tesco) . Buat sikit je tak penuh mug tu sebab janji alas perut gitu ! 
Late lunch again today . Tak baik sebenarnya makan lambat . Hehehe . Tapi siap masak pun dah pukul berapa . Macam biasa masak sekali terus dengan lauk makan malam . Siap ! Senang! Lauk asam pedas ayam .Boleh pula asam jawa habis . Nasib ler ada belimbing buluh depan rumah . Petik petik sikit buat rasa masam tu ada . Alhamdulilah sedap ! Buat sekali dengan sayur kobis goreng.

Petang sebelum workout makan sebiji epal hijau . Hari ni workout cardiokick boxing . Woi , berpeluh kemain . Malam ulang lauk asam pedas cuma tambah sikit telur dadar bawang. 
Last sekali penutup makan kacang kuda yang direbus . Crunchy sangat sebab tak rebus lama lama .  Kacang rebus tu bukan makan seorang . Tapi makan berdua dengan abang ain . Itupun tak habis . Simpan dalam peti ais . Hari ni berjaya buat 5 meal sahaja . Alhamdulilah . Syukur untuk makanan hari ini . 

Walaupun tak la diet 100% tapi portion ain nak jaga. Rekod makanan tu penting . Sekarang ni bubuh jelah dalam blog . Senang nak belek nanti .