Sementara yang rasa stress ke , masih tak percaya dah 2014 ke , atau pun tak tau nak buat apa hanya online .. Jom tengok kategori haiwan mengikut tarikh dan bulan kelahiran anda .
Januari 01-09 ~ Hamster
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Hamster
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Jerung
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Jerung
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Jerung
Jun 21-24 ~ Hamster
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Jerung
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ Hamster
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Jerung
Oktober 01-15 ~ Hamster
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Jerung
Disember 17-25 ~ Hamster
Disember 26-31 ~ Merpati
»»» Maksud kepada tarikh dan bulan mengikut klasifikasi haiwan :
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya . Kesetian
kamu memang tidak boleh disangkal lagi . Kejujuran dan keikhlasan adalah
kekuatan kamu , malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh
dipercayai . Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah
diri . Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang
damai . Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi
kamu . Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan
mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap
dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen . Biarpun kamu tidak
mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu
memang mempunyai kualiti yang baik .
Kamu ini
memang penuh dengan muslihat ! Namun , sikap itulah yang menjadikan kamu
nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian
orang disekelilingmu . Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap
kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain . Memang kamu
sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang
menyukai kehadiran kamu , tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu
menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu . Sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar , memang mereka
akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum ! Kamu perlu
bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak
lepas dari melakukan kesilapan .
Begitu kontra
dengan spesies kamu , rupanya kamu ini memang pendamai orangnya .
Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan .
Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak
tidak tentu arah tujuan . Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan
memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi .
Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain . Namun , kamu memang
mudah dipermainkan oleh orang lain , jadi berhati-hati .
Kamu memang penyayang , disayangi namun kadang-kala begitu
pemalu . Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai . Di dalam
kehidupan , kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa
melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh . Di dalam situasi
normal , kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar , serta
merta kamu mudah mengamuk ! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang
bijak bergaya . Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai
idola di dalam berpakaian . Kamu bijak bersosial tetapi hanya
bercakap dengan orang kamu kenali . Kamu memang begitu berhati-hati
memilih teman .
Kamu semakin hampir
dengan kesempurnaan dan begitu baik hati .Kebaikan kamu akan sentiasa
dikenang orang sekeliling kamu . Kamu sukakan kedamaian , sekiranya
teman-teman ada menyakiti hati kamu , kamu tidak akan cuba menyakitkan
hati mereka pula . Kerana ini , kamu memang disayangi dan disenangi
teman-teman . Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu
begitu senang dengan cara kamu melayan mereka . Kamu sentiasa
akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan . Pemurah
juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai
latihan praktikal .
Kamu adalah simbol
sikap yang sentiasa riang . Apa saja yang kamu lakukan , kamu akan enjoy
setiap detiknya . Kehadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang
sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu . Kamu adalah ketua
di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati
orang yang sedang gundah-gulana . Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu
benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi . Di dalam
pekerjaan , kamu memang teratur dan sistematik . Namun , awas ! Kamu mudah
jatuh cinta !
Kamu seorang yang
misteri . Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya . Kamu juga
boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu
mengamuk untuk melepaskan geram . Kadang-kala , kamu ini kejam orangnya .
Hmmm ... kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang
kamu percayai sahaja . Mereka yang bernaung dibawah harimau bintang
adalah begitu teratur dan kemas orangnya . Tetapi , apa yang tidak tahan
dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu . Sikap
itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan . Namun , apabila
teman-teman menghadapi masalah , kamu adalah orang pertama yang mereka
cari .
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu
segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana
orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada
kamu . Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat
dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan , kamu
akan berfikir sebelum melakukannya . Kamu mempunyai kata hati yang kuat
dan itulah yang menjadi penyelamat kepada kamu . Jangan tidak
tahu , mereka yang bernaung di bawah hamster memang begitu bijak mencari
wang dan begitu pandai mengatur kewangannya . Kamu memang akan berjaya di
dalam perniagaan..
eh..saya kura-kura..hahahaha
BalasPadamhampir betul huhu
BalasPadamJerung datang....huhu
BalasPadamSaya kucing =D Hehehe
BalasPadamSama la kita
Padamsecara kebetulan ada yg sama ...
BalasPadamsecara kebetulan ada yg sama ...
BalasPadamjerungggg.. hahah
BalasPadamSecara kbtulan xde yg sama lah dgn aku satu pn xknah... huhuhu jerung lah sngt hurmmm
BalasPadamKucing harimau belang ka?? Ka kucing palsi?? Kalau pak belang ok la.. tp kalau kucing palsi kurang sengat la
BalasPadam