71/366 : DIARY OF THE DAY - 10 MAC 2016

10:00:00 PM




Assalamualaikum dan hai kepada semua . Hari ini dah hari ke 71 kita berada dalam tahun 2016 . Cepat sangat masa berlalu . Hari ini sangat penat rasanya dah nak letak kepala terus tidur . Tapi teringat yang tak update lagi diary of the day , so spent masa sedikit tulis seboleh mungkin terus publish . Jadi , untuk hari ain nak cerita pasal : 


  • Workout dekat pantai !
Fuh petang tadi sempat workout dekat pantai sebab lagi intense kan . Takkan lah asyik dekat gym je mesti lagi bosan . End up jadi macam "bila lah nak kurus?". Hahaha . Yang bestnya aku memang berkaki ayam kalau workout dekat pantai lagi selesa kalau pakai kasut . Paling benci kena lari . Alaa , aku ni tak kuat lari lah . Tapi , no excuse . Cuba selagi terdaya bak kata pepatah orang putih "Dont stop when  you are tired but stop when you are done " . Haa , ingat tuh ! . Selagi tak mencapai misi korang , jangan berhenti tau sebab tak mustahil selangkah je kehadapan kita dah dapat apa yang kita impikan itu . So untuk sesi cardio aku esok je last untuk minggu ini , ahad is my rest day ! Yehaa . Makanya kalau rest day aku memang tak boleh sentuh langsung segala jenis makanan berasaskan carb serta berkalori tinggi . 


  • Makan untuk isi perut !
Semenjak aku dah on track untuk komited menguruskan berat badan , aku selalu cakap pada diri aku "ain makan untuk isi perut bukan melantak sampai perut ke depan " . Hahaha . Sebab dulu aku ini jenis kategori kuat melantak pasai tu tergolong dalam kategori bambam. Hahahha . Bila aku tak buat cardio lagi , nak makan makanan yang berkalori tinggi pun aku macam seram ! . Sebab penat woi exercise , tapi aku musnahkan hanya dengan tak tahan godaan padahl dah selalu je makan makanan tu . Hahaha . End up , aku biasanya akan bagi 'zakat' kepada kucing kucing serta burung burung belakang rumah aku tuh . Hahaha . Aku selalu pesan pada diri aku "bukan tanggungjawab aku nak kena habiskan makanan ini , tapi tanggungjawab aku untuk bagi makan pada haiwan yang makannya" . Hahaha . So , korang ! Ingat ! Jangan suka sangat nak anggap perut korang tuh macam tong yang korang boleh sumbat sampai penuh . Ingat sedikit pada orang lain dan haiwan jugak . At least makanan tu tak membazir sebab haiwan memang makan je kan . Kita je yang selalu tak perasan . 


Cukuplah untuk hari ini . Penat nya lahai ! . Assalamualaikum :)




You Might Also Like

1 comments

  1. Selamat berehat Ain..
    saya tag ain yee.. jangan marah tau

    http://hiphiphorray15.blogspot.my/2016/03/segmen-top-blogger-2016-by-nurzulfa.html

    ReplyDelete

Ain nak ucapkan terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Segala penulisan dan kandungan di dalam blog ini ialah dari ain dan rakan kenalan sekeliling serta dari carian google.

Nota cinta :
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”. Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”. Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa” . Hahaha.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com

JDT BLOGGER

SUPPORTERS