- Joging bukan boleh kurus !
Ramai yang cakap eh kau ni dah bambam , kena joging . Makanya kau pun pergilah ke taman dan bersemangat konon nak fokus joging lah . Padahal kau tuh tergolong dalam kategori kenderaan berat yang mana kena ikut sebelah kiri . Tapi kau tak faham bahasa , nak jugak ikut sebelah kanan . Bila kenderaan ringan potong kau , kau rasa macam orang ni mengajing aku ke ape ? Ingat aku tak boleh nak lari laju laju ke ? End up kau pecut sekejap , dah penat termengah kau pegi lagi sebelah kiri . Dan kau yakin , kau akan kurus ! . Stop doing hard for your body people! Jogging untuk stamina yes pembakaran lemak berlaku jugak tapi dengan kategori kenderaan berat kau tuh , kau rasa pembakaran lemak itu adakah ianya sangat effective? Kan buat penat kau je . Cadangan aku ialah , ukur baju dibadan sendiri . Aku sendiri tak kuat lari. Aku build up stamina dulu dengan buat cardio exercise , sprinting untuk beberapa minit dan aku target untuk beberapa minggu akan datang baru aku nak cuba jogging kosisten . Sebab aku tak tekan gear 5 terus . Woi , kau tuh baru je dapat lesen (maksudnya kau baru je nak start ada kesedaran untuk being healthy) tapi kau terus nak tekan gear 5. Lepastu kau giveup ! That happen to most of the people . They think that by doing jogging ala ala kononnya peluh merecik itu mampu membakar ternakan lemak dia yang dah bertahun itu dengan semudah satu jam . Hahaha . So , kalau korang itu kategori bambam , you know who suits you first !
- Makan banyak tapi boleh kurus !
Yes , most of the people mempunyai tanggapan yang salah bila makan banyak nanti makin gemuk . In fact that , makan banyak dalam portion yang kita ketahui itu lah the right way untuk kita being healthy and being fit . Jujur aku cakap , bila tengok makanan dekat malaysia ni sumpah takut! Dulu aku langsung tak aware benda ni , main belasah je , bila kesedaran tuh dah sebati dalam diri , aku sedar yang what am i suppose to eat and what am i not suppose to eat . Ada juga nak perli aku , "eh supper pun kena amek ?" . Yelah , perut hang tuh kena isi sebelum tidur . Hang tidur 8 jam . Kalau tak isi , komfom lah jadi cepat lapar keesokan paginya . Kes itu lah melantak breakfast macam tak makan seminggu . Bukan itu sahaja , makan banyak dengan cara yang betul memang akan buat kita kurus . Exercise itu hanya membantu dalam percent yang kecil sahaja . Ramai orang dia selalu fokus pergi gym dengan harapan boleh kurs infact dia lupa yang major part of your result ialah pemakanan. Makanya , kalau rasa diri itu sangat betul terhadap apa yang kita makan , you will finally get what you want (nasihat pada diri sendir) .
Assalamualaikum :)
Anda telah di tag
BalasPadamhttp://misskitty12.blogspot.my/2016/03/segmen-top-blogger-2016-by-nurzulfa.html