73/366 : DIARY OF THE DAY - 13 MAC 2016

11:29:00 PM

Assalamualaikum dan hello kepada semua. Hari ini nak cepat cepat update diary of the day sebab penatnya lah . Hahaha . Jadi , cerita untuk hari ini ialah :


  • Dah muat pakai baju kurung favorite !
Aku ni jenis perempuan yang sempoi . So , kalau pemilihan baju ni aku suka yang jenis tak mudah renyuk sebab aku paling tak suka gosok baju . Hahaha . Kantoi ! Makanya aku ada lah beberapa baju favorite yang jenis terus pakai kalau malas nak gosok . Malangnya , bila berat aku naik mencanak , baju favorite tuh aku dah tak muat . Tudia ketat sekali banyak part kot . Part lengan , perut , pinggang , dengan peha . Nampak kan naik gila badan aku . Hahaha . Tapi , Alhamdulilah , bila dah ada kesedaran , akhirnha petang tadi aku ke wedding kawan baik masa sekolah dulu . Aku gamble lah selongkar baju kurung dan aku cakap aku nak try pakai . Sebab target aku nak pakai lagi beberapa minggu nanti . Dan akhirnya , aku muat weyh! Ya ALLAH rasa happynya yang teramat . Aku mengaku bab pinggang dengan peha agak ketat sedikit tapi bab lengan dengan perut sumpah longgar woi .  Cuba korang bayangkan , bila korang dah biasa dengan baju tu , pastu dah tak muat dan korang berusaha untuk kembali muat semula . Fuhh , dia punya perasaan , bahagia gila . I already achieved my small result . Alhamdulilah .


  • Tak salah ada prinsip dan pendirian !
Okay , aku suka nak kupas tentang ini . Aku ini sejenis manusia yang ada prinsip . Jujurnya , kadang disebabkan prinsip aku tuh nampak lah ketegasan dan keegoan yang ada . Hahaha . Dalam setiap keadaan , kadang kala perlunya juga ketegasan dan prinsip . Supaya bila berlakunya sesuatu , kita tetap stick to the point . Contohnya , kau tengah dalam proses kuruskan badan , kawan kau paksa kau makan itu ini , kalori tinggi pulak tuh , jadinya disini kau kenalah gunakan kuasa veto ketegasan serta prinsip kau tu untuk menolak apa yang orang ajak . Memang di dalam setiap cabaran yang kau lakukan itu , memang ada dugaannya , its our choice to say yes or no at that time . Kalau kau tak tegas dengan pendirian  , tak mustahil orang senang je nak kenakan kau . Jadi , ingat . Sometime , we need to have that  ketegasan supaya kau dapat capai apa yang kau impikan .


Okay , itu sahaja . Assalamualaikum :) 

You Might Also Like

0 comments

Ain nak ucapkan terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Segala penulisan dan kandungan di dalam blog ini ialah dari ain dan rakan kenalan sekeliling serta dari carian google.

Nota cinta :
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”. Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”. Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa” . Hahaha.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com

JDT BLOGGER

SUPPORTERS