80/366 : DIARY OF THE DAY - 20 MAC 2016

10:45:00 PM


Assalamualaikum! Sekarang tengah musim panas litlit dekat malaysia ini kan. Makanya , korang jangan lupa banyak minum air masak yer! Akupun sama woi ! Ya ALLAH , tak boleh kena panas sangat . Terus rasa sakit kepala terlampau . Tapi , Alhamdulilah, sebab ada juga hujan turun dekat johor bahru ni . Sejuk juga! Jadi , untuk hari ini , aku nak share tentang :



  • Lepas gian makan kaki ayam !
Ada orang geli nak makan kaki ayam . Aku ni pulak jenis manusia suka kaki ayam . Ya ALLAH aku punya lah suka sampai kalau pergi kedai makan yang ada sup kaki ayam mesti aku mintak . Sebab memang favorite okay ! I still remember that masa aku belajar dekat uitm merbok , kedah . Ada satu kedai nasi ayam pak mud . Memang famous lah nasi ayam ini among people dekat merbok tu . Pak mud itu kalau aku pergi makan situ, sanggup dia cedokkan kaki ayam dan carikan kaki ayam dekat periuk sup yang besar itu semata mata untuk aku . Hahaha . Sebab aku jenis slumber je mintak kaki ayam dekat dia . Haa , dia pun cedokkanlan pada aku . Lagipun jarang kan orang minta kaki ayam , so peluang aku lah dok perhabis semua. Hahaha . Aku dah lama tak makan kaki ayam , tadi singgah kedai yang jual banyak lauk lauk . Ya Allah , geram sungguh aku tengok kaki ayam masak kicap dia . Haa , aku terus beli. Hahaha . Dapatlah lepas gian ! Sedap nya rasa ! 


  • Suka tengok tupperware comel comel !
Haaa , yang ini aku dok rasa macam terjangkit perangai arwah ibu aku . Arwah ibu aku dia suka beli tupperware woi ! . Hahaha . Bermacam macam colour kau . Lepastu sekarang ni dah macam berjangkit pula dengan aku . Aku geram tengok bekas tupperware dekat kedai RM 2 tuh . Ya ALLAH come comel woi . Rasa nak terbeli je weyh . Tapi , aku ingat , yang dekat rumah pun dah banyak takkan nak menambah lagi. Kan membazir nanti . Gunakan apa yang ada dekat rumah tu dulu . Lagipun sekarang , orang buat wedding doorgift pun ada banyak yang bagi bekas tupperware kan . So , dapat lepas geram tengok tengok banyak kali je dekat kedai dua hinggit tuh . Hahaha . Dapat tengok lama lama pun dah okay . Nampak sangat perangai makcik makcik aku dalam bab ni. Hahaha .


Okay , cukup untuk hari ini . Assalamualaikum ;)

You Might Also Like

0 comments

Nota cinta :
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”. Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com