PROGRAM CSR & MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA THE PUTERI PACIFIC JOHOR BAHRU


Hai , nak cerita satu program CSR & sambutan Hari Raya yang dianjurkan oleh The Puteri Pacific Hotel JB. Walaupun raya dah lama tamat, kita throwback sikit la yer. Majlis tersebut telah diadakan pada 13 Julai 2018 pada hari Jumaat.

Alhamdulilah, event tersebut sangat meriah. Wakil team JDT Blogger yang hadir ialah Ain , Sis Lin , Sunnah , Kak Seri , Kak Mia





Ain sebenarnya masih terasa sebak bila melihat anak-anak yatim tu. Diorang makan je apa yang diberikan oleh pihak hotel. Ain ni kadang memilih, kuih-kuih “orang tua” tradisional ain memang jarang makan, tapi budak-budak tu makan sampai habis😭.





Bila teringat balik , Ain patut rasa bersyukur masih boleh pilih memilih bab makan. Sedangkan diorang apa yang ada di depan mata , mereka terima seadanya.Nama pun budak-budak , kemain meriah nengok diorang makan. Yang pasti sosej dan nugget komfom cepat habis. Hahaha.

Paling sedap , of course ler Spageti carbonara dia. Ain dah pernah try masa preview buffet ramadhan. Ain sangat recommend korang untuk rasa sendiri spageti carbonara dari The Puteri Pacific JB ni.




Semoga anak-anak tersebut menjadi anak-anak yang soleh dan soleheh. Terima kasih kepada pihak hotel The Puteri Pacific JB kerana sudi menjemput kami team JDT Blogger. Semoga dapat kita berjumpa lagi pada raya tahun hadapan. 💕

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Baru tau ko tak suka makan kuih tradisional, kenapa?
    Lawa baju ko, beli mana?

    BalasPadam
  2. bestnya dapat join event macam ni :)

    https://aerillhassan.blogspot.com

    BalasPadam
  3. tersentuh hati melihat anak-abak yatim ni.mereka dah dilatih bersyukur dengan apa yang ada.

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.