BETUL KE JOIN JOM KURUS BOLEH KURUS? - Aku Ain Kau Siapa

Wednesday, August 1, 2018

BETUL KE JOIN JOM KURUS BOLEH KURUS?


Mesti ramai orang yang nak kurus tanya , “betul ke jom kurus (JK1M) tuh boleh kurus?” . Jawapannya boleh. Hahaha.

first meet up kitorang.yang pakai baju hijau tu ler ain dulu.(beso kan)


masa ni kevin zahri tak turun padang, tapi nana al-haleq dengan aizat yang datang bagi talk


Sebab aku dah pernah join. Season 6. aku join pada tahun 2016. Hahaha. Throwback lagi nampak entri kau Cik Farahain 😜

Aku tak pernah join mana-mana group nak kurus sebelum ni. Tu la pertama kali aku join. Aku pilih team semua gegurl. Nama coach Durrah. Dia sangat sporting.



Oh okay, aku sendiri nak kongsi dengan korang pengalaman 6minggu aku bersama jom kurus.

Masa tahun 2016 tu aku memang dah nekad gila nak losing weight sebab aku dah mula pakai baju size XXL. Bapak besar gedabak badan kau Ain. Aku mula sedar time beli baju raya sebab aku jenis beli baju ready to wear. Malas nak tempah.

binatang ni la aku fobia betul.Mungkin bila lemak dah kurang,hilang fobia tu nanti


Okay, tu first point aku. Second is banyak gila baju-baju dan seluar dah tak muat. Something is not right for me. Third, aku dah mula rasa mengah dan cepat letih bila bergerak. Aku seorang yang aktif tapi bila cepat pancit ni, “kau memang dah obese lah cita dia kan Ain”😂

So,kawan aku recomend aku join jom kurus. Aku pun cari la dekat area JB. Aku tak kesah pun sebenarnya nak join group dengan lelaki. Sebab aku masuk gym jugak waktu tu. Tapi effect dia tak berapa sangat berkesan.

ni workout ke gelak Ain woi


Sebab apa? Aku tak ada knowledge sebenar macam mana nak losing weight. Ilmu woi yang boleh guide kau. Bila aku join jom kurus ni first ada group whatsapp yang boleh berinteraksi sesama team.

Lepastu setiap minggu ada group training. Yang ni aku akan pulun kaw-kaw punya. Sebab dah bayar kan, gila tak bagi full komitmen. Tapi aku tak komit dari segi wall climbing. Memang kelaut dan dalam team, aku yang paling takut nak manjat benda alah tu. 🤣

Then, coach durrah juga ajar kitorang cara pemakanan. Waktu jom kurus tu memang aku full blast jaga bab makan. Tapi sekarang memang susah.🙊 Sebab coach selalu cakap, “part makan komfom ramai yang kantoi”. Hahaha.

Berapa aku turun sepanjang 6 minggu tu? Daripada 89.1 kg aku turun sampai 82.8kg . Aku rasa tu pencapaian aku paling meletop kebabom la sepanjang weight loss journey aku.

Aku target turun 15kg tapi coach cakap”wow tinggi target tu tapi dah dapat turun separuh pun dah okay “. Aku juga dapat reward tempat kedua. Hahaha. Rezeki weh. Duit tu cover sambung bayar training dengan coach Durrah lepastu.

squat sket , kata sado kan semua

Kalau korang belek-belek balik entri tahun 2016, which is entri hari-hari diary of the day aku.. Aku banyak juga cerita aku workout, bab pemakanan. Tapi aku tak reveal cerita jom kurus ni. Sebab aku malu. Hahaha. Aku rasa rendah diri.  Aku pernah hilang keyakinan diri pada waktu tu. Sebab tu aku keep it in silent. Hanya berapa orang je yang tau aku join jom kurus waktu tu. Let the result talks everything.

last timbang berat depan crown haa.panas terik kau

Aku tak happy bila aku gemuk. Mungkin ada orang rasa happy dan awesome. Tapi bukan aku. Sekarang berapa berat aku ? Jeng jeng jeng... Rahsia. Doakan aku semakin kurus dan capai berat ideal okay 🤙🏻 Pada korang yang memang nak kurus, turunkan berat badan, find someone who you can talk with. Yang ada matlamat dan jangan cari orang yang “bakar” kau lagi untuk jadi gemuk. Melainkan lah kalau korang rasa “Gemok is awesome”🙊

lepas dah timbang berat, aku melantak kaw-kaw punya lepas geram

menang tempat kedua.tu la coach kita.



sesi tukar-tukar hadiah


kenangan terindah dengan geng jom kurus
kat bawah ni  gambar ain yang paling latest. doakan ain makin kurus tau.

7 comments:

  1. haii ain. suka tengok semangat ain nak kurus. semoga dipermudahkan semua urusan ain. saya teringin join program tu tapi kawasan saya takde program tu... btw, saya baru first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan content blog ni. kalau sudi meh lah datang blog saya

    ReplyDelete
  2. Bestnya boleh work out and running. I wish i could do so. Aku czer kan. Susah nak senaman sebab luka dalaman. Exercise sikit2 boleh la. Btw good luck!

    ReplyDelete
  3. Kesahnya ko join ek Jom Kurus tu hehehehe..
    Sis hrtu nak jon, under Tecer Nur Rahmat, tecer aeronik Sis, area Kulai..tapi nanti dulu konon hahahaha

    ReplyDelete
  4. Teringin nak join program macam ni. Bila ramai-ramai baru rasa semangat. Hehe.

    ReplyDelete
  5. bestnya ada program macam ni..kurus tak kurus, belakang cerita at least sihat..ahaaa

    ReplyDelete
  6. Kita follow akak. Makin lama akak makin kurus. Beza sgt bila tgok gmbr lama akak. Paling pnting makin ceria n happy. Share tips nk ceria n happy selalu.

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.