PENGALAMAN PERTAMA MEMETIK MANGGIS DI HULU LANGAT


Uits, baca tajuk kemain kau kan Ain. Yes, Ain nak share dengan korang my first experience pergi petik buah manggis. Tapi ain tukang kutip jela. Giler kau aku nak manjat pokok manggis.🤣

Mula-mula makcik tu cakap “eh jom cepat-cepat kita pergi kutip manggis nanti dah gelap tak nampak”. Aku ni dalam hati dok fikir yang “eh belum asar pun lagi, dah kenapa gelap pulak”. Haa, amek kau bila dah sampai ke kebunnya baru faham. Hahaha.


Rupa-rupanya nak petik dan kutip manggis ni kena pagi-pagi sebab pokoknya tinggi. Kalau dah petang, dia macam tak nampak dan buah yang jatuh pun dah tak berapa nak nampak. Nak petik pun bukan senang woi. Nowonder harga dia sekilo mahal kemain. Bila dah tau ni barulah kita lebih menghargainya. Tiber. Hahaha


Nak kutip dengan cara yang paling mudah, seorang pakcik ni dia naik manjat ke atas pokok dan dia gegarkan bahagian yang ada banyak gugusan buah tu. So,kitorang yng dekat bawah ni bentang kain kanvas tuh dekat kawasan yang buah tu akan jatuh. So, tak delah buah tu jatuh membabi buta. Hahahaha. Dia jatuh atas kanvas tu dan lebih senang nak kutip masuk bakul. Haa,ingat senang ke?


Bukan itu sahaja, nak tau buah manggis ni elok ke tidak, tengok kulit dia. Kalau dah keras tu tak elok. Kalau yang lembut lembik tu, peh dia punya rasa kemain sedap. Bukan buah manggis je kitorang kutip, buah duku langsat pun dapat juga. Wee , sedap betul. Eh dapat sekali makan buah pulasan. Ya ampun, haritu ain memang makan puas-puas buah-buahan. Memang ibarat hari buah sedunia kata kau. 🤪


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Tak sampai pun buahnya ke Pasir Gudang hehehehehe

    BalasPadam
  2. wahhh. best.. buah febret ejulz ni :)

    BalasPadam
  3. nak barang sekilo dua hehehe

    BalasPadam
  4. Petik manggis pun ada masa yang sesuai, baru LZ tahu..
    Thank you for sharing..

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.