DINOSAUR KINGDOM , DEKATKAN KANAK-KANAK DENGAN KEHIDUPAN DINOSAUR

DINOSAUR KINGDOM , DEKATKAN KANAK-KANAK DENGAN KEHIDUPAN DINOSAUR 

dinosaur kingdom

Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu dan imaginasi yang kuat. Oleh itu, mereka semulajadi akan tertarik dengan makhluk besar, merbahaya dan pernah seketika dahulu berkongsi bumi dengan manusia. Tetapi, apakah yang begitu menarik sehingga kanak-kanak berminat dengan dinasour?
dinosaur kingdom
 dinosaur kingdom

Berdasarkan pada penyelidikan, kanak-kanak berasa seronok membayangkan bagaimanakah keadaannya bila dinasour masih hidup pada satu ketika dulu. Ditambah pula, dengan misteri makhluk ini yang telah pupus, kanak-kanak akan berminat untuk mempelajari dan tertarik bagaimana fosil dinasour ditemui.

Sempena cuti persekolahan bulan November dan Disember, Dinasour Kingdom, The Prehistoric Harbour akan diadakan di Puteri Harbour sehingga 1 Januari 2019. Dikenali sebagai 'Batu Permata Iskandar Puteri' destinasi percutian yang sempurna untuk sekeluarga dan pelancong. Para pengunjung pasti dijamin dengan percutian yang hebat dengan adanya banyak tarikan serta lokasi The Prehistoric Harbour yang memberangsangkan. Tambahan pula, Dinasour Kingdom bekerjasama dengan Moscow Circus di Johor Bahru.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan

dinosaur kingdom
dinosaur kingdom

Pertunjukan Secara langsung Dinosaur wildpark
Bersedia untuk pengembaraan prasejarah dan alamilah persembahan langsung yang menghiburkan seisi keluarga.

Panggung 5D
Alamilah pengembaraan liar Rexy dengan sensasi 5D!

25 Animatronic Dinasour
Terdapat 25 jenis dinasour yang besar di sekitar taman tersebut. Lihat bagaimana ekornya menghayun, kuku tajam yang bergerak dan ngauman!

Raptor Maze
Cari kunci yang tersembunyi untuk melepaskan diri dari Raptor Maze kami. Tetapi, berwaspada, kerana ada raptor yang sembunyi di persekitaran maze ini!

Hub pendidikan 
Kunjungilah pusat pendidikan kami untuk mengenali dinasour dengan lebih mendalam

Jejak Baby Dinasour
Tunggang baby dinasour kegemaran anda dan berhibur di sepanjang jejak dinosaur
dinosaur kingdom
dinosaur kingdom

Drift Island
Tunjukkan kemahiran drift anda di Drift Island kami!

Sarang Pterosaur
Pengembara muda boleh memanjat dan tawan sarang Pterosaur.

Tunggangan Dino
Bagi mereka yang berani untuk menawan dan menunggang dinosaur kami!

Fossil Dive
Menyelam ke dalam Fossil Pit untuk mencari fossil yang tersembunyi dengan perkataan NIPS.

Fossil Dalam Ais
Terokai pengalaman peneroka fossil dengan memecahkan ais untuk mendapatkan telur dinosaur anda sendiri!

The Swamp
Terokai paya-paya dengan bot dinosaur.
dinosaur kingdom
Ain bergambar di depan kaunter tiket

dinosaur kingdom
JDT Blogger bergambar bersama team yang beraksi

Lokasi : 📍Puteri Harbour, Iskandar Puteri
Waktu operasi: Dibuka setiap hari ,12:00pm-10:30pm (kecuali hari Isnin)
Tutup setiap hari Isnin, kecuali 24 disember , 31 disember

Harga Tiket:
✅Pemegang Mykad RM30 dengan 2 token
✅Pemegang Mykid RM20 dengan 1 token
✅ Pemegang Mykad(warga emas) RM 20 dengan 1 botol air
✅Pemegang passport RM 50 dengan 2 token
✅Pemegang Mykad/Mykid : All access passes RM 68 dengan 4 token( tidak termasuk permainan karnival dan layak untuk 1 Ice Fossil sahaja)
✅Pemegang passport: All access passes RM 98 dengan 4 token.(Tidak termasuk permainan karnival dan layak untuk 1 Ice Fossil sahaja)

Boleh dapatkan tiket di website dan app Themepaktu
Facebook : Themepaktu
Instagram : @themepaktu


tengok lah video ain rekod sepanjang berada di sini
jangan lupa tekan like dan subscribe yer!

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. hari ni janji dgn The Ilhams nak bawak jumpa dino.. pagi ni hujan harap petang cerah la langit. .

    BalasPadam
  2. Bestnya.. Harap sempatlah nak prgi nanti

    BalasPadam
  3. nak pergi lagi sekali dengan umai nanti

    BalasPadam
  4. Kenapa ko dengan Ain tu bergambar macam pegang cangkul haaaa? Ermmmm

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.