THE MOSCOW CIRCUS KINI DI JOHOR! - Aku Ain Kau Siapa

Sunday, November 25, 2018

THE MOSCOW CIRCUS KINI DI JOHOR!

THE MOSCOW CIRCUS KINI DI JOHOR!

Mempersembahkan… The Moscow Circus berada di Puteri Harbour untuk mempamerkan seni sarkas yang menakjubkan dan bebas haiwan

the moscow circus puteri harbour johor

PUTERI HARBOUR, JOHOR, 22 November 2018 – The Moscow Circus kini sedang merantau serata Malaysia untuk menghiburkan penonton sejak sesi pertama mereka di Padang Timur (Petaling Jaya) ke lokasi kedua dan ketiga mereka di Queensbay Mall (Pulau Pinang) dan Prai Auto City (Seberang Prai).
the moscow circus puteri harbour johor
Badut ni memang pandai berinteraksi dengan crowd

Kumpulan sarkas yang kini berada di Puteri Harbour akan memberi peluang kepada warga Johor untuk menyaksikan aksi sarkas bertaraf antarabangsa yang menakjubkan dari 20 November hingga 30 Disember, dan ia akan berlangsung di bawah khemah sarkas Big Top terbesar di negara ini!

Jelajah edisi khas yang dipersembahkan oleh Penerbit Eksekutif Dato’ Sri G Radakrishnan dan Yahna SG, bersama Penerbit Kenneth Lee dan Victor Pilipovich ini merupakan jelajah selama 8 bulan ke 10 bandar di Malaysia yang merupakan peluang keemasan buat pengunjung untuk menyaksikan pelbagai aksi sarkas yang terpesona dan mengejutkan, dibawa khas dari Rusia.
the moscow circus puteri harbour johor
Persembahan yang paling terbaik pada ain.

the moscow circus puteri harbour johor

Tradisi sarkas Rusia telah dikenali di peringkat global sejak ratusan tahun dahulu dan telah menghiburkan pengunjung dari serata dunia dengan persembahan yang menawan dan menakjubkan. Kini, buat pertama kali di Malaysia, artis-artis yang dipilih secara teliti daripada dua syarikat sarkas termasyhur dari Rusia – Bolshoi Circus (juga dikenali sebagai The Moscow State Circus at Vernadsky Prospekt) dan Nikulin Moscow Circus akan berganding bahu untuk memberi pertunjukan yang lain daripada lain.

Sarkas bebas haiwan ini sebaliknya mempamerkan kemahiran luar biasa manusia yang menakjubkan seperti pemain roller skate oktan tinggi, juggler yang menarik perhatian, pejalan kaki wayar tinggi yang mencabar, pakar ilusi yang mengejutkan dan pelbagai aksi-aksi hebat lain. Keseluruhan pertunjukan sarkas ini pasti memerlukan juruacara yang mengendalikannya tidak lain daripada badut sarkas tersebut serta Karina Peace, Ringmistress The Moscow Circus yang mempesonakan.
the moscow circus puteri harbour johor

the moscow circus puteri harbour johor

“Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat indah. Setelah tamat tiga lokasi, setiap ahli dari The Moscow Circus, terutamanya artis-artis sarkas dan kru telah menikmati ciri kebudayaannya daripada makanan hingga ke hospitaliti. Ini membuatkan kami teruja untuk mengenali negara ini dengan lebih mendalam. Penonton yang hadir turut memberi reaksi yang amat memberansangkan dalam memahami komedi dan lakonan yang dipersembahkan. Ini mengukuhkan azam kami untuk memberi pertunjukan yang lebih menarik kepada warga Johor,” kata Victor Pilipovich, Penerbit The Moscow Circus Tour of Malaysia.

Untuk penggal kali ini, The Moscow Circus mengambil kesempatan atas lokasi tersebut iaitu Puteri Harbour yang merupakan tuan rumah kepada pelbagai tarikan mesra keluarga termasuk Sanrio Hello Kitty Town, Thomas Town dan Legoland. Begitu juga penghargaan atas kolaborasi bersama rakan penaja lokasi rasmi UEM Sunrise Berhad, sesi Puteri Harbour akan menjadi tarikan utama Iskarnival pada tahun ini, sebuah karnival seni dan budaya dianjurkan oleh UEM Sunrise yang akan mengumpulkan para hadirin melalui hiburan mesra keluarga dalam pelbagai aktiviti dan muzik.

Tiket ke pertunjukan ini boleh didapati dengan harga mampu milik serendah RM50 sehingga RM250 untuk kedudukan Ringside daripada www.proticket.com.my. Terdapat juga tawaran khas di mana pelanggan boleh membeli empat tiket (Kategori Rear Bench atau Rear Seat sahaja) dengan diskaun 50%, bermaksud satu tiket serendah RM25 seorang!


the moscow circus puteri harbour johor

Pemegang kad Maybank turut mendapat keistimewaan dalam acara ini. Sebagai Rakan Perbankan Rasmi The Moscow Circus, Maybank menawarkan pemegang kadnya diskaun khas 25% (kategori Ringside, Premium, Front Bench) sepanjang pertunjukan tersebut. Maybank turut memberi tawaran khas pakej keluarga (untuk 4 orang) bagi kategori Ringside dan Premium yang menjaminkan pengalaman hebat dengan harga yang menarik!

Untuk maklumat lanjut tentang The Moscow Circus, layari www.themoscowcircus.com.my.

Rasai keajaibannya!

13 comments:

  1. Replies
    1. kihkihkihh...tunggu iman habis spm yer bonda. hahahhaa..

      Delete
  2. OMG~ banyak tempat best cuti sekolah ni.…… tak tahu nak pegi mana satu.. duit~ turun la kau.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkihkih.....jaga2 ,, sarkas ni sebelah je dengan dinasor kingdom tau .hahaha.

      Delete
  3. wahhhh... makin seronoklah budak-budak yang tengah cuti sekolah ni... boleh tengok circus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer betul tu kak mia... lagi seronok bertambah bila sarkas ni sebelah je dengan dinasor kingdom tuh..hahahaa..

      Delete
  4. ada tiket lagi..yok repeat lagi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. abang syamil nak ajak adik dia naik stage letewww.hahahhaaha..

      Delete
  5. Maseh juga bagi kita tiket sempena besday kita hehehe..

    ReplyDelete
  6. tiket tak redeem lagi woii, macam nak pergi tapi malaasssss

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.